Pointer Vs Rezeki
Umur 21,
Orang kampung,
Keluarga di Perak,
Graduate UiTM,
Now aku kerja di selangor,
Finance Department,
Company “Berhad”,
Basic salary RM2k+,
Sejak dua menjak ni ramai kongsi cerita tentang pointer dan rezeki.. Kita nak share jugak la.. Hanya utk kesedaran orang ramai bahawa setiap dari kita ada rezeki masing2.. Baca sampai habis tau.. Kalau tak korang tak dapat pengajaran yang aku nak sampaikan..
Dari kecik aku mmg top student.. Darjah 1 sampai darjah 6.. Darjah 2 je aku dapat no 2.. Yang lain semua no 1.. Upsr Alhamdulillah 5A.. PMR aku dapat 7A1B (tu pun sbb aku jawab exam atas katil ward dalam hospital) Menangis jugak la sbb aku top student dlm batch.. Pernah sekali dpt top 2 dlm batch.. Tiba2 dapat 7A je.. Rasa bodoh sgt time tu.. Rasa down sgt2..
Eh lupa nak beritahu aku budak MRSM.. MRSM kalau dpt 7A tu kira tak pandai sgt.. Time aku dulu la.. Time skrg tak tahu la pulak.. Hahaha.. MRSM guna sistem sama mcm university.. Means guna pointer setiap sem.. Lower form aku pernah dapat 4 kali dean list.. 4 kali dean list semua time form 2 dan form 3.. Setiap hari anugerah dekan mesti parent aku datang.. Bukan nak bangga tau.. Tapi ade ibrah aku nak sampaikan kat sini..
Aku memang aktif ber’persatuan’.. Aku la LDP (lembaga disiplin pelajar) kalau sekolah biasa kita panggil pengawas, aku la PUM (program usahawan muda) hari2 jual makanan kt kiosk, aku la sidang redaksi (buat majalah maktab), aku la vice president persatuan puteri islam, aku la bendahari kelab netball, aku mentor bahasa melayu ( BM selalu dpt A+), aku la itu aku la ini..
Aku terlalu active sampai lupa jaga kesihatan.. Sebab tu time PMR jatuh sakit then result merudum.. Tapi takpelah.. Bukan rezeki aku time tu.. Naik form 4, kawan2 baik aku semua dapat MRSM pkp (mrsm yg bagus2).. Aku sorang je dlm geng yang stay kt MRSM lama.. Sedih sgt.. Tapi takpe, aku try cari geng baru.. Alhamdulillah dapat kawan2 baru yg satu kepala dgn aku..
Biasa time form 4 akan ada pencalonan utk jadi BWP (badan wakil pelajar) Aku tak mohon.. Tapi nama aku tercalon.. Cikgu yg calonkan.. Ah sudah! Menangis aku taknak terima.. Cikgu pujuk2 last2 aku terima.. Proses dari penamaan calon, manifesto, mengundi semua sama mcm pilihan raya negara kita.. So lepas habis semua tu, Alhamdulillah menang.. Tak serik kan? Still nak active jugak..
Bermula la episode jadi BWP.. Alhamdulillah semua okay.. Zaman kegemilangan maktab time tu sbb banyak program kami mampu jayakan.. Syukur.. Then ambil SPM.. Time ni zaman kejatuhan jugak.. SPM tak dpt straight A.. Sedih lagi..
Dapat matrik and IPTA.. Aku pilih matrik sbb konon2 nya nak cepat.. Tiba kt matrik, aku dapat module 1.. Amik kau! Semua subject killer je dlm module tu.. Aku dapat matrik selangor.. Ya Ampun.. Panas nak mati kt Banting tu oiiii.. Dua minggu kuliah, dua minggu aku mc ulang alik hospital.. Anti-body aku tak kuat.. Last2 aku berhenti matrik..
Then aku decide taknak ada dalam bidang science dah.. Aku pun apply course account time isi UPU.. Alhamdulillah dapat sambung Diploma in Accounting UiTM kt perak.. Second intake sbb aku dah buang masa kt matrik.. Hahahaa..
Diploma in accountancy aku mcm tak okay sgt sbb aku takde basic account.. Boleh bawak tapi biasa2 je.. Tak boleh score dekan pun.. Pernah la dapat 3.49.. Tapi aku tak pernah merayu kt lecturer utk tambah 0.01 kt pointer aku sbb aku tahu semua tu rezeki.. Bersyukur je dgn apa yg kita dapat.. Allah maha pemurah..
Time diploma, aku rajin buat kerja2 amal sbb tu mmg minat aku.. Aku gerak sorang2.. Bukan under university.. Aku join cancer supporter.. Time belajar kt university, tiap hujung minggu aku pegi hospital melawat kanak2 cancer.. Naik train ETS pergi Hospital Kuala Lumpur.. Dari situ aku kenal ramai orang.. Banyak ilmu yang aku dapat.. Dari 0 pasal cancer, now macam2 aku tahu pasal cancer..
Mcm2 kisah aku selami.. Kadang2 aku rasa aku mcm kaunselor pulak.. Kisah mak tinggalkan anak, isteri tinggalkan suami, suami tinggal isteri, mcm mana nak handle emosi orang sakit and so on.. Sedih.. Banyak air mata aku tumpah utk orang yang bkn darah daging aku.. Dan ramai juga yang meninggal depan mata aku.. Sedih weh.. Teringat2 wajah dorang bila aku nak tidur..
Habis je study aku kat university, tak sempat rehat pun terus dapat offer kerja kat company yang dah ade title ‘berhad’.. Weh awkward gila time mula2 masuk kerja.. Sebab aku sorg je umur 21 tahun kt finance department tu.. Yang lain semua umur 26 dan ke atas.. Semua dah ade degree and master.. Pengalaman dorang superb! Aku je yg just ade diploma.. Fresh graduate pulak tu..
Ramai kata aku beruntung.. Ye laa.. Kau ingat senang nak dapat kerja zaman najib ni? Ramai kene buang kerja ade la.. Aku fresh graduate dgn pointer biasa2 tak cecah 3.50 pun.. Tapi habis study terus kerja dgn basic salary rm2k++.. Buat account kt situ.. Company aku kerja ade tower sendiri.. Ramai sedara mara and kawan2 yang tanya ‘mcm mana dapat kerja situ?’ ‘eh susah kan nak dapat kerja situ?’ ‘ni mesti budak pandai ni sebab tu dapat kerja bagus kan? ‘ weh aku tak tahu nak jawab apa bila orang tanya soalan2 tu, aku just boleh jawab ‘Alhamdulillah rezeki dari Allah’
Now kawan2 aku sambung full time degree, tapi aku dah kerja.. Aku buat part time degree.. Isnin-jumaat kerja, sabtu ahad study.. Alhamdulillah life aku bahagia.. Bahagia dikelilingi insan2 berhati mulia.. Environment kerja seronok.. Buat account sumpah best.. Jatuh cinta dgn nombor.. Hehehe..
Apa ibrah cerita aku ni?
1) Belajar kerana ilmu bkn kerana nak kejar A semata2.. Kau kejar A, kau akan kecewa nanti.. Belajar sampai hujung nyawa.. Bukan kejar nak cepat grade.. Kalau rezeki kau utk buat part time, takpe dik, buat je part time.. Jangan ikut orang..
2) Hidup jgn terlalu menyendiri, kene hidup bermasyarakat.. Maksud aku, rajin2 la buat kerja amal.. Aku nak cakap, hati kau akan tenang nanti.. Sbb apa hati tenang? Sbb bila kau bukak mata, selami hidup mereka yang dibawah, kau akan rasa bersyukur sgt dgn hdup kau.. Kau rasa kau susah, ada orang lebih susah dari kau..
3) Rezeki Allah tu datang tanpa diduga.. Bukan based on pointer atau result kau.. Kalau Allah kata rezeki kau disitu, result kau teruk pun kau tetap dapat disitu.. Allah nilai usaha dan hati kita.. Bukan result kita..
4) Bila kau buat baik dengan orang, insyaAllah Allah hantarkan orang yg baik2 dalam hidup kau.. Bahagia tau hidup..
5) Bila kau dah biasa hidup bermasyarakat, kau tak kekok nak kerja nanti sbb kau dah biasa berdepan dengan orang dari pelbagai golongan dan lapisan umur..
Terima kasih baca kisah aku..
Pesanan terakhir, sentiasa doakan Mak Abah , Jangan tinggal solat, Jaga aurat, Hari2 bertaubat minta Allah ampunkan dosa2 kita yang lalu..
-mimi masturah-
– Mimi Masturah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit