Rezeki dan Kucing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Moga jika dikongsikan coretan ini, dapat memberi manfaat dan perkongsian bersama. Saya B, berumur 30 an, kerja di KL sudah 9 tahun. Alhamdulillah masih bujang dan rezeki jodoh masih tidak nampak lagi. Hehehe. Tapi syukur alhamdulillah, rezeki setiap orang berbeze dan dalam pelbagai bentuk. Mungkin cerita saya ni biasa2 je tapi saya ikhlas untuk berkongsi dengan semua.

1) Rezeki ibu bapa

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur mereka untuk saya terus berbakti. Saya anak bongsu yang sudah terbiasa berdikari sejak kecil lagi hingga sekarang. Belajar jauh, kerja pun jauh. Berbanding dgn adik beradik yang duduk berjauhan dgn ibu bapa saya setelah masing2 berkahwin. Saya cakap dgn diri saya, takpelah saya kahwin lambat, mungkin belum sampai masanya, walaupun dulu saya dah nak kahwin, tapi jodoh tiada, saya diputuskan tunang tanpa ada perbincangan yang baik. Masa tu saya sedih sampai tahap nak berhenti kerja sebab lagi 2 bulan tarikh kahwin saya..:( Allah kan sebaik2 perancang. Dia tau yg terbaik untuk saya.

Panjangkan umur saya Ya Allah, untuk saya jaga mereka hingga sampai ajal saya. Selepas 5 thn bekerja, barulah saya dapat beli kereta tu pd mereka agar mudahkan urusan mereka di kampung. Saya naik pengangkutan awam je di KL ni.. Terima kasih Ya Allah, tambahkan rezekiku, agar aku dapat kongsikan dengan orang lain.. Amin. Pada yang tiada ibu bapa, saya doakan semoga anda semua terus cekal harungi hidup, dan semoga ibu bapa kalian ditempatkan di kalangan org2 beriman. Al-fatihah untuk mereka yang telah tiada. Pada yang pernah terluka, ditinggalkan seperti saya, bercerai sbgnya, ambillah masa untuk pulihkan diri anda, saya ambil masa 5 thn untuk positifkan diri. *(nantilah cerita)

2) Rezeki kawan2 positif

Benarlah orang cakap, kawan2 mencerminkan diri kita. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki kawan2 yang sangat baik dan sangat positif disaat saya jatuh teruk dalam mengejar cinta manusia. Saya juga mengalami masa2 sukar untuk menerima kenyataan hingga sampai satu tahap saya tak boleh kerja, sebab depression. Tapi Allah masih sayang saya, Allah uji saya dengan cinta manusia, saya lupa, Allah ada untuk saya mengadu dan meminta ketenangan. Saya bangun perlahan2 walaupun saya tidak kuat..Hanya sujud, doa dan masa yang telah pulihkan saya hingga saya jadi seperti sekarang. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan rezeki sahabat yang baik untuk saya. Moga mereka terus bersahabat dengan saya hingga ke jannah, Amin

3) Rezeki Solat Tahajudd, Dhuha dan Al-Waqiah

Saya ada migrain dari kecik, tp semakin meningkat usia, kadang2 je saya akan kena. Ada satu hari, ada ustaz kat tempat kerja lama saya tu tegur saya, saya namakan dia Ustaz M. Ustaz M ni ustaz dari seberang, sangat banyak ilmu tapi sangat merendah diri. Ok, ustaz M cakap, B nanti kalau kamu solat, tekankan dahi kamu ketika bersujud..Lagi lama lagi bagus, sambil tu doalah apa yang kamu perlukan. Ingat selalu, Allah akan beri apa kamu perlukan, bukan apa yang kamu mahukan. InsyaaAllah, sakit kepala kamu akan berkurangan. Alhamdulillah, saya buat, lama kelamaan sakit kepala saya berkurangan. Ustaz M juga suka berikan nasihat, pasal jodoh, pasal rezeki, pasal kesihatan dll. Saya agak je ustaz ni dapat baca saya dari raut wajah saya sebab cara ustaz pandang saya pun sikit2 je. Yelah orang alim kan. Kena la jaga pandangan mata.

Antara yang ustaz M kongsikan adalah, B kamu amalkan baca surah Al Waqiah untuk tambahkan rezeki kamu. Bacalah sebelum tidur malam. Insyaallah, Allah akan hadirkan pelbagai rezeki yg tidak kamu duga. Masa tu, saya cakap, yeke ni? Malam tu jugak, saya baca juga surah tersebut, dan alhamdulilah, keesokan harinya, pup! ada makanan atas meja. Alhamdulillah, saya cakap dalam hati, ada rezeki makanan pagi ni. Sehingga kini, saya akan pastikan sebelum tidur, saya akan luangkan masa 5 minit untuk baca surah waqiah dan bila setiap hari dah amalkan pembacaan kita akan lebih laju dan boleh menghafal dengan perlahan2.

Belum lagi dengan amalkan solat tahajudd, dan dhuha, rezeki kalian akan datang tanpa anda minta. Percayalah, dengan anda amalkan solat tahajudd dan dhuha, anda akan dapat ketenangan yang anda sendiri akan faham nikmatnya. Pada yang hatinya yang bercelaru, susah hati, kecewa, marah, buatlah semampu yang anda boleh. Pada ustaz M, saya tau ustaz tak baca pun coretan saya, tapi saya sentiasa doakan ustaz M dan keluarga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah. (saya dah lama tak jumpa ustaz M sebab saya dah bertukar tempat kerja). Harapnya ustaz sihat2 selalu. Terima kasih Ya Allah, semoga saya terus istiqomah dalam melakukan perkara2 macam ni (kadang2 saya tak dpt buat hari2 pun) :(

4) Rezeki Kucing

Saya baru bela kucing setahun, itupun pemberian dari kenalan jiran saya. Saya namakan dia Ms Q.. Ms Q berlainan agama dengan saya, tapi saya suka cara dia bila berkenaan dgn kucing. Ms Q pencinta kucing. Dia duduk dengan ibu dan belum berkahwin Mana2 kucing jalanan yang dia jumpa, dia akan bagi makan, rawat di klinik jika kucing itu sakit dan carikan tuan baru utk kucing2 yg dia jumpa. Kucing saya nama J, betina dan saya sangat sayangkan dia. Selepas saya bela kucing, rezeki saya semakin bertambah.

Dulu duit tak cukup, tapi sekarang gaji sama, tapi duit cukup hingga dapat gaji yg baru. Ada satu cara Ms Q yang saya ikut, smpai sekarang, dalam handbag saya, ada botol makanan kucing. Orang lain dalam handbag berat dengan barang makeup, tapi handbag saya berat dengan makanan kucing. Hehehe, botol tu saya akan bawak pergi kerja, dalam perjalanan saya akan berdoa semoga ada kucing jalanan yang akan saya jumpa, dan saya boleh beri dia makan. Alhamdulillah hati saya akan seronok kalau tengok kucing2 tu makan makanan yang saya bawa. Terima kasih. Ya Allah, sebab ada adanya kucing J, rezeki saya cukup. Semoga setiap hari ada kucing jalanan yang sudi makan makanan yang saya bawa. Amin.

Saya rasa macam dah panjang sangat coretan saya ni. Mana yang baik datang dari Allah, dan yang tidak baik datang dari kekhilafan diri saya sendiri. Harap kalian dapat manfaat dari coretan saya yang tak seberapa ini. Jika ada kelapangan, semoga ada rezeki untuk coretan seterusnya. Sekian sahaja dari saya dan assalamualaikum.

– B

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *