Assalamualaikum iium readers. Aku share something yang aku harap bermanfaat untuk orang lain dan semoga menjadikan ianya pahala dan saham untuk akhirat kelak.
Aku seorang ibu mempunyai dua anak, seorang surirumah tiada side income atau online business and so on. Suami aku bekerja swasta berpendapatan biasa untuk survive dekat KL ni. Aku nak share amalan yang aku rasa membawa keberkahan dalam rezeki harian kami sekeluarga.
Tiap hari rutin harian aku sama, bangun pagi siapkan diri, mandikan anak buat breakfast sama jea macam surirumah yang lain. Tapi lepas settle anak-anak mandi makan aku terus ambil wudhu dan tunaikan solat dhuha lepastu aku mengaji. Aku amal baca surah ad-adhuha, as-syams, al-waqiah seusai solat dhuha.
Bila maghrib pula aku mengaji surah ad-dukhan selepas tunai solat maghrib, lepas isyak pula aku amal surah al-mulk. Dan tak lupa doa seusai solat. Kalau selepas solat subuh biasanya aku akan baca al-fatihah, 3 qul, ayat kursi dan minta dipermudahkan urusan harian.
Alhamdulillah semenjak aku amal rutin macamni hari2 urusan aku dengan anak2 tak serabut tak macam sebelum tu, tak jaga waktu solat tak mengaji. Yang paling penting mesti kena solat awal bila azan terus amek wudhu. Urus masa bila nak bagi anak makan mandi kemas rumah lipat baju supaya timing kita tepat untuk solat awal waktu.
Alhamdulillah lepas aku amal macamni hari-hari rezeki kitorang tak pernah putus. Walaupun bukan aku yang bekerja suami aku bekerja seorang dan dia pun takde buat side job lain tapi duit tak pernah tak cukup walaupun suami aku kena tanggung 2 rumah.
Yang paling aku terkesan rasa keajaiban amal ni adalah bila kitorang ada masalah timbul dari mertua yang berhutang beribu baru-baru ni, husband aku yang tolong langsaikan sekarang tapi dalam ansuran (bukan hutang orang, suami aku tiap bulan beli barang dapur mertua yea).
Mertua aku ni bukan nak mengata tapi tiap bulan mesti ada masalah dia bagi dekat suami aku sebab ayah mertua aku kahwin 3 jadi faham sahaja lah nafkah jadi berbalik pada suami aku untuk menanggung perbelanjaan sana.
Bila aku dapat tahu family mertua buat hal lagi Allahu rasa nak lari, suami aku pun menangis sebab dia rasa macam dia yang tanggung segala masalah sana. Tapi berkat dhuha dan amal lain aku rasa sangat terkesan impak dia sebab kitorang ada jea duit tak pernah tak cukup tapi hari2 aku tawakkal doa pada Allah mintak cukupkan rezeki suami aku.
Baru-baru ni pun suami aku dapat panggilan 1 temuduga gaji yang lebih tinggi. Aku berdoa dan berharap dia dapat pekerjaan tu, mohon doa readers semua semoga suami aku dapat rezeki yang lebih baik dari sekarang supaya dia dapat menyelesaikan masalah dengan tenang dan cepat yea.
Semoga menjadi panduan untuk surirumah yang lain supaya rezeki suami kita sentiasa cukup untuk keluarga. Kita isteri menjadi mangnet rezeki untuk suami. Apa amal yang kita lakukan menjadi saham untuk suami. Semoga perkongsian rutin ringkas ni boleh menjadi rujukan surirumah yang lain.
– Isteri Wan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit