Rezeki Dari Allah

Assalamualaikum. Terima kasih admin andai approve, kalau tak approve pun tak apa. Saya ingin berkongsi ilmu sedikit apa yang baca dan tonton ketika musim pkp ni..

Sebelum itu saya memperkenalkan diri saya dahulu. Saya ialah seorang perempuan yang berusia hampir 30 tahun.

Saya ingin berkongsi sedikit tentang rezeki dari Allah mungkin penulisan saya ni biasa sahaja sebab saya bukan pandai sangat mengarang ayat. Saya ingin menulis tentang rezeki.

Konsep rezeki ini luas bukan berfokus kepada wang ringgit semata-matanya.

Contoh rezeki ialah ketenangan hati, dapat menghirup udara yang segar, tinggal di negara yang aman, sihat tubuh badan, boleh melihat dan berjalan, ada keluarga di sisi dan banyak lagi nikmat Allah atau rezeki kalau hendak disenaraikan.

Untuk menarik rezeki dari Allah ada banyak caranya antara cara yang ingin saya kongsikan adalah :

1. Jaga Allah SWT : Rezeki sudah ditetapkan tetapi Allah sengaja merahsiakan kepada kita supaya kita berusaha mencari rezeki. Tetapi kalau berusaha saja dan tidak bergantung kepada Allah kita akan penat dalam mencari rezeki.

Bila kita bergantung pada Allah, Allah akan memudahkan urusan kita dalam mencari rezeki. Tetapi dengan syarat kita buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Hidup di dalam landasan yang Allah nyatakan dalam Al-Quran.

2. Jaga hati ibu bapa : Saya percaya anak yang berbakti kepada ibu bapa akan dimudahkan rezeki. Sebagai seorang anak kita hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita. Bertanya khabar, jika ada duit hulurkan untuk ibu bapa dan bantu mereka ketika di rumah.

Kadang kala ada sikap ibu bapa yang mengguriskan hati kita kerana mereka juga adalah manusia biasa. Kita anggaplah ibu bapa ujian buat kita,kita juga ujian buat ibu bapa. Jadi maafkan mereka.

3. Sedekah : Allah sangat mencintai orang yang bersedekah sebelum kaya atau orang yang susah tapi rajin bersedekah. Orang Islam percaya dengan bersedekah dapat melipat gandakan rezeki. Niat nak bersedekah pun dapat pahala apatah lagi bersedekah pada orang yang memerlukan.

4. Bersyukur : Bersyukur sebelum memiliki sesuatu. Orang bersyukur hatinya pastinya tenang. Setiap hari selepas bangun tidur kita bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah kerana banyaknya nikmat dan kasih sayang Allah terhadap kita.

Contoh kita sedang menghadapi masalah kewangan, tapi kita ucap, “Alhamdulillah , daku bersyukur kerana banyaknya rezeki yang Allah berikan hari ini”. Setiap hari kita ucap benda sama. InsyaAllah rezeki akan dipermudahkan untuk kita.

5. Amalan-amalan lain : Selain berbuat baik kepada orang lain, saya selalu baca tentang khasiat solat sunat dhuha, surah Al-Waqiah dan amalan sunat yang lain dapat memudahkan rezeki.

Memang benar, saya juga alami sendiri tetapi saya tak niatkan dengan melakukan amalan-amalan tersebut saya akan menjadi kaya sebaliknya amalan-amalan yang kita lakukannya dapat mendekatkan kita kepada Allah dan dapat keredhaan daripada Allah.

Contohnya, solat sunat dhuha yang kita lakukan sebenarnya untuk menyatakan rasa syukur kita kepada Allah.

Akhir kalam daripada saya, rezeki yang Allah bagi Allah lebih mengetahui keperluan hambanya. Rezeki juga bukan dinilai pada angka duit yang kita miliki tapi kepada keberkatan duit yang kita miliki.

Kadang–kadang duit yang banyak pun rasa masih tidak cukup. Menemui bulan Ramadhan juga adalah rezeki, marilah kita berlumba-lumba merebut banyak kebaikan pada bulan Ramadhan yang akan datang.

Doa saya kepada pembaca budiman semoga kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Semoga yang ada masalah dalam kehidupan akan diberikan jalan penyelesaian. Semoga yang sedang bersedih akan gembira.

Terima kasih.

– Menunggu lailatulqadar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *