Assalamualaikum. Saya isteri kepada seorang guru yang mengajar di Kuala Lumpur. Walaupun suami saya seorang guru, tapi gaji dia tidak lah sebanyak yang orang sangka.
Kami berumur lewat 30 an. Mungkin kesilapan dari kami masa awal kahwin dulu. Suami selalu buat personal loan sehingga gaji dah limit 60%.
Masalah berlarutan apabila kami membeli sebuah rumah di Utara sehingga gaji suami hanya tinggal RM380 sebulan. Kami pun tak sangka yang pembelian rumah tu lulus. Mungkin sebab buat loan kerajaan atau mungkin rezeki kami.
Saya mempunyai degree, tapi disebabkan masalah tertentu atau senang cakap takde rezeki untuk bekerja dalam bidang saya, sehingga sekarang saya berkerja sebagai kerani di syarikat swasta dengan gaji RM3K.
Untuk kelangsungan hidup di bandar yang serba serbi memerlukan duit. Suami membuat part time di pusat tusyen dan grab.
Setiap malam suami akan keluar dari rumah pukul 11 malam dan balik pukul 4 pagi hanya kerana ingin mencari rezeki buat kami sekeluarga. Masa dia untuk saya dan anak hanya beberapa jam sahaja sehari.
Setiap hari dia mengadu penat, mengantuk sebab tak cukup tidur. Dia hanya tidur beberapa jam sehari dan perlu ke sekolah lagi. Hanya cuti sabtu ahad je dia dapat tidur lebih. Saya redha demi sesuap nasi kerana pendapatan bersih yang suami dapat dari grab lebih kurang RM1500 sebulan.
Masalah bermula apabila suami memohon pertukaran sekolah ke Utara. Memang tak pernah dalam perancangan kami untuk berpindah seawal ni. Kerana kedudukan kewangan kami yang tidak berapa stabil. Saya juga perlu bekerja untuk membantu suami dalam perbelanjaan keluarga.
Suami memohon pertukaran kerana dia ada masalah dengan seorang guru di sekolah tersebut. Memang salah suami kerana terlalu mengikut perasaan masa membuat permohonan tu.
Saya hanya menyokong kerana pada fikiran saya mungkin permohonan tersebut tidak lulus kerana susah untuk masuk ke Utara. Bila keputusan keluar bulan November haritu, pemohonan suami diluluskan hanya dengan sekali permohonan. Rezeki mungkin.
Suami membuat rayuan pembatalan perpindahan ke Utara dan memohon untuk dikekalkan di Kuala Lumpur. Sehingga kini suami masih belum dapat surat dari KPM sama ada rayuan diluluskan atau tidak. Semoga Allah memudahkan urusan kami.
Sekarang saya dalam dilema sama ada perlu mengikut suami berpindah ke Utara atau tidak sekiranya rayuan tersebut tidak diluluskan. Bagaimana kami hendak memulakan hidup di sana dengan gaji suami sebanyak tu dan elaun COLA dia pun akan berkurangan sedikit.
Saya perlu bekerja kerana saya pun ada komitmen saya sendiri. Saya ada survey jawatan kosong di kawasan tersebut, tapi tiada kekosongan untuk pengalaman saya ni.
Pengalaman saya dalam bidang yang saya berkerja sekarang dah hampir 13 tahun. Jadi mungkin susah sikit untuk saya beralih ke bidang lain.
Kami tak nak PJJ lebih- lebih lagi anak kami akan menduduki UPSR pada tahun depan. Hendak berbisnes kami tidak pandai kerana kami pernah buat bisnes tapi tak ke mana.
Adakah Allah ingin menguji kami? Mungkin ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan? Saya mohon doa dari semua semoga urusan saya dipermudahkan dan yang baik-baik saja untuk hari- hari yang mendatang.
– Azreen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit