Rezeki Allah

Assalamualaikum.. Nama aku A berumur 22 tahun. Sekarang aku bekerja pembantu jururawat setelah habis belajar sementara menunggu panggilan dari kerajaan di bukit damansara yang menyediakan perkhidmatan hostel dan meal.

Aku ingin berkongsi tentang rezeki Allah yang sangat luas memandangkan aku terbaca tntg kisah confesor tntg rezeki. Untuk pengetahuan, basic gaji aku RM1400 dan kalau ada ot dapatlah dalam RM200-RM300 ot. Gaji aku tidak bnyak, namun aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada aku.

Semalam 6/8/19 hari aku dapat gaji. Dan aku akan terus transfer pada emak aku. Selalunya aku akan bagi pada emak aku RM300 untuk belanja dan RM50 aku akan masuk dalam tabung haji emak aku.

Aku transfer ke akaun cimb aku untuk bayar ASB sebanyak RM276. Aku transfer ke akaun BSN aku sebanyak RM400 untuk simpanan dan ke tabung haji aku RM200 untuk simpanan aku menunaikan umrah nanti insyaaAllah.

Aku juga telah transfer RM200 kepada adik aku yang sdg belajar setiap bulan dan telah membeli pampers dan susu untuk amal jariah aku kepada yang memerlukan sebanyak RM100.

Untuk pengetahuan, aku akan memperuntukan sebanyak RM100 setiap bulan untuk membantu orang memerlukan samada aku akan beli susu, pampers, transfer pada maahad tahfiz untuk pelajar belajar atau membelanja orang2 di sekeliling aku makan samada keluarga/kawan.

Total: RM 1700 (basic + ot) – RM 350 – RM276 – RM400 – RM200 – RM200 – RM100 = RM1550

Berbakikan RM150 aku akan belanja untuk diri sendiri selama sebulan sama ada aku bayar grab/naik lrt balik rumah akak aku/abang aku untuk berjumpa dengan emak memandangkan emak tinggal di rumah anak2 area kl/selangor.

Dan aku tidak pernah mengungkit apa yang aku bagi pada orang lain dan sangat percaya pada Janji Allah untuk memberi lebih lagi pada mereka yang suka memberi walaupun aku sangat terkilan ada dalam kalangan abang2 aku yang liat untuk memberi wang pada emak dan adik aku yang sedang belajar memandangkan emak aku tidak bekerja sebab sakit kanser dan ayah telah lama tiada.

Aku selalu juga share tentang salah satu punca rezeki murah adalah dengan memberi wang/belanja orang lain/ibubapa dengan hasil wang sendiri dalam group keluarga dengan harapan mereka baca dan hadam.

Setakat itu sahaja perkongsian aku, terima kasih sebab sudi membaca dan aku doakan kalian sentiasa dimurahkan rezeki.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *