Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh untuk tak panjangkan masa lagi aku ingin berkongsi pengalaman hidup aku sepanjang 23 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini. Artikel ini memang panjang, jadi sediakan popcorn dan secawan kopi.
Aku hanyalah seorang insan biasa yang baru mengenal erti kehidupan, aku bukan insan hebat yang mempunyai harta dan takhta. Memandangkan pelajaran aku paling tinggi adalah di peringkat STPM maka aku tidak berpeluang untuk bekerja yang mendapat bayaran tinggi seperti kerja BANK dan sebagainya.
Apa yang aku buat dalam hidup, aku mencari peluang untuk berniaga kerana aku tahu 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Tapi sebelum berniaga aku telah bekerja di bawah orang, namun kerjaya aku bukanlah kerjaya profesional.
Aku pernah bekerja sebagai cashier (di restoran dan di pasar malam), aku pernah ditugaskan untuk menggaul bahan mentah sebelum bawa ke pasar malam, aku juga pernah ditugaskan untuk membuat air, membasuh beratus-ratus pinggan, mengambil pesanan pelanggan, delivery makanan. Bukan setakat itu sahaja, aku pernah bekerja lagi ekstreme yaitu mengecat rumah, menjadi kelindan lori dan sebagainya.
Semua ini aku harungi dengan tabah dan disini aku belajar erti kehidupan yang sebenarnya, aku kerja penat-penat tapi gaji sikit. Gaji aku bekerja ketika di restoran dan pasar malam, aku bekerja daripada pukul 7.00 pagi sehingga 8 malam (rehat 1 jam) gaji sehari aku dapat RM 40 sahaja + makan minum free. Ketika aku kerja di pasar malam, kerja daripada pukul 10 pagi hingga 1 petang dan 3 petang hingga 11 malam. Gaji yang aku dapat hanyalah RM 40 (cash setiap hari) tanpa apa-apa bonus.
Jadi aku penat, aku penat kerja lebih masa tapi gaji sikit. Bukan aku tak bersyukur tapi di Zaman Pemimpin Datuk Seri Najib yang sangat lah baik ini, kos sara hidup semakin tinggi. Tambahan pula aku nak bagi mak ayah aku duit memandangkan mereka pun tak kerja dah dan aku juga seperti jejaka di luar sana yang ingin berkahwin dengan seorang wanita.
Jadi aku cuba lah menjual barang di internet, barangan pertama aku adalah habbatus sauda, madu, jam dan juga baju. Tapi aku amat dukacita kerana dalam banyak-banyak customer hanya sorang je yang beli itu pun jam aku. Aku tak dapat survive dengan jual barang-barang ini (Ya aku silap, aku sebenarnya perlukan ilmu perniagaan, pemasaran barulah aku dapat menjual betul tak?)
Lepas tu aku mencari-cari bisnes yang lain, lalu aku terjumpa dengan Forex (Foreign Exchange). Disinilah aku mula terlibat dengan perdagangan mata wang asing dalam talian dan disinilah aku dah mula terjebak dengan hutang. Ya aku terpinjam duit makcik aku RM 4500 (bodoh nya aku ketika itu) itu pun sebab dia offer aku kerana dia kasihan melihat aku. Hanya dalam sebulan sahaja aku mampu mendapatkan duit selepas itu aku terus Margin Call kerana terpedaya dengan leader aku untuk trade pakai robot.
Disitu aku dah mula kecewa kerana tak pasal-pasal aku berhutang, gaji aku ketika itu sikit sangat untuk bayar semua hutang aku itu. Jadi disinilah aku bertemu dengan bisnes TONEXCEL, jual simkad TONEEXCEL!!
Ketika aku join Tone excel aku nekad untuk jadikan bisnes ini adalah bisnes terakhir aku. Aku belajar pergi ke Seri Petaling dengar ‘Talk’ daripada leader-leader ToneExcel. Aku ‘Table Talk’ dan aku belajar cara untuk marketing bisnes dan balik itu terus aku buat strategi pemasaran. Daripada Blast ke group Free aku Blast ke dalam Group berbayar, daripada pakai manual kepada pakai Robot semua aku ikut ajaran Leader Tone Excel.
Namun selepas 7 bulan, aku cuma berhasil mendapatkan 10 orang sahaja. Dan ada 3 orang daripada 10 orang itu telah berhenti gunakan simkad ToneExcel. Yang lebih teruk lagi aku kehilangan kawan dalam Facebook kerana ramai yang block aku di Facebook kerana tak mahu membaca iklan aku. Aku tanya Leader dalam Tone Excel
“Tuan segala tunjuk ajar tuan saya dah buat, daripada offline kepada online, daripada manual kepada pakai robot semua saya dah buat tapi saya dapat dalam RM 60 sebulan sahaja”
“Macam nilah adik, rezeki ni Allah yang tentukan kalau Allah kata tak ada rezeki dalam ni maka tak adalah”- Sebab dia pun dah pening jadi dia cakap lah begini
Aku merasa sedih dan aku mula berdoa pada Allah untuk tunjukkan aku cara nak mencari rezeki. Aku minta bantuan Allah untuk aku kerja dari rumah tapi dapat jana pendapatan lumayan dan kali ini Allah dengar doa aku mungkin sebab sebelum ini aku doa Allah nak uji aku dengan keperitan bergelar orang dewasa kali ini atas pengalaman yang telah aku lalui Allah baru kabulkan permintaan aku.
Ketika aku bersedih, aku pergi layan One Piece aku tonton daripada Episode 1 sehingga lah yang terkini. Aku belajar daripada luffy untuk terus maju tak tumbang apabila dugaan dan halangan itu semakin besar.
Ya aku mula libatkan diri aku untuk buat video di youtube, alhamdulillah hasil kerja baru aku ini. Bulan pertama aku dapat RM 1000, selepas itu gaji aku semakin banyak dan mula cecah RM 2500. Korang bayangkan lah happynya aku sebelum ini gaji RM 1200 kerja macam balaci. Aku bersyukur sangat Allah tolong aku.
Kini aku memiliki hampir 10 ribu subscriber dan semakin lama semakin naik. Mungkin Youtube ini adalah kerjaya aku dan sumber rezeki aku yang sebenarnya
Sedikit nasihat dari aku, sebelum nak buat apa-apa pastikan kita belajar. Contoh cara nak marketing dalam instagram, cara nak marketing dalam FB. Selepas semua kita dah buat, jangan lupa untuk berdoa.
Bonus untuk boost apa yang anda buat
– Jaga Solat Lima waktu di masjid
– Solat Dhuha dan tahajud
– Baca Al Waqiah tiap malam
– Bagi sikit keuntungan duit anda pada ibu bapa
Dunia ni tempat persinggahan, Allah uji untuk menguatkan kita untuk terus maju
– Ahmad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit