Haiii, saya Panda. Pernah buat confession pasal rezeki di negara orang (Singapore) dulu.
Jangan risau, sekarang ni alhamdulillah aku cukup saja makan hehe. Thanks yang mendoakan kesejahteraan pekerja2 Malaysia di Singapore. Aku pun dah nak 2 tahun tak balik.
Aku dah resign kerja engineer kat Singapore, bukan sebab nak balik Malaysia tapi sebab aku migrate ke negara baru!
Okay guys, kali ni aku nak share pasal rezeki di negara orang lain pulak. Jauhhhh kat hemisfera selatan bumi, Panda is in Australia!
Masa aku bagi tau orang aku bakal pergi kerja overseas, kebanyakkan orang tak percaya. Kawan-kawan dan sedara mara mata merah cakap,
“Covid-covid gini nak merentas negeri pun tak boleh, lagi kan pulak nak kerja obesi.”
Tak apa, kadang2 orang memang tak dapat exposure, so diorang sceptical ada certain2 case yang membolehkan kau dapat tawaran kerja di luar negara.
Dan tips aku hanya applicable kepada pekerja white collared dan essential untuk negara ni, yang nak kerja ladang ke kilang tu aku tak tau wei.
Last time aku try cari info pasal macam mana peluang untuk blue collared workers kat Singapore, kena kecam pulak dengan sorang mamat ni.
Sebab yang aku tau satu saja – pakai agent. Ada orang tu komen, “Wei banyak saja cara lain tak payah pakai agent pun”. Dah tu kenapa bukan anda saja tulis confession tambah info, bukan nya condemn orang yang mencuba, ye tak?
Okay lah straight ke tips untuk mendapatkan pekerjaan professional di luar negara TANPA CABLE:
1. LinkedIn is your online CV + professional FB (dalam confession pertama dah mention pasal platform ni. Dan aku memang tak guna website cari pekerjaan macam Jobstreet semua tu – pada aku dan bidang aku dah tak relevant).
By the way, cakap pasal bidang, kita assume saja lah aku kerja dalam bidang perkapalan. Assumption saja, sebab aku tak nak disclose aku dalam industry apa, dan aku bukan pelayar.
2. Update profile kat LinkedIn. Hiring managers and recruiters memang pergi stalk korang punya LinkedIn saja sekarang. Fishy bila kau tak ada account. So masukkan address LinkedIn korang dalam CV.
And make sure page korang bersih, kemas dan professional. Kalau nama sendiri pun eja huruf kecik, siapa nak respect?
Profile pun letak lah yang semenggah sikit, better yang nampak professional or casual formal. Gambar candid tengah bagi ucapan ke, head shot profile dengan belakang effect blur2 ke.
Jangan lah letak gambar atas banana boat pulak tak pun pakai baju bunga2 dengan topi mexico. Lepas tu jangan buat LinkedIn macam FB, share and comment benda2 merapu. Semua aktiviti ada trail dan orang boleh baca.
3. Rajin research pasal projects kat negara yang kau berminat tu. Contoh kau nak kerja kat kilang manufactring kapal kat Zimbabwe – kau google lah “upcoming ship manufacturing projects in Zimbabwe”. Sekarang semua info di hujung jari saja.
Dari hasil siasatan, kau akan dapat info seperti company2 pemenang tender, joint venture, subcontractors, duration, project start/finish date, project background.
Simplify kan findings kau dan letak dalam satu system kat excel atau word, senang kau nak refer masa online interview nanti.
Hasil research kau ni penting, untuk markah bonus masa interview. Walaupun kau tak tau semua tapi company akan nampak effort kau buat homework.
Bukannya nanti masa interview company tanya “What do you know about us?”, kau jawab “I have no idea dowh” pulak.
Sedikit sebanyak kau kena tahu company tu involve dalam bidang apa, project apa, project mana paling diorang bangga-bangga kan.
4. Dah dapat nama2 company kan? Pergi kat LinkedIn balik – guna job search function, set desired location, pastu search company tu, masukkan keyword contoh “jurutera sistem kapal yang comel”. Contoh.
Dah kenapa nak guna BM. Tak pun nama project hasil research kau tadi tu. Dengan keyword yang bernas maka nanti keluarlah peluang2 jawatan kosong yang berkaitan.
5. Lagi satu cara, search nama company, view people who work there.
Cara ni kau akan nampak pekerja2 kat company tu, then scroll cari HR dia, atau pun manager department yang kau berkenan, lepas tu PM kau punya pitching (macam cover letter tapi versi PM).
Kena intro, background, cerita pasal current and past jobs yang related, and why you are interested to work with them.
Kebanyakkan company akan hire recruiters jugak untuk cari talents, so kau kena identify recruiting companies mana yang specialised dalam bidang kau.
Benda ni aku tak boleh nak ajar sebab kau kena figure out by experience.
Untuk aku, aku dapat tau bila kadang-kadang ternampak iklan lalu, or diorang direct approach kau. Direct approach ni bila kau dah level aku lah, dah ada reputation dalam industry. Kerja yang cari kita, kita lalalala saja.
6. CV – simple, professional and clean. Dah berapa kali aku ternampak orang share CV kat LinkedIn tapi pehg berwarna warni bai, macam nak apply kerja graphic designer.
Tapi aku rasa bos graphic designer pun reject. Background patutnya putih, ada yang tukar pink, kuning, kononnya nak standout. Jangan buat gini guys nonono.
Tacky and immature sangat. Ramai saja interviewers yang print CV korang tu sebab diorang nak conteng2 tulis notes. Kalau kertas pun dah pink, ingat diorang nak print or even consider ke? Habis lah ink.
7. CV dan cover letter wajib convert ke pdf, never send MSWord documents.
8. Paling penting – jangan share CV kau dengan sesiapa pun (yang bukan nak hire kau). Colleagues ke kawan ke.
Ada orang pernah copy paste skills and experience aku dan mengaku dia buat benda-benda yang aku buat bulat-bulat, and guess what? Dia dapat job gunakan ayat-ayat aku. Dasar loe.
Kalau kau baca ni dan terasa, means memang betul kau scammer tak tahu malu guna identiti aku. Huh.
Sebelum aku dapat tawaran kerja, beratus saja applications aku hantar. Isi online forms sana sini, berapa orang tah aku PM dan email.
Back and forth, interview, second interview, ada yang dah dapat offer kena retract balik (sebab ada intervention ada orang dengki).
Pengajaran kat sini jangan share pasal offer sampai lah kau dah kerja kat tempat baru tu. Keep trying, selalu cari reason untuk improve diri. Sekarang banyak short courses online, yang free pun ada.
Cuba dapatkan certificate2 short courses ni, kena ada mindset cintakan dan curious dengan ilmu. Lagikan kalau kau engineer, learning never stops.
Sementara tengah berusaha tu, kau kena standby duit yang banyak untuk kerja ke luar negara. Kira macam modal lah, kena keluarkan dulu sebelum dapat hidup selesa. Lagi lah dengan currency kita yang rendah.
Dengan tak ada sedara atau kawan-kawan mahu pun bapa gula, kau cuma ada diri kau saja untuk kelangsungan hidup.
Kena standby credit card untuk kegunaan emergency masa baru sampai sana jugak, jangan lah bawak credit card yang kau dah guna almost max.
Ingat, currency conversion teruk. Katakan credit card kau maximum limit RM9k, kat Oz tak sampai pun AUD3k. Dan kau tak boleh terus apply credit card dengan bank sini. Kena kerja at least 3 bulan baru boleh apply.
So simpan lah duit ye. Dengan nak deposit rumahnya, makannya, barang-barang keperluannya. Bersedialah untuk bersesak dan tak selesa pada beberapa bulan pertama. Aku sampai bulan 7, masa tengah peak musim sejuk.
Rumah sewa selalunya kosong tak furnished, semua barang kena beli sendiri. Beberapa bulan pertama aku tidur kat lantai saja dengan gebor throw beli kat BigW AUD20. Tu pun nasib baik pilih rumah yang bercarpet.
Jangan tanya kenapa aku tak share rumah dengan orang – aku tak suka duduk dengan orang, strangers atau kawan. I need me time most of the time.
Tapi benda paling penting kau kena prepare ialah mental. Kena prepare kau kena berjauhan dari keluarga, kawan-kawan, kucing-kucing, kekasih-kekasih, untuk suatu masa yang panjang.
Kerja obesi sekarang ni bukannya suka-suka boleh balik dah, dengan covidnya, quarantinenya.
Nasib saja sekarang ada technology boleh message tanpa had dan video call. Respect kat seniors2 yang dah kerja obesi lama dari dulu. Aku pun belum tau lagi bila boleh balik.
Doakan yang baik-baik okay. Kalau ada request nak aku kongsi atau cerita lagi, suggest lah topic apa. Kalau tak ada aku duduk diam-diam saja k bai.
– Panda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit