Rezeki dan Ujian

“Saya tak nak pergilah rumah dia mak.. Rumah dia kecil, sempit pulak tu..” Kata seorang anak kepada ibunya apabila diajak ke rumah saudara-mara.

“Rumah besar, kereta mewah, tapi kibarkan bendera putih”…

Disekililing kita, terdapat banyak kata-kata seperti ini yang kita sering dengar.

Hakikatnya, dalam kita berkata-kata, kadang kita terlepas pandang bahawa kita telah menghina orang secara tidak langsung.

Hari ini, satu dunia mengalami masalah pandemik Covid-19. Dan di sini kita dapat lihat, berapa ramai orang yang sedang mengalami kesusahan dan kesempitan hidup.

Ada yang dibuang kerja, ada yang tiada tempat tinggal, malah yang lebih mengerikan lagi ada yang b*nuh diri.

Malah kes b*nuh diri ini mengalami jumlah peningkatan dari masa ke semasa.. Nauzubillah min zalik…

Penyakit global (Covid-19) ini juga merupakan satu ujian buat seluruh dunia. Di dalam ujian terselit rezeki.

Rezeki bukan hanya wang ringgit malah oksigen, kesihatan yang baik, dapat jiran yang baik, dapat bekerja juga merupakan rezeki.

Cuba kita lihat di ICU, berapa ramai pesakit yang ditidurkan dan menggunakan bantuan pernafasan akibat kekurangan oksigen?

Kita harus bersyukur kita masih sihat. Itu satu rezeki buat diri kita.

Lihat pula berapa ramai yang tiada tempat tinggal. Ada juga yang menjadikan kereta sebagai tempat tinggal.

Kita harus bersyukur kerana kita masih mempunyai rumah yang selesa, dapat tidur di atas tilam yang empuk.

Jika ada yang pernah mendengar ceramah pendek Ustaz MYY di facebook yang bertajuk Tolong Pesan Dekat Anak Perempuan, ada mengatakan,

“Firaun dalam riwayat sirah, tilam firaun paling tebal 4 inci. Firaun disebut oleh para alim ulama, hanya makan sekali dan itu pun 4 mata sahaja (4 lauk)”… Itu maharaja paling zalim di muka bumi Allah swt..

Cuba bayangkan diri kita sendiri, sehari berapa kali kita makan dan berapa jenis lauk? Itu pun masih ada yang ‘complain’ makanan ini tidak sedap, malah dibuang makanan tersebut.

Mengikut statistik Smart Heritage (6/4/21), Malaysia menghasilkan sebanyak 17 juta kilogram sisa makanan daripada sejumlah 38 juta kilogram sisa pepejal yang dibuang setiap hari.

Cuba lihat berapa ramai yang mempunyai masalah kewangan dan tiada barang asas seperti beras untuk meneruskan kelangsungan hidup..

Bersyukurlah kita di atas rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

Berhentilah menilai orang lain kerana kita tidak berada di tapak kasut mereka. Allah tidak akan membebankan, menguji, atau memberati seseorang itu apa yang orang itu terdaya dan termampu sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286).

Di samping bersyukur di atas rezeki yang Allah berikan, seandainya kita mampu, bantulah orang lain yang berada di dalam kesusahan.

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya.

Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (QS. Al-Talaq: 7).

Kita tidak rugi pun kalau membantu orang lain. Insyaallah,allah akan gandakan rezeki kita di masa akan datang. Tak di dunia, InsyaAllah di akhirat.

Kita boleh ambil semangat dari orang yang berjaya dalam hidup. Tetapi kita juga perlu memandang orang yang lebih bawah dari kita.

Bawah di sini bermaksud, yang lebih teruk keadaanya dari diri kita agar kita belajar mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan.

Jom sama-sama bantu menjaga emosi dan berikan semangat kepada yang lain..

Jangan lupa doakan agar kita semua dijauhkan dari sebarang wabak, sembuhkan semua orang yang sakit, dan hadiakanlah al-fatihah kepada semuayang telah pergi meninggalkan kita..

*Maaf kalau ada yang bosan bila membaca. Ini bukan luahan perasan,hanya mengajak kita supaya bersyukur dengan apa yang kita kecapi.

– Nanni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *