Assalamualaikum buat semua pembaca. Aku ada baca confession Din tadi, dan aku rasa nak jugak confess topic yang lebih kurang sama.
Boleh baca confession Din di sini, (https://iiumc.com/rezeki-ini-semua-allah-yang-atur/).
Aku dengan Din lebih kurang je cerita, aku murid yang cemerlang sentiasa straight A and selalu top 10 dalam sekolah. Masuk IPT yang agak top di Malaysia, dan memang anak harapan keluarga.
Sepanjang aku bergelar student, semua orang baik dengan aku. Family, kawan dan juga orang sekeliling aku yang lain. Aku sentiasa dipandang tinggi, aku tak pernah rasa berada di bawah dan dihina. Malahan aku selalu dipuji kerana results yang sentiasa membanggakan.
Tapi langit tak selalu cerah. Lepas habis belajar, aku susah nak dapat kerja. Aku lagi teruk kot dari Din, aku apply keja biasa2 pon tak dapat.
Tapi lepas setahun mengganggur aku dapat kerja dengan company ini, tapi sayangnya dia decide untuk tak ambil aku lepas habis probation period (4 bulan je aku kerja) dengan alasan yang tak munasabah.
Aku dan kawan2 sekerja macam kena scam pon ada. Dia gunakan kami untuk buat kerja buruh yang entah apa2. Tapi tak accept kami untuk jadi permanent staff.
Sejak dari hari tu aku pon menjadi penganggur yang berjaya. Bermula lah episod aku mula dihina, diumpat oleh orang sekelilingku (umpatan ni selalu aku terdengar sendiri huhu ). Tak habis2 ditanya pasal kerja *insert emoji menangis* .
Tapi kerana episod duka inilah aku kenal siapa yang sebenarnya sentiasa bersusah senang dengan aku. Siapa yang menerima aku seadanya. Aku tak tahu macam mana nak cakap perasaan aku bila aku menangis dalam solat, sebelum tido, bila aku sorang2 pon aku menangis.
Bantal dan telekung aku selalu basah dengan air mata je.. Sebabnya aku selalu disindir, dijadi bahan umpatan. Kadang2 menangis sebab apply, siap pegi iv tapi tak pernah dapat.
Lepas setahun menganggur, aku pon berkahwin. Lepas kahwin lagi la teruk aku kena hina. Mak aku selalu ada dengan aku dan sentiasa percaya aku akan dapat kerja.
Sentiasa positif (aku taip sambil menangis bila mengenang mak aku yang sentiasa sabar dan sentiasa bagi semangat untuk aku terus job hunting).
Lepas aku kahwin aku cuba berubah, aku try buat business, aku cuba cari kerja jugak walaupun jauh di lubuk hati aku dah redha dengan nasib aku. Alhamdulillah, business aku menjadi. Masa ni aku dah bahagia dah tapi still je apply kerja.
Lepas hampir setahun kawin, aku akhirnya berjaya dapat kerja di company yang aku impikan sejak dulu. Lepas tu aku still cari passive income macam masa aku tak kerja dulu, untuk duit poket harian. Duit gaji aku selalu simpan.
Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki Allah. Sebenarnya rezeki ni aku tak expect pon aku akan dapat. Sekarang bila aku kerja memang aku bekerja dengan penuh rasa syukur dan tak pernah aku merungut dengan kerja aku.
Sekarang bila aku fikir dan muhasabah diri, ada hikmahnya semua yang berlaku. Walaupun aku alami phase sukar dalam hidup aku sebab tak dapat kerja dan menganggur agak lama, Allah beri rezeki tepat pada masanya dan sesuai dengan keperluan aku.
Dulu masa aku kerja dengan company cina tu aku tak sempat nak solat asar kadang2. Masa balik kerja selalu aku bad mood marah2 sebab stress kerja situ. Lepas tu aku selalu rasa hebat dengan position aku tu sebabnya semua colleague aku fresh grad kot. Asyik buat story sana sini.
Nak kata sebab company tu besar tak jugak. Company ni company kecik jer tapi dia punya riak tu tak tahu lah nak cakap (maybe sbb first time kerja kot).
Sekarang bila aku kerja di company baru, yang jauh lebih besar (besar sangat sampai aku tak tahu macam mana diorang boleh hire aku), suasananya sama macam aku doa.
Allah berikan aku boss muslim yang jaga solat, semua orang solat. Dapat pulak colleague yang alhamdulillah jenis positive attitude je semua. Lagi pon position aku ni just graduate entry level je.
Walaupun executive, aku rasa aku kerdil je dalam company ni sebab orang lain lagi hebat pengalaman kerjanya. Tapi semua jenis rendah diri. So tiada lagi story2 dari aku, aku sedar diri sekarang. Aku lebih low profile. Cuma ada story aku promote utk business aku je banyak.
Aku rasa ter-reflect balik doa aku. Aku selalu doa, “Ya Allah engkau kurniakanlah aku pekerjaan yang baik di sisiMu, rezeki yang berkat, sesuai dengan status aku isteri orang, bila aku kerja jadikan aku insan yang bersyukur dan sentiasa ingat padaMu.
Jika kerja itu tidak baik buatku, jauhkanlah aku darinya, dan berilah rezeki yang berkat dan diredhoi olehMu. Engkau maha mengetahui lagi maha mendengar. Hanya padaMu tempat aku bergantung rezeki.”
Bila dah dapat rezeki macam ni, aku rasa manis sungguh hidup aku. Baik sungguh Allah dengan hambaNya. Segala tohmahan dan hinaan orang, aku tak pernah lupa, aku tetap ingat dan aku genggam kemas2.
Aku insan yang tiada daya jika Allah tak tolong aku. Saudara mara ramai taktahu aku dah kerja masa raya hari tu masih menghina aku gara2 aku cari duit poket di FB. Belajar tinggi2 tapi jual bla bla bla..
Ada yang panggil aku tak guna nama dah, tapi gelar aku dengan Tokey bla bla sambil tersenyum sinis (jenis ni bila aku promote barang mesti react HAHA/ketawa tu).
Aku mula2 terasa, tapi bila aku pikir balik income berniaga aku ni sebulan selalu cecah 1k++ aku diam jelah. Bukan diaorang tahu pon aku untung banyak mana. Lagi pon ni cuma passive income, hehe. Senyap je aku, dalam hati happy dan bsyukur dengan rezeki Allah bagi.
Buat pembaca yang masih mencari kerja, cuba buat business tak kisah la jual lunch box ke, jual barang borong online ke. Yang penting korang ade jugak duit poket. Maybe tak sebanyak yang korang nak, at least ada jugak income.
Abaikan jer makcik bawang. Pekakkan telinga kebalkan hati. Diorang bukan bagi kita makan pon. Diorang cuma orang yang akan bersorak bila kita jatuh, dan baik cuma bila kita senang…
Sambil tu boleh cari kerja, kalau sangkut rezeki kerja makan gaji, korang still boleh jalan business korang. Masa ni korang dah pandai dah nak manage time antara business dengan kerja.
Jangan lupa share rezeki dengan semua yang korang rasa memerlukan. Tak perlu lah teruk2 belanja. Cukuplah beli makanan kucing yang pek besar share dengan kucing yang datang dekat depan rumah korang.
Atau korang nampak orang lintas jalan korang bagi laluan, korang permudahkan urusan orang, Allah permudahkan hidup korang. Just do any random kindness dan sentiasa positive. In sha Allah hidup akan dipermudahkan dan manis selalu.
Sampai sini saja kot penulisan aku. Semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua yang masih struggle mencari kerja di luar sana. Aku doakan semoga korang semua dimurahkan rezeki…
– Hamba Yang Bersyukur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit