Bismillahirahmanirrahim….
Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih kepada IIUM Confession sebab sudi siarkan cerita ini. Sekadar sedikit coretan untuk renungan bersama. Aku tertarik untuk bercerita buat pertama kalinya dalam ni. Aku cuba. Mohon tidak kecam!
REZEKI… ya rezeki. Bila kita bercerita pasal rezeki, semestinya kita yang beragama Islam ni tahu dan mengerti bahawa rezeki tu adalah hak Allah. Pemberian dari Allah. Apa sahaja! Makanan, wang ringgit, pekerjaan, kemewahan, keluarga dan sebagainya. Aku seorang graduan. Lelaki. Awal 30-an. Pernah bekerja si sektor swasta dan sektor kerajaan. Bertahunn-tahun. Tapi perkhidmatan aku lazimnya “ditamatkan perkhidmatan” sebelum aku sempat berhenti. Sedihkan? (Haha)… Tapi aku percaya pada rezeki. Kerana rezeki itu ketentuan Allah. Dan dalam masa yang sama, aku sedar yang aku sedang diuji.
Aku masih berusaha mencari pekerjaan yang tetap. Andai tiada pekerjaan yang tetap sekali pon, cukup sekadar pekerjaan sambilan yang mampu membantu aku meneruskan kelangsungan hidup yang makin hari kian mencabar. Kadang-kadang terasa hati juga dengan sindiran tajam rakan-rakan dan saudara mara yang lain. “Hai…ade degree pon menganggur lagi?” “Eh…bukan kau ade master ke? Try la cari keje tu…cari keje ni… bla..bla.bla…” Ye! Aku akui, kadang-kadang sampai satu tahap kau rasa macam nak memberontak, macam nak lempang laju-laju mulut orang yg cakap macam tu. Aku telah banyak memohon pekerjaan. Terlalu bnyak! Memilih?? Tiada istilah memilih dalam hidup aku as long as pekerjaan aku itu halal di sisi Penciptaku. Apa pernah menjawat jawatan pegawai, aku juga pernah menjawat jawatan kerani.
Temuduga? Berpuluh temuduga telah aku hadiri. Namun, sekadar menghabiskan wang ringgit untuk petrol dan tol sahaja! Mungkin akan ada yang bercakap…”kalau dah tau x dpt…kenapa nak pegi jugak interview tu?” Ye…macam aku katakan tadi..aku percaya pada rezeki Allah. Andai kata itu b ukan rezki aku, aku redha..dan andai kata itu milik aku, alhamduillah. Aku pernah menghadiri satu temuguda di sektor kerajaan. 300 permohonan, hanya 60 yang diterima untuk menduduki ujian (termasuk aku) dan hanya 13 dipanggil untuk temuduga peringkat pertama dan hanya 5 orang untuk peringkat akhir (termasuk aku). Sayang seribu kali sayang, aku buat yg terbaik (bukan over confident) tapi di sebabkan aku tiada CABLE, maka impian aku lebur! Lebih lebur bila secara terang-terangan urusetia temuduga tersalah tanya soalan pada aku “awak ni anak kepada sipolan bin sipolan ke?” Dan yang menjawab soalan urusetia itu adalah calon yg sedang menuggu giiiran utk temuduga yg duduk di sebelah aku, yang baru konvo 2 minggu lepas! (aku dah bekerja 4 tahun utk jawatan yg sama). Maka…korang pasti tahukan siapa yang dapat jawatan tu! Tahniah pada anak sipolan bin sipolan!
Banyak lagi pengalaman temuduga aku yang aku rasakan sangat merobek jantung aku! Tapi tak sanggup aku nak share kat sini. Ye lah, aku rasa korang pon mesti ada pengalaman mcm tu kan? study bagai nak rak! Tapi orang lain yang macam takde effort pulak yang dapat! Bila selidik-selidik, rupanya yang dapat tu anak jiran sebelah interviewer tu. Tak pon anak kawan baik interviewer tu. Ye la, diorang buat sesi temuduga tu pon sebab nak penuhkan KPI diorang je! Betol x? Hahaahaa….
Rezeki kita ni Allah kurniakan dalam pelbagai bentuk. Seorang sahabat karib aku ada menasihatkan aku supaya jangan terlalu mudah untuk berputus asa. Rezeki untuk setiap orang ni tak sama. “Beb, ko jangan give up, Allah tak uji kau kalau kau tak mampu! Tengok sekarang, kau mungkin tak kerja, tapi hati kau senang. Kau boleh berjalan ke sana ke mari. Saving kau pon cukup. Ingat beb, rezeki orang ni Allah bagi tak sama. Kita tengok orang yang dah lama kawen, tapi belum dapat baby. Walaupon belum dapat baby, tapi diorang bebas berjalan mana-mana yang diorg nak pergi. Turun naik kapal terbang aku tengok! Allah bagi diorang masa untuk bersama sementara belum ada baby. Tu rezki anak. Now, kita tengok pulak orang yang dah kawen, anak pulak ramai, sampai nak berjalan pon tak dapat! Tapi tu bukan penghalang untuk diorang. Walaupon diorang x berjalan, tapi diorang tetap gembira sebab dikurniakan anak. got it?
Ok..berbalik pada rezeki kerja tadi. Pekerjaan ini adalah satu rezeki dari Allah. Pada yang dah ada kerja tetap tu, jadilah pekerja yang bersyukur. Janganlah sia-siakan peluang dan rezeki yang Allah dah kurniakan pada kalian. Curi tulang, ponteng kerja, minta tolong rakan punchkan kad perakam waktu, ngeteh, rehat awal, masuk lambat, pulang cepat…itu semua jangan kite persoalkan. Kenapa? Kerana masing-masing sudah punya akal fikiran yang waras. Masing-masing sudah kenal halal haram, dosa pahala, syurga neraka. Tepuk dada, tanya iman. Kalian tahu apa yang akan kalian jawab di hari pembalasan kelak kan? Kita jangan sebok nak fikirkan orang tu masuk surga ke, masuk neraka ke? Cuba kita perbetulkan diri kita. Tujukan diri kita untuk syurga Allah. Mudah-mudahan.
Sampai satu tahap, aku pernah hampir berputus asa! Ye, aku akui aku hampir give up! Aku menangis. Gugur jugak air mata jantan bila kau dah tak boleh nak tanggung apa yang kau rasa. Gugur juga dalam sujud kau! Sekuat mana pon kau rasa, tapi ada 1 tahap yg kau rasa kau lost! kau hilang! Kau hanyut! Itu yang aku rasa Bila tahap aku tak bekerja, kontrak aku ditamatkan, aku rasa macam dunia aku gelap seketika. Sampai aku fikir, apa aku nak buat ni? Mcm mana nk bagi abah duit? Mana nak bayar kereta? Hutang ptptn? Bil-bil? Arghhh…serabut!!
Apa aku buat?? Update resume! Aku tebar resume aku kt semua tempat. Macam-macam tempat! Bank, syarikat persendirian, badan berkanun, kerajaan, semua tempat la senang cerita! Emel dari Lina tu hari-hari aku terima! (sape masuk jobstreet tu tau la sape lina ni kan! Hahaaha..) But, aku selalu fikir yang rezeki itu milik Allah. Tetap akan ada. Bila? Cepat atau lambat, itu urusan pentadbiran Allah kerana Dialah sebaik-baik pentadbir alam. Keywrd dia…JANGAN PUTUS ASA!
Kepada yang masih belum bertemu dengan pekerjaan yang tetap dan stabil, jangan berputus asa. Percayalah bahawa rezeki, jodoh, kelahiran dan kematian adalah rahsia Allah yang dah ditetapkan di luh mahfuz kita. Jangan berhenti berharap, jangan berhenti berdoa. Kerana doa itulah senjata mukmin. Oh ya, rajinkan bangun malam untuk tahajjud, soalat hajat, dan konsisten la untuk dhuha sama ada 2, 4, 6, mahupan 8 rakaat. Buatlah mana yang kita termampu. Mintalah pada Allah. sujudlah pada-Nya.
Dan, jangan kedekut untuk doakan ibu bapa, adik beradik dan kawan-kawan. Tak rugi mana pon! ambil kesempatan musim umrah ni, mana-mana kawan-kawan dan sedara mara yang pegi menunaikan umrah tu, pm, wasap, or dm diorang untuk kirim doa! Jangan kau kirim minyak wangi la..kurma la…kacang cerdik la! Doa tu yang paling penting k!
Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalam….
====================================================================================================
– Aku Penganggur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit