Salam semua, aku ibu dan isteri anak satu , anak ku perempuan dan berumir 6tahun, perkahwinan ku akan mencecah 8tahun tidak lama lagi.
Apa aku nak cerita ni, kisah aku yang benar. Aku dn suami boleh dikatakan seorang yang penjimat , tapi bukan kedekut . Aku dan suami berjimat seperti sanggup duduk bergelap di rumah tidak buka lampu, kalau sudah buka tv , guna kan sahaja cahaya di tv. Kalau buka air , biar yg kecil aje air keluar tu. Malah makan restorn seperti chilis, johnys rocket , zanmai sushi pun dlm 5bulan sekali aje makan,itupun kami akan makan kuantiti yg sikit. Kalau mkn di kedai tomyam dan kedai biasa2 aku akan share makanan dan minuman dgn anak aku.
Setelah mendapat anak pertama. Aku tak lagi mengandung2 walau dah cuba pelbagai cara selama lahirkan anak pertama aku. Selama 6tahun kami ikhtiar tapi tak ada hasilnya. Aku kadang2 menangis sebab aku rasa aku xmampu beri anak pada suami, kadang2 suami ku teringin beli mainan anak lelaki seperti berkata “kalau ada anak laki,abang nak belikan die lego batman ni” ..aku terasa hati die kata bergitu. Tapi aku pendamkan aje.. Aku terlupa nak cakap, walau kami berjimat pelbagai bende, tapi bab mainan anak ku, tak pernah kami berjimat, aku dan suami berhabis berpuluh ribu utk mainan anak aku sehingga umur nya 6tahun, seperti belikan lego house original, belikan segala jenis barbie doll, belikan dapor kitchen maianan sampai 3 set, vanity dressing table mainan , kereta2 besar dan basikal2 radio flyer suma original dan scooter dan pelbagai lagi sehingga bilik anak ku sudah seperti tadik utk budak2. Tapi tak tahu dimana silap ku. Aku masih tidak mengandung walhal aku sangat sayang anak aku atau anak buah. Anak buah turut merasa apa anak aku rasa, pelbagai jenis mainan aku beli utk mereka , dgn niat aku akan dikurniakan anak…smpai stu masa aku dah putus asa dan tak fikirkan lagi hal nak dapat anak..
Baru baru ini hari raya, ibu ku dan keluarga saudara mara ipar duai sibuk nak datang kerumah ku, aku jarang ajak sesiapa pun datang kerumah kerana perangai berjimat aku bab rumah bersepah aku juga kene kemas nnt, elektrik membazir, air toilet digunakan,dan makanan dimasak pun aku catu selama hidup dgn suami, jadi aku memang tak nak buat makan makan pun. Tapi bila didesak, aku cuba ikhlas kan diri dan memang masa aku masak tu aku rasa happy dan tak rasa macam beban langsung, tak tahu kenapa aku tak rasa beban pula, aku masak 6jenis lauk utk 50orang makan semua nya aku lakukan sorang2 dari pukul 11 pagi hingga 12 mlm akhirnya siap, walaupun sangat2 penat.. Tapi aku tak ada rasa nak mengeluh dkt suami aku mcm sebelum2 ni aku akan bising dan marah2 bila ada orang nak datang rumah sebab perngai berjimat n tak nak kemas rumah bersepah .. Tapi kali ni tak.. Esoknya tetamu semua datang dan makan semua puji sedap, semua gembira ketawa2, semua makan makanan aku sampai licin, kalau x sedap xkan licin makanan aku masak kan?. Aku happy and bahagia sangat tengok diorang makan. Aku terfikir dalam hati aku. Kenapa lah aku berjimat sangat sebelum ni, padahal makanan ni lah buat kami keluarga aku dn keluarga suami boleh rapat duduk semeja macam adik beradik, aku sebak dihati fikirkan perangai aku sebelum ni.aku terlalu berjimat sampai keluarga aku dan suami tahu aku pakai baju yang dibeli di pasar mlm aje, bila diorang cerita baju h&m ada sale, aku tercerita aku pakai baju pasar mlm rm10 rm5 rm15 dn pada aku h&m mahal walaupun sale sbb baju masih rm20 keatas..
Setelah beberapa hari buat makan makan utk keluarga, aku rasa badan aku x sedap, letih dan rasa nak muntah. Perut aku rasa kembung aje seperti angin yang tak mampu nak keluar. Kepala aku seperti kejap ok, kejap pening yang 5saat aje pening dan ok balik beberapa jam dan pening balik. Tapi aku tak rasa aku nak pregnant pun, aku rasa maybe period nak dtg, tapi rasa tak selesa kat badan ni berlanjutan sampai kehari ni hampir 3minggu.smlm sepatutnya aku period, period aku xpernah terlewat, aku masih rasa tak selesa dan perut kembung dan cramp yang kejap sakit, kejap cramp yg biasa2 je..
Jadi Pagi tadi aku beli pregnancy test 5batang aku try pregnancy test yang pertama, ada dua line 1 blur and satu pekat, aku tak puas hati, aku rasa pregnancy test tu rosak, aku try yang kedua, pun masih blur macam yang yang pertama ada dua line, yang ketiga pun sama blur tapi ada dua line.. Aku fikir2 mungkin rosak tiga tiga pregnancy test ni sebab aku x percaya semua nya ada line, aku try yang ke empat masih sama ada dua mine tapi satu pekat dan satu blur. Aku dah percaya skrg aku pregnant walaupun wasa2 lagi adakah pregnant atau tidak,aku senyum dan menangis ketika lihat pregnancy test tu, aku senyum dan ketawa terbahak2 dan menagis2 sorang ketika tu suami dah pergi kerja, kalau ada orang lihat aku waktu tu pasti kata aku perempuan gila..sambil aku senyum menangis ketawa aku bercakap dgn Allah terima kasih Ya Allah, aku buat baik sedikit aje, kau balas dengan rezeki yang besar utk ku selama 6tahun aku tunggu rezeki mu ini. Aku cuma beri makan keluarga sahaja , ini rezeki yang kau balas utk ku , Terima kasih Ya Allah.. Aku sujud syukur . Kemudian Masih menangis ketawa berjam jam di atas katil.. Kau bayang kan aku memang nak anak lagi, aku target nak anak selang 2tahun beranak, tapi aku tunggu hampir 7tahun ni baru dapat anak , yang mana aku dah give up waktu tu utk pikir cara dapat anak. Tapi sebab kan aku beri rezeki ke orang dgn ikhlas cuma masak kan dan jamu orang makan dengan hati yang ikhlas, tak mengadu penat atau apa.. Allah balas kebaikan aku..
Hari ni aku dah dapat pengajaran, aku tak kan berkira dan terlalu berjimat, atau tak suka orang datang rumah, setiap apa kita lakukan tu aku akan buat dengan ikhlas..aku terlalu berjimat guys, sampai aku malu nak cerita details bab jimat aku macam mana , layanan jimat aku terhadap keluarga aku dan ipar duai mcmna, terlalu lalu berjimat..sampai mereka terasa dgn aku..
Tetapi lepas aku bagi makan sehari suntuk masak tu aku dikurniakan rezeki besar ini, Alhamdullilah aku berubah 100% lepas ni.. Aku masih senyum sorang2 dan ketawa dan kadang2 menangis gembira.. Doakan pregnancy aku ni ya guys.. Lama aku tunggu, anak aku yang lagi satu tu pun mg nak sangat adik sampai pernah menangis tengok orang lain ada adik, die tak de adik. Dah lama aku tunggu aku masih senyum lagi ni dan menangis lagi…
Cerita aku ni mungkin tak de apa apa sangat pada korang. Tapi pada aku sangat besar. Aku terlalu berjimat n berkira. Jangan jadi macam aku guys nnt rezeki sempit. Aku dah belajar dari kesilapan.. Terima kasih.
– Salina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit