Asalamualaikum dan salam sejahtera kpada pembaca yang budiman. Nama saya Iron Jack, saya pernah tulis satu confession beberapa ketika lalu bertajuk Kerja dan Gaji, (https://iiumc.com/kerja-dan-gaji/).
Alhamduliah sekarang hidup kami lebih selesa, dan total pendapatan bulanan kami pun dah naik (hampir RM15k sebulan).
Kebelakangan ni banyak pula cerita pasal suami curang, suami culas, isteri penat cari nafkah sendirian dan macam2 lagi berkaitan dengan keluarga dan kewangan.
Ingin saya kongsikan disini bagaimana cara saya dan isteri berkomunikasi dan moga2 menjadi tauladan kepada semua. Kami bukanlah pasangan sempurna dan kami juga melaui fasa² kesusahan dalam hidup.
Kami juga bukanlah kaya-raya macam Dato Alif Syukri atau influencer² diluar sana. Kami bekerja makan gaji dan hidup di tengah² bandar kuala lumpur.
Alhamdulillah, kehidupan kami makin baik dari hari ke hari, dan isteri saya baru saja naik pangkat (gred) dan terima anugerah khidmat cemerlang tahun ni.
Rezeki bertimpa-timpa. Bunyinya menarik bukan? Rezeki ni boleh datang dalam berbagai² bentuk, dan duit adalah salah satu dari bentuk rezeki.
Tuan² yang dikasihi, suami adalah tulang belakang kalauarga kecil kita. Jika isteri nak membantu, alhamdulilah. Jika dia tak nak guna duit dia, pun alhamdulilah juga.
Ada bahagian untuk suami yang berusaha untuk memperbaiki kehidupan kalauarga nya.
Untuk dapat kebahagiaan dunia dan akhirat, tak susah. Kita bahagiakan 3 perkara ni insyaallah, seluas² jalan akan dibukakan untuk kita dan bertimpa-timpa rezeki akan jatuh atas kepala kita.
Apa 3 itu?
1. Allah dan RasulNya.
2. Mak ayah dan kalauarga kita.
3. Pasangan kita suami/isteri.
Ramai orang boleh penuhi hak² Allah dan rasulnya seperti solat, puasa dan sebagainya. Ramai juga yang boleh penuhi hak mak ayah. Tapi sedikit suami yang boleh penuhi hak ISTERI.
Ingin saya fokuskan disini, isteri bukan sekadar teman tidur sahaja, tapi isteri ialah SEBAHAGIAN DARI DIRI KITA.
1. Jangan sesekali pandang rendah pada naluri isteri. Jika kita nak beli sesuatu dan kita memang guna duit sndiri, jangan teruskan sehingga anda dapatkan pendapat isteri.
Ya, the ultimate decision maker will be u, tapi jangan abaikan pendapat isteri.
Tu kalau nak beli barang, apatah lagi kalau nak buat keputusan yang lebih besar. Saya akan tanya isteri, “nak beli ikan ke ayam hari ni?”
Padahal saya dah tahu saya nak beli ikan, tapi saya tetap tnya dia jika dia ada alasan yang lebih kukuh untuk beli ayam.
Jika alasannya tak kukuh, saya akan beli ikan dan terangkan padanya kenapa saya beli ikan berbanding ayam.
2. Sentiasa dahulukan isteri berbanding kita. Saya nak beli seutas jam (Gshock) bernilai RM3k++. Tapi saya hold dulu dan cari apa yang isteri nak, yang sama nilai dengan jam tu.
Isteri cakap dia nak bawak keluarganya(mak, ayah, adik 2 orang) bercuti. Ok saya setuju dan buat kira².
Alhamdulilah kami bawak mereka bercuti seperti dirancang, habis dekat RM3k jugak. Selang beberapa bulan, saya berjaya beli jam tu. Seronok bukan main mat, hehehe.
Pengajaran disini, duit kita tak kan penah kurang jika kita senangkan isteri. Akan ada lebihan² rezeki untuk kita lpas kita tunaikan hajat isteri dan anak².
3. Sentiasa berkomunikasi dengan telus dengan isteri. Setiap hari, isteri akan bagitau apa yang berlaku di tempat kerjanya dan saya akan komen itu ini.
Saya juga akan cerita padanya apa yang berlaku di tempat kerja saya. Dari situ, kami boleh bertukar² pendapat dan mengeratkan hubungan sedia ada.
Jangan sesekali tinggikan suara pada isteri, tengking, marah apatah lagi pukul isteri. Maaf jika agak sensitif, ketika berhubungan intim sekalipun, jangan sakiti isteri dengan posisi² yang pelik atau aksi yang kasar dan ganas.
4. JANGAN CURANG!!! yang ni paling penting skali untuk para suami. Setinggi mana pangkat kita, jangan cuba² untuk curang.
Jika anda jatuh hati pada wanita lain, terus terang pada isteri dan minta pendapatnya. Jika dia sanggup bermadu, teruskan. Jika tak sanggup, lepaskan dia.
Bukan maksud saya untuk puja atau lebihkan isteri berbanding ibubapa dan kalauarga kita, tapi bertolak ansur dan komunikasi itu paling penting.
Jika kita boleh cakap lemah lembut dengan kawan dan bos tempat keje, kenapa tak boleh dengan isteri? Jika kita boleh beli barang mahal untuk diri sendiri, kenapa tidak untuk isteri?
Akhir kata, mari kita perbaiki hubungan kita dengan pasangan kita. Jika dulu tak penah solat bersama, mulakan hari ni. Jika dulu kita malas buang sampah dan cuci pinggan, mulakan harini. Jika dulu kita selalu culas dalam bagi nafkah, hentikan hari ni.
Salam sayang dari saya,
– Iron Jack (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit