Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Aku dan suami sudah berkahwin selama 9 tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak.
Cemburu? bohong la kalau aku cakap tak cemburu tengok kawan-kawan, sedara, jiran, adik beradik yang mempunyai anak. Tengok betapa excited beli kelengkapan raya, sekolah untuk anak-anak. Aku dan suami hanya tengok sambil tersenyum.
Bertambah cemburu bila raya. Semua sedondon bergambar bersama sebagai kenangan dan saban tahun bertambah seorang ahli keluarga. Aku dan suami setiap tahun gambar tetap sama berdua, entah la sampai bila.
Bila awal tahun ramai bercuti uruskan anak bersekolah. Aku dan suami penghuni pejabat yang setia di awal tahun. Memang muka kami la yang ada di pejabat di awal tahun.
Cemuhan? Mula-mula memang aku terasa, air mata ni akan sentiasa mengalir. Mandul, tak tau main dan macam-macam lagi yang aku dengar selama 9 tahun.
Paling terkesan bila raya bila sedara mara kau bercerita pasal perkembangan anak-anak masing-masing manakala aku duduk di penjuru rumah terasing. Nak menyampuk? anak tekak ada la..apa lagi huhuhu je la sambil main hp.
Usaha? Macam-macam usaha aku dan suami dari tradisonal sampai ke perubatan moden tapi masih belum dikurniakan rezeki zuriat.
Pantang ada orang bercerita urut di sini ok, aku dan suami akan pergi. Utara selatan timur barat kami akan pergi. Operation beberapa kali dan keputusan tetap sama aku dan suami normal. Cuma rezeki kami masih belum ada. Tetap positif.
Awal tahun 2019 aku dan suami menjalani rawatan IVF.
Pengalaman bagi aku menjalani prosidure IVF. Berpuluh jarum dicucuk di perut selama sebulan pada waktu yang sama sampai bercuti pun kena bawak tong ubat disebabkan ubat mesti dalam keadaan sejuk dan jarum tidak boleh dibuang merata dan hanya boleh dibuang di tong yang telah disediakan di klinik.
Mungkin bagi sesetengah orang tak menyakitkan seperti digigit semut tetapi tak bagi aku yang tak berlemak ni, menjerit kesakitan setiap kali dicucuk dan yang tolong cucuk mesti la suami.
Selepas pelbagai prosidure dan rawatan yang menyakitkan aku memperolehi 8 telur tetapi 4 yang dapat disenyawakan. 2 dibekukan dan 2 dimasukan ke dalam rahim.
Selepas seminggu embrio tranfer aku bleeding disebabkan seminggu selepas rawatan aku naik kerja. Mungkin kerana aku aktif di tempat kerja. Menangis kecewa diuji sebegini. Suami pujuk jangan mengalah. Aku sibukan diri dengan tugas-tugas di office, happy kan diri dengan cara aku dan suami.
Awal tahun 2020 aku bersemangat semula untuk teruskan IVF aku. Cuma kali ni prosidure tak seperti sebelum ini. Aku hanya diberikan ubat untuk dimakan selama beberapa bulan sebelum embrio tranfer.
Pertengahan Febuari, 2 embrio di masukkan dan bermula bedrest, jaga pemakanan, solat hajat sentiasa aku lakukan.
2 minggu mc aku bedrest kat rumah, makan minum kat atas katil. Kerja rumah, Makanan minum pun suami aku uruskan. 2 minggu yang mendebarkan selepas embrio tranfer. Sentiasa berhati- hati takut bleeding seperti sebelum ini.
Alhamdulillah tiada bleeding dan harapan makin menggunung sebelum ujian darah untuk menjadi ibu dan abah. Perkataan keramat yang dah lama kami suami isteri tunggu. Tetapi minggu ke3 ujian darah yang mengecewakan bila keputusan NEGETIF.
Kami tercengang dan pulang dengan kekecewaan. Air mata tak berhenti mengalir dari tadi. Kekecewaan dan putus harapan diuji sekali lagi.
Suami, mak ayah dan family pujuk mungkin ada hikmah disebalik yang Allah S.W.T uji kami suami isteri. Sambil menaip ni pun air mata tak henti mengalir. Cuti selama seminggu diambil untuk menstabilkan semula emosi dan redo terima dugaan ini.
Suami cakap dia tak sangup tengok saya sakit menjalani rawatan ni lagi cukup la. Suami pun tak pernah terfikir nak kahwin lain. Anak bukan penentu kebahagian rumah tangga tapi penyeri dan pelengkap rumah tangga.
Kebahagian datang dari suami isteri itu sendiri. Cuma rumah tangga kami masih belum lengkap. Mengungkapkan perkatan redho amat mudah tapi nak memerima mengambil masa. Doakan saya dan suami kuat. Mungkin kali ini rezeki kami untuk menjadi ibu dan abah masih tak kesampaian.
– Amanda Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit