Assalamualaikum para pembaca. Saya merupakan seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak.
Anak-anak yang baik dan sangat menjaga saya ibunya. Mereka sanggup berkorban masa remaja demi kasih sayang buat ibunya yang seorang ini.
Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah tentang rezeki berkat kesabaran.
Pada mulanya saya tidak pernah endah dengan perkara ini sehingga berlakunya satu peristiwa yang tiada siapa didunia ini inginkan. Kisahnya bermula dari tahun 2015.
2015 merupakan tahun yang membuatkan saya dan keluarga hilang tempat bergantung.
Saya kehilangan seorang sahabat karib, sahabat sepengajian, rakan sekerja dan juga merupakan orang yang paling menyayangi dan menerima saya seadanya. Dia adalah suami tercinta saya.
Tahun itu merupakan titik tolak perubahan yang besar yang berlaku di dalm keluarga kami.
Ketika itu 3 dari anak-anak saya sedang belajar di IPTA, seorang tidak bekerja dan seorang lagi masih lagi bersekolah.
Pada hari kedua pemergian insan yang paling saya sayangi, saya tidak tahu dari mana kekuatan yang ada untuk saya bangkit dan menguruskan segalanya buat aruah.
Anak-anak berkata “Mak tak mak biar angah dengan adik buatkan segalanya, mak rehat jelah dulu”.
Saya membantah dan berkata “Bagi mak uruskan buat kali yang terakhir untuk abah, angah”. “Mak ok, awak jangan risau, mak ok. Hanya temankan mak pergi kemana yang mak nak, ya”.
Kekuatan yang Allah berikan kepada saya ketika itu sangat sangat memberi impak yang besar dalam menguruskan segala yang berkaitan dengan aruah.
Rezeki yang saya dapat ketika itu ialah kekuatan, ketenagan dan kewarsan fikiran dalam menguruskan segala-galanya. Semua urusan berkaitan dengan aruah saya selesikan dalam tempoh 2 minggu.
Semasa melunaskan segala urusan tersebut saya berjaya menyempurnakannya dengan begitu baik sekali.
Ramai juga saudara mara yang terdekat begitu juga sahabat handai kagum melihat kekuatan yang ada pada saya ketika itu. Umpama orang yang jatuh bangkit semula tanpa menunjukkan sebarang kesakitan.
Setahun kemudian saya mendapat tawaran untuk sambung belajar.
Sebelum tamat tempoh belajar saya telah ditukarkan ke daerah lain dengan jawatan yang baharu sedangkan ketika itu saya masih dalam tempoh pengajian lagi.
Rezeki saya kali ini ialah Allah telah menempatkan saya disebuah daerah yang saya sendiri tidak pernah sampai dan tahu. Tiada kenalan mahupun saudaramara untuk dijadikan rujukan.
Bertemankan anak bongsu saya, saya pun berhijrah ke daerah tersebut.
Pada awal hijrah, saya menganggapkan ini merupakan satu penganiayaan buat saya dan anak-anak. Mana tidaknya tiada siapa yang saya kenal untuk mengadu sekiranya saki pening saya atau anak di sini.
Tetapi rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Allah hantar saya di sini kerana Allah nak beri peluang kepada saya untuk melupakan kenangan saya bersama sahabat karib saya.
Di tempat yang baru ini, tiada kengangan langsung buat kami berdua. Saya menjalani hari-hari saya dengan tenang sekali.
Nanti saya akan sambung lagi. Cukup untuk kali ini..
– Ibu anak lima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit