Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession sekalian. Alhamdulillah dan terima kasih kepada admin jikalau confession ini disiarkan.
Aku merupakan salah seorang pembaca setia page confession IIUM ni. Before this, aku selalu baca tentang pengalaman orang lain apabila mereka telah mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah secara konsisten. Oleh itu, aku pun terdetik nak try amalkan baca Al-Waqiah ni. So aku pun try baca almost setiap hari selama seminggu.
Di sinilah segalanya bermula. Mungkin setiap orang mempunyai pengalaman/testimoni yang berbeza. Ini adalah testimoni versi aku.
Al-waqiah ni sering dikaitkan dengan murah rezeki in terms of dapat duit ke, orang belanja makan lah or dapat interview kerja and so on. But not in my case.
Guess what? This week gonna be my exam week. So last week was my study week possibly. Yes, of course typically I will be studying for mostly the whole week. However, Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Karim telah merezekikan aku untuk menghadiri tiga usrah dalam masa seminggu.
Could you imagine it? Orang lain mesti dah cuak. Minggu depan nak exam. Yang aku ni sempat lagi join usrah. Bukannya satu usrah, tapi 3 usrah which means dalam 3 hari yang berlainan.
First usrah waktu aku singgah rumah kawan aku, saja nak tukar mood, pergi study rumah kawan. Tup tup malam tu kawan ajak pergi usrah. So aku pun join la. Setakat satu usrah takde la ambik masa sangat.
Then, aku dapat tahu yang aku kena jadi pembentang untuk next usrah. Dan actually aku tak pernah jadi pembentang dalam usrah. Kira ni first time jadi pembentang utama. Allahu, tajuk pun boleh tahan. Hahaha! Habis burn masa study sebab nak kena baca buku usrah before bentang. Waktu ni la juga nak suruh aku bentang. Aku exam minggu depan kot hahaha.
Ingatkan dah tamatlah kisah usrah aku. Rupanya tak. Dua hari before exam, boss aku ajak teman dia pergi usrah pula (ya, aku kerja sambil belajar). Hmm nak tolak macam tak boleh. Haha. So aku pun ikut je la.
Waktu ni aku sedar, dalam aku sibuk belajar hal-hal duniawi (sebab course aku bukan islamic-related), Allah peruntukkan masa untuk aku mengisi hal-hal berkaitan kerohanian. Alhamdulillah Ya Allah. Aku bersyukur Allah aturkan hidupku sebegini.
Kesannya, inilah minggu exam yang paling tenang sepanjang hidup aku. Sebab aku seorang yang cepat stres, panik, cuak apabila nak dekat exam. Tapi tak untuk kali ni. Allah Ya Salam Ya Mukmin, mengurniakan ketenangan dalam jiwa aku.
Dan nak tahu tak, waktu jawab exam, soalan exam keluar sebiji macam apa yang aku dah baca. Hampir 90% dari soalan aku dah pernah jawab as latih tubi. Tinggal aku ingat atau tak je jawapannya. Haha!
Allah Maha Hebat, Maha Penyayang. Bila kita peruntukkan waktu untuk Allah, sungguh kita tak akan pernah rugi! Janji Allah itu benar!
-The end-
Do pray for my last paper this Friday okay! May this will be my last exam because I’m a final year student.
Thank you.
P/s : Jumaat ni paper subjek ‘killer’. Cuak juga lah, hahaha!
– Survival
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit