“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama seperti aku.
Secara ringkas, nama aku Kay dan berumur 20an, wanita yang bekerjaya sudah berkahwin hampir 2 tahun.
Aku menulis sekadar meluah kan perasaan. Maaf kalau penulisan aku membosan kan atau memening kan. Kalau anda rasa ini akan membuang masa. Sila la ke cerita yang seterus nye.
Aku Masih dalam mood “honeymoon” pada sesetengah orang. Tapi tidak untuk orang yang berada di sekeliling aku.
Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah Allah satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak.
Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain.
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil”
“Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
Allah. Itu saja yang dapat di ungkap kan di dalam hati. Aku hanya mampu diam membisu. Walaupun aku sudah melangsung kan perkahwinan terlebih dahulu. Rakan2 sejawat aku yang berkahwin kemudian sudah mendapat anak.
Sebenar nye aku tidak la begitu terasa dengan kata2 orang sekeliling bagi aku mereka tidak ada kena mengena dalam kehidupan aku tetapi bila saudara terdekat bertanya sehingga mak mertua aku pun sudah bersuara, bagi aku itu sudah pun menjadi satu bebanan untuk aku.
Hampir setiap kali aku ke rumah mak mertua, akan ada soalan yang sama sehingga kan mak mertua aku terfikir untuk kami mengambil anak angkat. Sungguh aku rasa hina. Di sebab kan “anak” aku rasa tidak sempurna sedang kan aku tau ini bukan kesalahan aku seorang.
Aku tidak mahu membuka aib suami aku. Tidak tergamak aku berkata benar di hadapan mak mertua aku. Tetapi suami aku sendiri tidak mahu usaha untuk mendapat kan anak.
terasa sakit bila semua soalan di tuju kan kan kepada aku? Suami aku? Tiada seorang pun yang bertanya. Aku hanya mampu diam demi menjaga aib dan hati semua walaupun hati aku terluka.
Sudah aku cuba untuk berbincang tapi suami aku mengata kan semua nye tiada masalah, tiada apa yang dia sembunyi kan.
Jika rakan2 sekerja aku mendapat khabar gembira aku pun akan gembira tapi jauh di sudut hati aku akan bertanya “bila la turn aku”. Tapi aku kena positive supaya aku tidak rasa give up.
Bila orang bertanya tetang anak. Aku mampu senyum walaupun hati aku bagai di siat. rakan2 aku lah yang akan memberi kata2 semangat. Aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Walaupun berkali kali aku mohon untuk rezeki anak.
Sampai kan aku Tidak tahu kepada siapa aku nak meluah. Bonda aku hanya mampu memberi kata2 semangat supaya aku tak mudah menyerah. Tapi sampai bila? Sampai bila aku perlu memendam rasa. Hanya Tuhan tempat aku meluah. Hanya Tuhan yang akan mendengar.
Tetapi aku tak pasti sampai bila aku dapat bersabar dengan semua ini. Moga Tuhan tetap memberi kesabaran kepada aku, aku doa kan juga kepada sesiapa yang membaca yang belum ada rezeki seperti aku, di doa kan rezeki anak akan sampai bila saat dan waktu yang tepat.
Aku percaya Allah akan beri bila sampai waktu nye. Cuma aku perlu bersabar.
Terima kasih sudi membaca luahan hati kecil aku.
– Kay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit