Rezeki Anak & Kerja

F28. Married for 3 years. Masih TTC (Try to Conceive)

Tahun lepas aku bekerja sebagai executive dan peroleh RM4.5k sebulan. Cukup 2 tahun aku resign disebabkan environment yang toksik, colleague yang racist & aku sebenarnya underpaid dalam field tersebut.

Title executive tapi aku cuma one-man show dalam department dan buat kerja macam seorang HOD (Head of Department).

Pros buat banyak kerja, aku tahu banyak benda & dapat elevate skills & knowledge. Cons- aku dah slowly burnout dan mental penat.

Lepas aku resign, company lama & company lain yang aku pernah kerja dulu dulu ada panggil balik. Ada jugak company dari tempat ex-colleague ajak masuk tempat diorang.

Tapi aku decide untuk ambil career break & cuma buat home based business dari rumah untuk mental recovery.

So berbekalkan saving yang ada, aku dapatlah survive bayar commitment kereta, ptptn, ASB selama 9 bulan.

Baru-baru ni, aku dah mula bersedia untuk masuk corporate world semula. Mental health pun dah makin stable tapi financial nak kena topup balik so aku decide untuk job hunting.

Tak lama lepastu, Alhamdulillah aku ditawarkan pekerjaan dalam bidang yang sama. Pangkat yang lebih tinggi. Gaji pun lebih tinggi.

Minggu depan, HR akan email LOA (Letter of Agreement) & aku boleh start kerja seminggu lepas tu. Tapi aku ada satu dilema.

Aku baruuuu dapat tahu yang aku pregnant! Alhamdulillah alhamdulillah. Masih di awal first trimester. Semestinya berita ni buat aku & suami sangat happy. Our first baby.

While the excitement still remains, aku nervous nak bagitahu company baru. Aku tak tahu adakah diorang akan tarik semula LOA? Will the company still accept & let me work until I give birth?

Aku sanggup offer untuk extend probation atau pun aku masih boleh WFH (Work from Home) / Work Remotely pada bulan ke-2 & ke-3 maternity leave.

Aku betul betul perlukan kerja ni & dalam masa yang sama aku bersyukur Allah kurniakan zuriat ni selepas 3 tahun kami berkahwin.

Tujuan aku menulis & bercerita ni cuma satu: aku minta yang membaca untuk doakan yang terbaik untuk aku & keluarga.

Sekiranya ada rezeki ini untuk kami, semoga Allah permudahkan. Sekiranya ada jalan lain yang tertulis, aku redha & akan cuba yang terbaik untuk mencari rezeki lain.

Terima kasih.

– Bakal Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. masa jumpa HR , u inform siap2 u mengandung , if mmg rezeki , insha allah ada rezeki u.
    tapi jangan diam je sampai company u tahu sendiri , sebab mengandung ni mana boleh sorok , ada morning sickness lah , check up lah..good luck ya and tahniah , sy pun ttc hampir 3 tahun juga..

  2. Mse mula2 masuk keje dlu, sya mngandung 5 bulan, mmg dah nmpak ‘obvious’ jugak, tp alhamdulillah semua memberi sokongan utk saya, bos pon ok sgt, alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar sehingga la sya bersalin.. so, doa la bnyak2.. rezeki ank tuu.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *