Assalamualaikum, aku nak cerita sikit pengalaman hidup aku semasa berada di menara gading. Tak tahu la benda yang aku cerita ni pelik ke tak, entah2 common je terjadi di luar sana. Sebelum tu biar aku memperkenalkan diri aku dulu. Aku baru je graduate dari U beberapa bulan lalu. Aku ambil course biasa je, tapi janji 3 tahun la berada di U.
Pada tahun pertama, aku mula la berkawan dengan sorang ni, aku bagi nama dia Naruto. Naruto ni quite orang berada jugak la. Duit tak pernah jadi isu. Tapi kadang2 kalau dia terlebih berbelanja dalam satu bulan tu, shopping sana, shopping sini makan mahal sana sini jadi isu jugak la. Segan la nak mintak duit dekat parents lagi since mereka baru je bagi 3k duit belanja. Naruto ni bukan saja dapat wang saku dari parents, bahkan duit scholarship pon dia ada. Mana tak kaya. Tapi itu bukan ceritanya sekarang, i dont want to talk about naruto I want to talk about me.
Aku ni orangnya biasa2 je. Tak miskin tak kaya. Aku dapat pinjaman pelajaran yang cukup untuk tampung duit sewa, makan minum aku. Mak bapak aku ada la bagi aku duit saku kadang2. Sebulan 100-200 macam tu. Tapi aku ni jenis yang tak suka bergantung kepada duit parents, so aku reject duit mereka cakap yang duit aku cukup. Berilah duit tu kepada adik beradik aku yang lain yang memerlukan.
Satu hari, aku start la pinjam rm200 dari naruto sebab nak buat card bank. (Mmg syarat deposit rm200 dalam acc pastu boleh keluarkan balik) aku rasa semua orang tahu je bende ni, so aku tak perlu cerita dengan lanjut. Aku janji nak pulang kan rm200 tu secepat mungkin sebab aku bukan nya nak guna duit tu, itu just sebagai syarat untuk buat card bank je. Malangnya keesokan hari nya, housemate2 aku termasuk naruto bercadang nak bercuti ke penang pulak. Terpaksa la aku pinjam terus duit naruto untuk tujuan itu. Naruto tak kisah pon, lagi mengalu2 kan ada la. Aku janji kepada naruto nak bayar duit tu slow2 pada bulan2 akan datang.
Bulan seterusnya aku bayar rm50 dahulu. Beberapa hari kemudian aku pinjam balik rm50 tu untuk tujuan lain pulak. Senang cakap aku keep pinjam and bayar balik macam cycle sehingga hutang aku jadi almost rm1000! In just one year guys. Aku tak sedar apa yang aku pinjam banyak sangat sampai jadi banyak tu. Bende kecik2 like duit wayang rm15, duit makan like rm5 pon bila kumpul2 bole dapat amount tu. Aku jadi buntu, tak tahu nak buat apa. Sebab almost setiap bulan jugak aku ada bayar rm50 tp last2 hutang jadi rm1000 jugak.
One day, ada kawan aku yang sorang ni, housemate aku jugak aku bagi nama dia Boruto, memberi satu cadangan bernas. Since kat kawasan tempat tinggal kitorang makanan2 nya hampeh, dia cadangkan aku untuk masak untuk Naruto. Aku bukan nak puji diri, aku dikenali sebagai master chef dekat U aku sebab kehebatan memasak aku. And Naruto ni, aku terpaksa akui skill memasak dia ke laut. Biasala anak orang kaya, kat rumah orang gaji dua tiga, semua bende orang buatkan. Pernah one day dia buat ceaser salad kat dapur, fuh 2 jam aku kira baru siap.
Dapur macam tongkang pecah and dia berpeluh semangkuk. Aku consider cadangan boruto. Setiap hidangan aku buat aku charge rm5. Aku siap bawakan makanan tu ke atas katil dia lagi and basuh selepas dia habis makan. (Ingredients dia yang provide la.) Naruto ni dah la clean freak merangkap germaphobe. Sebelum menghidang makanan dia, aku kena pastikan pinggan dia dibasuh dengan jari jemari sebab sponge basuh pingggan penuh dengan kuman katanya.
Naruto sangat suka dengan masakan aku. Dia makan dengan penuh selera. Tak pernah aku tengok dia makan sedemikian bila makan di luar. Mula la jadi rutin ni, sehari sekali je aku masak sebab ada kelas kan. Lunch kitorang makan luar je. Weekend aku masak dua kali, lunch and dinner.
Beberapa bulan kemudian aku tengok naruto semakin jadi malas. Jarang dia kedapur lagi wpon untuk membancuh kopi. (kopi every night dia minum). Sekarang, aku dibayar untuk membuatkan kopi dia pula. Tidak lama kemudian aku even dibayar untuk ambilkan parcel dia di hadapan rumah! This is shocking guys. Naruto menjadi sangat malas disebabkan rutin ini. Berat badan dia pon semakin menaik aku lihat. Bukan aku saja diupah untuk melakukan kerja2 dia, sometimes boruto pon diupah. Boruto akan dibayar cash since dia tak ada hutang dengan naruto. Kerja2 boruto simple je seperti iron baju etc.
Pejam celik tak sampai setahun hutang aku langsai! Walaupon hutang aku da langsai, rutin ini tetap diteruskan. Aku umpama membuat pendapatan semasa belajar. Sampai satu tahap aku rasa macam aku mengambil kesempatan terhadap Naruto. Aku rasa bersalah, akan tetapi aku menyampah juga dengan kemalasan dan ketidakmampuan dia. Jadi aku meneruskan bisnes aku, tetapi kali ini aku suruh dia bayar after grad.
Selesai graduasi, tuan puan sila teka berapa Naruto hutang aku. Cheng cheng cheng…. it was rm3000! Dalam masa dua tahun lebih aku berjaya kumpul rm3000 dari naruto. Jangan pelik pula, sebab dalam sehari ada je upah aku yang mencecah rm50. Ada je saat yang aku malas nak buat kerja tapi dia keep merayu and naikkan upah hingga rm10. Aku rasa tiada siapa mahu tolak rm10 hanya untuk masak maggi kari taruk telur pada tengah2 malam. Oklah maybe taruk sawi sikit and cili padi. Still kerja mudah.
Dua minggu selepas graduasi aku check acc bank aku fuhh ada rm3000! Aku garu kepala, dalam bank aku tak pernah ada nilai sebanyak tu, paling2 pon rm1000. Aku betul2 lupa tentang Naruto, bila aku teringat kembali baru aku teringat hutang Naruto kepada aku. Naruto memang orang yang jujur. Aku sayang dia sebagai kawan, aku harap dia hidup bahagia selepas ini. Kadang2 aku risau juga dengan rutin lama di university itu akan menjadikan dia insan tidak berguna dan malas. Aku harap dia akan mengubah habit dia, tapi mana la aku tahu dengan orang gaji dua orang di rumah dia hanya tuhan tahu apa yang bakal jadi.
Oh and kebetulan pula aku tengah plan nak melancong ke korea lepas grad dengan kawan2 lama aku, hutang naruto menjadi bantuan aku. Enjoy sakan aku di Korea disebabkan naruto. Sekianlah cerita aku, pelik kan? Ke biasa saja benda ini terjadi? Aku tidak pasti sebab ini kali pertama terjadi kepada aku, tapi janji ia menguntungkan aku.
Yang benar,
– Jiraiya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit