Untuk part I, (https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang-2/).
Hai, Panda ni. Seronok tengok feedback, aku happy betul dapat share benda bermanfaat bagi idea dan tolong suluhkan jalan pada sesiapa yang berminat dan bercita-cita untuk bekerja di luar negara.
Benda boleh share, bukan berkurang apa pun dari aku. Cuma harap korang tolong doakan yang baik-baik. Niat aku nak renovate rumah parents aku belum settle lagi ni. Specific kan engineer? Hehe. =)
Okay hari ni nak sambung share pasal rezeki di bumi Aussie dan juga menjawab beberapa soalan pembaca. Tapi sorry tau bahasa aku rojak, sebab banyak perkataan yang aneh kalau guna BM jadi aku campurkan lah.
Ada yang tanya macam mana aku masuk Aussie semasa musim Covid guna visa apa. Betul lah tu ada yang teka TSS 482 (Temporary Shortage Skills 482), visa ni ada 2 atau 4 tahun dan perlu di sponsor oleh bakal majikan. Dan company aku company MNC.
So aku dah cukup bertuah kat sini, sebab aku tak payah keluar apa-apa kos untuk working visa. Majikan aku offer untuk buat 2 tahun dulu, kalau lepas habis contract aku nak sambung, diorang berbesar hati untuk sambung contract.
Dan kalau aku tak nak dan rasa nak balik Malaysia, diorang pun ok. Aku plan nak sambung, sebab untuk apply PR nanti aku perlu bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 3 tahun. Lagi pun masa renew visa nanti nak tambah dependent ehehe. =P
TSS ni special case sikit – hanya pekerjaan-pekerjaan yang listed sebagai critical sahaja. Ada beberapa jenis visa, yang nombor-nombor lain aku tak pasti macam mana pulak syarat-syaratnya. Bila visa dah lulus, lepas tu baru lah dapat travel exemption untuk masuk Aussie.
Ada beberapa pekerjaan dalam critical skills Aussie – antaranya nurse, pharmacist, project manager, accountant, software engineer, programmer, chef, auditor, engineer. Teruja tak teruja tak?
Untuk tahu senarai penuh pekerjaan boleh google “PMSOL Australia” (Priority Migration Skilled Occupation List). List ni sentiasa di update – sama ada ditambah atau dikurangkan.
Berbalik kepada visa sponsorship, masa korang berurusan dengan recruiter/manager/HR, korang wajib tanya pasal visa dan cakap saja direct kau berminat kerja ni, kau memang willing to relocate dan kau perlukan sponsor.
Supposedly, pekerjaan-pekerjaan dalam PMSOL list tu maknanya kerajaan desperate untuk mendapatkan manpowers, dan supply dari rakyat atau penduduk Aussie tak cukup untuk memenuhi demand yang sesuai dengan skills dan juga experience (nama visa pun skills shortage kan),
Jadi diorang kena tarik foreigners untuk datang dan bekerja di negara diorang. Peluang macam ni lah korang kena rebut.
Jangan sekali-kali korang datang sini macam Si Ajat, guna refugee or bridge or protection visa.
Hati-hati kalau korang guna “agent” yang suggest visa-visa pelik macam ni. Yang scammers lagi. Memang korang boleh masuk, tapi fikirkan consequences dia – korang dah tak boleh balik Malaysia langsung tau.
Sanggup ke tak jumpa keluarga semua atau tak jejak bumi Malaysia selamanya hanya sebab korang nak kerja obesi? Berhati-hati jangan sampai kena scam atau salah visa ok?
Ada juga yang masuk guna student visa yang membolehkan kau kerja part time tapi tak lebih certain hours. Yang ni aku tak boleh tulis sebab aku tak tahu haha.
Untuk soalan macam mana nak connect dekat LinkedIn tapi tak ada mutual connections, actually tak ramai yang restrict connection request pun. So cuba cari colleagues diorang yang korang boleh add.
Algorithm dia – lagi banyak connections korang, lagi banyak lah peluang nak unlock orang-orang yang limitkan connection request ni. Dan lagi banyak korang dapat suggestion siapa nak add, company apa nak follow.
Cakap pasal LinkedIn, sekali-sekala share lah pasal benda-benda berilmiah. Repost post orang lain ke, bagi caption sikit, ayat pendek pendapat sendiri, komen kat post orang lain. Boleh juga share sikit-sikit pasal kerja (asalkan tak disclose benda-benda private & confidential).
Tunjukkan kau happy, competence dan sangat sukakan apa kau buat (walaupun mungkin tak berapa suka). Aku pernah terbaca satu artikel pasal job hunting – anggap saja kau tengah nak impress crush kau.
Kau nak dia nampak kau (dengan share-share post sikit), tapi tak nak lah share sepanjang masa nampak sangat mengular dan phone addict.
Lepas tu kau jangan langsung kutuk-kutuk company sekarang atau company sebelumnya. Sama lah macam nak tackle crush, kau ingat dia tak turnoff ke bila kau selalu kutuk-kutuk ex kau.
Aku harap semua yang ada keinginan dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk merasa bekerja di luar negara. Memang banyak benda kau akan discover dan tengok dari perspective berbeza. Tapi korang kena fikir betul-betul tau, sebab setiap benda ada tradeoffs dia.
Memang kerja obesi nampak glamour dan successful, gaji asyukkk dan automatic level up di kaca mata masyarakat. Tapi tak bermakna kerja di Malaysia kurang nilainya. Lagi lah kalau kau dah berkeluarga.
Berada jauh beribu-ribu kilometer ni mudah sangat buatkan kau dapat anxiety. Bila dapat berita tak best dari kampung – mak demam sampai tak boleh jalan, kakak satu keluarga kena covid, kakak ipar keguguran, bapak accident motor, anak saudara kena jangkitan kulit.
Kau akan terdiam, hopeless, nangis sorang-sorang sebab kau tak boleh buat apa-apa dan takut, terlalu takut sangat kalau apa-apa terjadi tapi kau tak ada.
Sebab kau sendiri yang pilih nak pergi jauh, sebab kau yang nak kerja obesi. Kalau kau kat Malaysia kan boleh apply cuti, capai kunci kereta dan balik jengah kan?
Tradeoffs yang lain macam pasal makan tu tak payah cerita lah, walaupun banyak saja restoran Malaysia kat mana-mana, tak akan sama beb, tak kan. Scroll IG, FB tengok kawan-kawan post dan share makanan sedap-sedap, tekak melayu kau telan air liur saja lah, yelah skill memasak pun biasa-biasa saja.
Sebab tu kot ustaz pesan tak yah tunjuk benda makanan sangat – tak semua orang mampu dan tak semua orang dapat nikmat tu.
Masa paling critical dan sunyi sangat paling terasa masa bulan ramadan. Sahur sendiri, berbuka sendiri, terawih sendiri. Tak boleh describe rasa kosong syahdu dia macam mana. Siapa pernah merasa dia tahu lah.
Tapi semua benda ada pros and cons. Bukan nak discourage pun, cuma fikirkan baik-baik kau punya priority apa. Kena ada pelan jangka masa panjang.
Berapa lama nak duduk obesi, ke memang nak menetap terus, pasangan kau macam mana, boleh ke long distance, sanggup ke tak tengok anak membesar, harta benda kat Malaysia siapa nak jaga (rumah, kereta, kucing, pokok, kekasih).
Tanya company tu kau nak bawak family boleh tak. Kalau TSS 482 boleh bawak dependents (spouse and children).
All the best semua! Jangan lupa doa untuk Panda tau. Okay Panda dah nak tidur, bai.
– Panda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit