Assalamualaikum.actually aku bukan student IIUM pon,tapi memandangkan page confession tempat aku belajar macam hidup segan mati tak mahu so aku decide nak share kat sini je la..mana tau bole jd inspirasi/contoh/tauladan ke..cewaahh
REZEKI BELAJAR
ok,aku seorang student diploma kejuruteraan mekanikal disebuah ipta di selatan dan kemudian sambung pengajian dalam peringkat ijazah di tempat yang sama dan kos yang sama,tapi disebabkan pointer aku agak cukup makan aku tak dapat transfer kredit walaupun sambung di tempat pengajian yang sama.kat sini la aku mula rasa motivasi aku makin lama makin menurun,sebab ramai kawan-kawan lain yang pointer lebih tinggi dapat transfer kredit dengan banyak.tapi itu bukan penghalang,asalkan aku dapat belajar walaupun kene masuk kelas junior/yang lebih muda dari aku.nak dipendekkan cerita,mungkin rezeki aku bukan dekat otak yg cerdik dalam pelajaran aku kene extend pulak belajar dari 4 tahun ke 5 tahun.dulu masa diploma pointer cukup makan,degree extend terus cerita dia sebab degree lagi susah kan.kat sini aku dah berfikir,apa salah aku..nak kata aku ponteng kelas,jarang sekali..assignment lagi la tak penah hantar lambat,lab report on time.group assignment,tak pernah jadi sleeping partner,meniru time exam lg la benda paling aku takut sebab kalau kantoi memang kene gantung 1 semester.tapi alhamdulillah,aku dapat habiskan pengajian di semester ke 10 dengan pointer 2.34,yes 2.34 aku x malu mengaku sbb itu adalah usaha aku sendiri.walaupun kadang2 aku jeles tengok kawan2 yang ‘gifted’ jarang datang kelas,sleeping partner & kaki toyol pointer tinggi lagi dari aku.aku sedar yang aku lemah dalam teori,so aku akan bersungguh bila ada lab dan assignment yang melibatkan projek..
REZEKI PEKERJAAN
Di saat rakan kelas masa diploma sudah setahun lebih kerja & aku ketinggalan 1 sem dari kawan2 kelas ijazah yang dah konvo aku baru mula menghantar resume di penghujung sem 9..actually masa mula2 semester 9 aku dah sedikit ‘down’ memandangkan aku tengok ramai kawan2 yang dah achieve macam2.dah konvo tu salah satu objektif,bekerja dengan gaji yang agak besar dimana aku tengok average (RM2-4k),ade yang dah berkahwin,beli kereta,dan ada yang dapat anak.sapa tak nak semua tu kan?tapi aku masih terkuntang kanting untuk menghabiskan segulung ijazah.tapi aku teruskan jugak,mungkin rezeki aku lambat..yela,dah tempuh zaman diploma lepas tu tempuh zaman degree then kene extend lagi korang dah boleh agak umur aku berapa.Alhamdulillah,belum masuk study week aku dapat 2 panggilan interview.aku apply kerja menggunakan diploma sebab ijazah aku belum habis dan masih ade lagi 1 semester iaitu semester 10.untuk pengetahuan,semester 9 aku ambil 19 kredit iaitu kredit maksima dan aku masih ada lagi 1 subjek hutang iaitu PSM2 yang melibatkan 4 kredit.walaupun TDA fakulti time tu bagi greenlight utk aku habiskan semuanya di semester 9,tapi aku tak nak ambil risiko..so aku tinggalkan 4 kredit itu utk semester 10.berbalik kepada interview tadi,kedua dua interview langsung tak tanya pasal pointer diploma 2.67 aku.interview session lebih kepada soft skill,pengalaman,knowledge & attitude.so,dari 2 interview tu aku diterima bekerja sebagai site supervisor (1 lagi interview sebagai draftman,tapi tak dapat) di sebuah developer besar di PJ dengan gaji basic RM1.7k masa tengah study week.aku disuruh lapor diri pada hari isnin hanya beberapa hari selepas paper last final exam aku iaitu hari khamis.so agak kelam kabut nak kemas n preparation untuk balik kampung di selangor.bermula la fasa dimana aku bekerja dan belajar,yela sbb aku masih ade hutang PSM2 4 kredit..bole kira PJJ tak?haha hari2 travel around 30km sehala dr tempat keje ke rumah.malam pulak fokus dengan PSM,seminggu sekali emel SV update progress.lepas beberapa kali ambil ‘unpaid leave’ (masa masih probation 3 bulan) & ‘annual leave’ untuk present,hantar draft report & hard cover akhirnya aku berjaya habiskan PSM2 aku.nasib la dapat SV yang sporting,dia banyak support apa aku buat.selepas 8 bulan bekerja (dari jan-ogos),aku lagi sekali mula job hunting dengan menggunakan experience kerja yang ada dan qualification ijazah yang baru aku habiskan.alhamdulillah,ade panggilan interview sebagai project engineer di sebuah company di puchong.lagi sekali sesi interview dijalankan dalam keadaan santai tanpa tanya pointer..soalan lebih kepada keinginan aku untuk belajar benda baru memandangkan bidang yang akan aku ceburi nanti lebih kepada kejuruteraan elektronik.aku menjawab yang ia tak jadi 1 masalah kerana bidang kerja yang aku ceburi sekarang adalah lebih kepada kejuruteraan awam dan aku pun jenis seorang yang suka belajar benda baru..masa apply kat jobstreet,aku hanya mintak gaji sebanyak RM2.3K,tapi masa interview dia offer aku basic RM2.4k dan beberapa elaun memandangkan dia tengok personaliti aku ada potensi untuk pergi jauh.dan setelah habis interview,untuk pertama kali dalam seumur hidup aku yang kene decide sama ada nak bekerja dengan company dia atau tidak,dan bukan dia yang menentukan sama ada aku layak bekerja dengan dia.Alhamdulillah,aku terima tawaran tersebut dan telah menghantar sebulan notis di company yang aku bekerja sekarang.
REZEKI KELUARGA & RAKAN-RAKAN
masa mula-mula aku dapat tau yang aku kene extend,aku rasa takut nak bagitau family sebab takut kene marah.haha tp aku gagahkan diri untuk wasap kakak aku yang paling rapat,explain kat dia yang aku ada banyak hutang subjek dan dia paham and langsung tak marah.dia kata kalau ada apa-apa masalah dari segi kewangan dia akan bantu semampu boleh.dan dari situ aku jadi berani bagitau parent & adik beradik lain,dan sememangnya diorang tak marah dan faham.mungkin diorang tahu yang aku ada planning sendiri dan tahu kemampuan aku.dari segi rakan-rakan,aku dapat kumpulkan beberapa rakan kelas yang turut sama extend untuk duduk 1 rumah sewa supaya lebih mudah untuk berurusan,nasib baik la ramai jugak membe kelas yang extend,takde la awkward sgt..selain membe kelas,ade jugak membe-membe fakulti lain yang extend sama yang kepala gila sama macam aku..kira membe selalu hang out la..tak ketinggalan juga buah hati yang banyak support,walaupun dia konvo dulu dari aku sebab dia tak extend belajar,dia yang banyak tolong bagi semangat & tolong kewangan.sanggup bekerja kat pasaraya semata nak tolong perbelanjaan aku masa aku extend.yela,dah extend mana nk dpt loan..(jangan kata aku extend sebab bercinta pulak,sebab dia banyak tolong aku buat report & assignment.haha)aku ada jugak buat part time repair pc & masuk peraduan.mungkin luck aku baik,banyak peraduan menang so serba sedikit dapat la menampung perbelanjaan masa extend.
REZEKI KEWANGAN
kat sini aku pegang kata-kata kakak & mak aku yang jangan berkira dengan parent dan family.kalau tak sumbang dari segi duit,kerapkan diri balik jenguk mak abah.sebab tu masa belajar dulu 2 minggu sekali aku akan balik kampung jenguk family.bila dah keje,gaji sikit mana pun hulur sikit kat parent.tu kakak aku ckp,untuk dapat berkat.alhamdulillah,gaji tak besar mana tapi mampu bayar pinjaman diploma,pinjaman ijazah,bayar moto,bil telefon,bil internet & etc siap ade saving lagi.yuran semester 9 & 10 aku bayar guna duit gaji sendiri,boleh beli cincin tunang & belanja tunang.yang paling penting,sedekah dan jaga hubungan dengan Allah.solat jgn tinggal,doa banyak2 agar dipermudahkan urusan.sedekah tu biar la sedikit mana pun,yang aku wajibkan ke atas diri aku adalah setiap hari jumaat aku aakan sedekah RM2 kat tabung masjid masa solat jumaat.kalau termissed,aku akan make sure ganti masa minggu seterusnya.so itu rutin yang wajib aku ikut.lain-lain sedekah macam wakaf al-quran,sumbangan ikhlas kalau ada lebih aku akan hulur.untuk family maybe aku tak mampu nak bagi duit cash,tapi setiap bulan bila dapat gaji aku akan ajak mak pergi beli barang-barang dapur mcm tepung,susu,gula,barang basah & etc.bawa parent keluar makan,bawa diorang jalan-jalan masa hujung minggu.sebab dulu masa aku belajar & duduk jauh takde sapa nk bawa diorang memandangkan abang & kakak aku semua dah berkahwin dan ada komitmen masing-masing.adik aku pulak masih lagi tercari-cari matlamat hidup,maklumlah remaja baru nak up.haha pasal sedekah tu aku rasa tak salah aku niat sedekah supaya aku lebih murah rezeki dan hidup lebih diberkati.kalau sapa2 rasa aku salah,boleh tolong tegur..yela mana tau nanti jatuh hukum jadi tak ikhlas,aku tak tau.haha
ok,kesimpulan dia kat sini aku nak cakap kalau Allah dah tentukan itu bahagian kau,terima je la..semua ada hikmah.so,muhasabah diri sikit kenapa kau dapat tak sama mcm org lain..Gaji itu rezeki,kadang ade org gaji besar tapi kurang keberkatannya..ade yg gaji kecil,tp bwk byk makna.contoh ada yang gaji besar,tapi kurang masa dengan keluarga/jarang jenguk keluarga/gaji cepat habis takde saving.rezeki kau nak konvo lambat,tapi mungkin kau akan dapat kerja dulu dari orang dah konvo.rezeki kau kahwin lambat,mungkin Allah akan lebih mudahkan urusan kau nak bina masjid nanti.rezeki otak tak cerdik,Allah ganti dengan rezeki hands on and cepat belajar benda praktikal.apa pon,start from bottom.insyaAllah 1 hari nanti smpai masanya.Alhamdulillah Allah banyak permudahkan urusan aku dan semoga aku terus istiqomah.doakan aku success dengan kerja baru nanti,terima kasih :)
– Abang Extend
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit