Aku bukanlah seorang manusia yang hebat tetapi aku cuba untuk menjadi seorang dai dimuka bumi ini.
Ini kisah yang benar, dan ia sememangnya terjadi. Ingatlah bahawa janji Allah itu pasti dan Allah tidak pernah berbohong pada hambanya, yang selalu leka dan alpa adalah kita hambanya.
Rezeki di depan pintu yang semua hambanya mampu lakukan.
Bagaimana hendak mendapatkan rezeki di depan pintu?
1) Berbuat baiklah terhadap Ibu dan Bapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa.
Sesungguhnya, Allah tidak pernah mengatakan sekiranya kita berbuat baik terhadap ibu bapa kita… kita akan miskin tetapi Allah janji sekiranya kita melakukan kebaikan Allah akan hantar 10x kebaikan kepada kita.
Janji Allah itu pasti, sebagai hamba Allah aku dapat merasai “rezeki di depan pintu” itu sendiri.
Aku seorang hamba Allah yang sangat degil dan sukar untuk mendengar nasihat orang lain. Tapi, setelah berapa kali aku gagal dalam mengapai impianku…aku pulang tinggal bersama ibuku.
Aku bukan hendak mengapai impianku tetapi sebenarnya aku ingin lari daripada tanggunjawabku sebagai seorang anak. Aku lebih rela bekerja jauh untuk mengelakkan diri daripada terpaksa menjaga ibuku. Tetapi, aku jalan yang telah Allah sediakan itu sungguh cantikk kerana aku tetap gagal dalam apa sahaja yang aku lakukan.
Aku yakin bahawa aku mendapat reda ibuku tetapi sebenarnya aku tidak dapat keredaan Allah kerana aku niatku yang salah. Setelah beberapa kali gagal dalam mengapai impianku aku mengalah dan pulang kerumah untuk membina impianku yang mungkin ada dan tiada bagiku.
Tetapi, janji Allah itu pasti. Aku pulang tanpa rela hati pada permulaannya kerana menganggap segala-galanya telah musnah. Aku rasa kini masa depanku gelap kerana terpaksa menjaga ibuku. Ya, aku sangat pentingkan diri sendiri aku hanya inginkan kesenangan tanpa memikirkan bertapa sukarnya ibuku menjagaku dari kecil hingga dewasa.
Setelah sekian lama aku hanyut dalam mengapai impianku tanpa reda ilahi, aku bangkit dengan hanya secubit doa daripada ibuku yang tak pernah lekang untuk mendoakan setiap anaknya termasuklah diriku ini.
Dengan secubit doa itulah aku berjaya mengapai impianku ini. “Rezeki di depan pintu” rezeki yang terbentang luas yang telah Allah janjikan sekiranya kita berbuat baik terhadap ibu bapa kita.
Kini aku sedar bahawa doa ibu serta reda ilahi amatlah penting untuk mengapai sesuatu impian.
Sekarang aku berjaya dalam bidang yang aku minati. Kini, aku tinggal bersama ibuku yang semakin uzur. Walaupun dulu aku cuba untuk melarikan diri daripada tanggunjawabku kerana bagiku tanggunjawab menjaga ibu bapa adalah tanggunjawab anak lelaki tetapi sebenarnya menjaga ibu bapa adalah tanggunjawab bersama. Jangan pernah kita rasa beban menjaga mereka tetapi anggaplah menjaga mereka adalah satu amanah Allah seperti mana amanah mereka untuk menjaga kita.
Rezeki Allah itu seluas gunung yang terbentang indah dihadapan mata. Rezeki yang Allah berikan tidak akan pernah habis sekiranya kita melakukan sesuatu kerana Allah.
Itulah yang dikatakan “rezeki di depan pintu”
Akan disambung lagi kisah ini
Insyaallah, Chipsmore
– Chipsmore
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit