Rezeki Di Negara Orang III

Untuk part I, (https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang-ii/).

Hai! Bosan kan asyik cerita konsep yang sama je? Meh sini baca genre lain sikit, bagi widen our horizon and perspective.

Kalau background confessor itu penting untuk korang bayangkan personaliti dan karakter macam mana, aku bagi tau sikit lah. Bagi tau banyak-banyak takut nanti orang boleh tahu aku siapa, aku malas lah aku ni dah lah perahsia orangnya hehe.

Aku Panda (bukan nama IC), perempuan melayu, umur 30 lebih, status perkahwinan single tapi dah ada boyfriend (tak payah sibuk nak kenal-kenalkan atau nak berkenalan), kerja engineer kat negara jiran, ada rupa not bad lah kadang-kadang strangers random tanya aku ni artis ke?

Maybe nampak macam pelakon yang jadi tukang lalu lalang bagi nampak sibuk ataupun pelakon tambahan yang pura-pura makan dan minum tapi tak boleh makan minum betul-betul nanti makanan habis pulak sebab banyak kena retake sambil cuba nak berbual tapi obviously awkward dalam scene kat restoran drama petang-petang.

Dua tahun lepas aku ada share pasal rezeki di negara orang (hint: sebuah pulau). Last-last tu aku ada bagitau aku dapat tawaran kerja di negara lain, tapi alangkan makanan yang dah nak suap masuk mulut pun boleh terjatuh ke lantai, inikan pula job offer.

Aku dengan bakal employer dah bincang gaji, aku mintak penempatan sementara selama sebulan kat sana bagi aku masa cari rumah sendiri pun diorang dah setuju,

Aku dah survey-survey nak duduk mana, kawasan mana senang dapat makanan halal, dekat dengan MRT, dah bagi copy of passport, keluarga punya info semua, isi borang employment, diorang dah nak process work visa aku, dah sign contract of employment ok, aku pun dah inform bos aku pasal niat aku nak meletakkan jawatan lagi seminggu.

Jiwa aku memang dah kat sana, badan je kat Singapore lagi. Sebab aku rasa aku ni baik orangnya haha, so tak nak lah tiba-tiba surprise campak surat macam tu je bagi tanjat boboys dan gegirls, macam konon nak bagi heads up lah.

Tapiiii… tiba-tiba pada satu hari yang tenang, HR bakal employer baru aku tu cakap jangan resign lagi, diorang tengah nak settle kan something. Tau-tau diorang retract aku punya offer atas alasan manpower freeze. Tapi lepas-lepas tu dalam LinkedIn ada je iklankan job yang patutnya untuk aku tu.

Department sekarang ni tak ramai yang nak masuk sini, jadi management sedaya upaya nak retain staff, sebab nak cari replacement memang susah sebab orang tau memang segala jenis kerja pun boleh dicampak kat kau.

Aku engineer, tapi diorang bagi task untuk jaga benda-benda admin macam beli kerusi office lah beli mask lah sedangkan admin department ada je.

Itu satu contoh lah, banyak je benda-benda merepek aku kena buat. Aku syak bos yang aku bagi tau tu ada mainkan peranan dalam pembatalan job offer aku, sebab dia ni bukan calang-calang lah dalam line ni.

Dan sebelum company yang tak jadi tu inform tak jadi hire aku, banyak je staff-staff division lain yang aku tak pernah rapat tak pasal-pasal tanya aku pasal job offer aku. Siap sebut tepat nama company, dan juga bandar tersebut. Btw, aku bukan kerja kapal. Kapal tu satu metafora je.

So i learnt my lesson well, the hard way. Ingatan untuk korang jugak. Jangan kecoh-kecoh kalau dapat kerja best, dah sign contract pun belum tentu kerja tu milik kau, zaman sekarang ramai yang mendengki atau akan cuba patahkan usaha kau.

Tapi kita kena fikir positif kan, benda dah bukan rejeki aku buat macam mana pun tetap bukan rejeki. So sekarang ni selepas 2 tahun berlalu aku masih kerja di company yang sama di Singapore.

Patah hati beb, gaji company tak jadi offer tak ada lah naik banyak sangat tapi bidang tu memang aku punya specialty dan aku minat gila nak bandingkan dengan department yang sekarang yang aku kena belajar balik satu-satu dari bawah.

Kita kan akan perform kaw-kaw kalau kita minat dan juga mahir dalam sesuatu kerja tu kan? Aku memang heartbroken dan kemurungan ah bila tak jadi.

Actually bila baling belakang (throwback), masa aku kena ditukarkan department sekarang ni, aku banyak slacking off, sebab aku tak dapat terima kenyataan yang project aku tengah syok buat di stopkan oleh pihak pengurusan atasan atas unsur-unsur politik syarikat, so aku sibuk cari kerja baru.

Kat department yang aku kena transfer ni, aku tak ambil tahu sangat pasal kerja, aku sibuk cari kerja baru, even time office hour pun aku cari kerja. Nampak contradict kan dengan apa yang aku cuba sampaikan dulu. Tapi yelah aku manusia jugak, kadang-kadang kelaut, kadang-kadang jumpa di darat, bagi nasihat kat orang memang pandai.

Lepas tu bila aku dah dapat job offer tu lagi lah aku slacking off, orang tengah happy kan dapat job best, aku tak masuk meeting, ada kerja pun aku lengah-lengah lembap buat. Mungkin apa yang jadi pun balasan kat aku jugak.

Episod patah hati sebab job offer best dah kena cancel ni buat aku terduduk termenung, sampai lah aku akhirnya pujuk diri sendiri.

Aku tak pergi sana mungkin banyak yang Allah nak selamatkan aku, ada kes bombing lepas lepas tu kat negara tu, dan juga negara pertama yang tutup border sebab Covid sampai sekarang tak bukak-bukak.

Dan banyak jugak yang aku ‘hutang’ dekat company sekarang, ada ‘harga’ yang aku kena bayar. Aku start belajar dan catch up satu-satu. Aku start ambil tahu semua.

Aku belajar bersabar, dan berbaik dengan semua orang. Susah dan leceh macam mana pun, aku tackle jugak bit by bit sampai lah task complete.

Walaupun kena kerja dengan locals yang obviously tak suka dengan kedatangan aku, walaupun sama bangsa, bercakap sama bahasa, kulit sama warna, tapi bagi diorang aku tetap seorang foreigner.

Yes guys, ramai yang baik ramai jugak yang tak suka kita. Sebab tu kena pandai-pandai bawak diri. Jangan menyombong, tapi jangan overly friendly pulak nanti nampak sangat try so hard to fit in.

Sorry eh kalau aku tulis campur-campur malay dengan English, duduk sini secara automatic semua benda pun ter English. Lagi pun dulu masa SPM English aku A1, Bahasa Melayu B3 bahahahah. Tapi penulisan aku dua-dua bahasa pun tunggang langgang, sila abaikan.

Aku terdetik nak tulis sini, sebab terbaca satu berita tentang seorang rakyat Malaysia yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Dia kerja delivery barang, selain daripada stress kerja sebab majikan dia kerah gila-gila (Covid kan banyak orang beli online), dia punya mental well-being pun rabak, dah 7 bulan sejak PKP (18 March 2020).

Muda lagi 28 tahun tak silap, anak pun kecik lagi, tak dapat jumpa anak bini, lonely, dengan kos sara hidup tersangat tinggi. Rasa korang pun tau pasal rakyat-rakyat Malaysia yang stuck dekat SG sejak PKP kan?

Yang mula-mulanya kita ingat 2 minggu je, siapa je yang tahu sampai sekarang border tak bukak-bukak untuk daily travel. Memang ada special arrangement antara Singapore dan Johor yang membenarkan pekerja-pekerja untuk balik bercuti kejap. Tapi tak semudah itu guys, ada harga yang perlu dibayar. Jap lagi aku cerita.

Aku harap dapat bagi kesedaran jugak kat sini, sebab mostly orang yang tak kerja SG, especially yang tinggal luar JB ni lah yang paling lantang berbunyi masa kerajaan nak benarkan kitorang balik. Masa tu kononnya kes kat Singapore tinggi.

Tapi sebab jenis malas membaca kan, so dia main hantam je lah. Yang kes tinggi tu pekerja-pekerja buruh contract (India, Bangladesh) yang duduk hostel. Kerajaan SG langsung tak bagi diorang keluar, dan sebahagian diorang ni dihantar ke tempat-tempat kuarantin jugak.

So tak ada masalah benda ni merebak ke seluruh pulau pun, daily community case kat SG belas-belas je pun. Tapi yelah, masing-masing serba tahu kan, so main sebut je,

“Hoi buat apa bukak border, kes kat Singapore kat tinggi, buat apa bagi diorang ni balik nanti bawak penyakit!”

“Open border untuk penyakit masuk.”

“Biar je lah duduk sana tak payah balik-balik, nak sangat kerja SG kan?”

“Kat Malaysia macam dah tak ada kerja sangat ke?”

Pehh, kasar guysss. Pernah tak cuba bayangkan berdiri dalam kasut kitorang? Berbulan-bulan tak balik jumpa keluarga? Tinggal keselesaan macam tu je. Wait, dia tambah lagi,

“Ala foreigners lain relax je tak balik berbulan-bulan, bertahun-tahun baru dapat balik jumpa keluarga. Tak ada pun diorang bising memekak nak balik nak balik apa”.

Ada beza bila kau tahu tarikh kau boleh balik yang kau dah mentally and physically prepared, dengan bila kau tak tau dan tak ada certainty. Semua kelam kabut masuk SG pada 17 March 2020 dengan sehelai sepinggang, ingatkan 2 minggu okay lah salin uniform kerja ada.

Seluar pun korang pakai 2 minggu baru basuh kan, lol. Tapi bayangkan hidup dalam bare minimum untuk beberapa bulan?

Rakyat kita homeless di negara orang weh, seberang je pun. Tidur dekat bus stops, bench taman, stesen MRT, belakang kedai, etc. Benda ni aku perasan, tak keluar sangat pun kat berita Malaysia. Kenapa eh? Ignorant?

“Kerja SG gaji dollar kot, darab 3 kot, tak kan lah sengkek sangat?”

Macam ni lah, kita sembang maths pulak, favourite subject aku ni A1 ok so korang tak boleh nak chong aku. Asyik nak show off je kan result SPM, tapi aku memang kategori bijak, hmm.

Ok gaji blue collared range dalam SGD 1k – SGD 1.5k, paling typical lah. Siapa yang gaji lebih dari tu bagus lah kan. Yang ni aku tulis English eh, sebab otak aku tak boleh brain kalau maths dalam bahasa. Pastu singkatan $ = SGD.

So let’s take the higher end from the range, $1.5k/month living in SG:

1) Meals:

1 meal/day = $4

1 month = $120 (die-die saving, eat 1 meal a day only)

Tapi kadang-kadang nak jugak makan sedap sikit, lauk daging black pepper ke, kari kambing ke, briyani ke, tambah telur masin telur dadar ke. So anggaran di atas tak valid. Lagi-lagi lah untuk pekerja yang banyak guna tenaga physical, lapar wey makan sekali sehari je.

Paling-paling skip breakfast or dinner. Belum lagi kadang-kadang nak jugak minum air manis, ngeteh, ngopi kan? Belum lagi kawan-kawan ajak lepak chill, kalau tak bercampur orang karang stress lonely lagi bahaya.

Tapi aku tau ramai yang masak, beli barang groceries, tapi still pakai duit jugak kan, so kita kira sumamrize kan lah bagi senang.

Therefore I revise the meal budget:

2 meals/day = $8

1 month = $240

Pesanan penaja: Tips untuk saving, keluar rumah je bawak air kosong sendiri siap-siap. Jangan malu bawak botol air.

Orang kat sini local ke omputih (sini panggil “angmoh”) ke relax je bawak botol air pergi mana-mana. Sebab air mineral pun sebotol $1.50 kan. Daripada 3 kali beli air botol, dah boleh dapat 1 meal nasik. Sedangkan air kosong tu free kalau bawak dari rumah/topup kat office.

2) Room rent: = $300/month

Room-sharing, average 1 common room in HDB (flat) is $600/room/month. The max number of people per house is 6. 1 house typically has 3 rooms, hence why I divided the room rent by half only. You think can sumbat 20 people like Malaysia ah?

3) Transportation: = $250/month

Some bring their own motorcycle, some use public transportation. But both also need money. For public transportation users need to topup EZ-Link (like Touch ‘N’ Go), motor things need petrol.

Do I need to mention the petrol price here? Then there’s VEP (Vehicle Entry Permit, calculated per every day the vehicle is in the country.

Then there are tolls and parking fees. For this section it’s just a rough estimation, cos I don’t bring in motorcycle so I don’t know I just tembak the most logical number. Maybe some fellow Malaysian workers in SG with motorcycles can help to correct the numbers if I had under/over budgeted.

4) Toiletries and personal necessities: $10/month (saving saving lah use)

5) Personal/bank commitment in Malaysia: $500? $400?
Depends. How much is the commitment in Ringgit? Rent RM1,500? Loan RM2,000? Credit card? Do note that the housing price in JB is ridiculously high. Divide by 3 easily almost $1k?

Based on the calculation above, how much left to send home for family use? (How bout bills? Schools? Food? Basic necessities? Entertainment?)

Selalunya yang husband kerja kat SG ni isteri diorang surirumah sepenuh masa, kawan-kawan aku empat orang kerja SG, empat-empat tu jugak wife diorang full time housewives jaga rumah dan anak-anak. So kebanyakan keluarga memang hanya bergantung pada satu pendapatan tetap je.

Tengok balik, sama je kan kalau kerja kat Malaysia and earning the same figure? Beza dia sekarang kerja SG, tapi duduk kat SG. Memang akan terduduk terciduk. Kat Malaysia agak-agak lapar boleh lah balik rumah parents ke, adik-beradik ke, buat muka kesian kat kawan-kawan ke kan.

At least ada lah orang tengok-tengok kan kau tak kan biar kau mati kelaparan. Tapi kalau kat SG? Nak balik pun tak boleh, nak mengadu jauh. Kawan-kawan pun sama-sama cuba survive takat paras hidung.

“Kalau dah gitu, balik je lah. Kerja kat JB je. Ada je kerja kot.”

Harap-harap korang boleh hadam ayat ni betul-betul:

“Can’t afford to stay, can’t afford to go home.”

Sekarang ni nak buat macam mana?

Kenapa aku cakap “can’t afford to stay”? – Kat atas tadi dah buat kira-kira kan.

Kenapa aku cakap “can’t afford to go home”? Buat kira-kira lagi nak? Cannn…

Title: The cost of returning home for a break for Malaysian workers in SG.

But first, FYI Malaysian workers in Singapore are classified into two categories (from Singapore’s point of view):

1) Foreigners/Foreign workers (Malaysian workers that are not Singapore PR holders). I use “non-PR” for easy understanding.

2) Singapore PR (Malaysian workers with Singapore’s Permanent Resident IC).

Based on the special Covid border arrangement between Johor-Singapore, non-PR workers have a lot more advantages than their friends who are Singapore PRs, because:

a) Quarantine in JB

Non-PRs are to be quarantined only until they have received negative result on their Covid test and are considered free men after they have the white tag on their wrists removed by KKM (home quarantine if they have a place in JB, or hotel quarantine if they’re returning to somewhere else outside of JB).

Home quarantine should not be a problem, therefore can’t consider it as a cost, but hotel quarantine will cost RM150/day.

The Covid test result will usually come out within 48 hours after the test, but if someone returns on the weekends, they need to prepare to spend a few more nights and additional costs for hotel as the labs also need to have their rest day.

However, for Singapore PR they have to serve 14 days of quarantine in hotels ONLY, even though they have a place in JB. So the total for quarantine in JB is RM2100. Ok? Don’t ask me why our government treats Malaysians with Singapore PR as some aliens from another planet.

b) Covid test in JB

Both non-PRs and PRs have to pay RM200 for Covid test.

However, the cost of returning to Malaysia does not end here; one should consider the cost of using unpaid leaves during their break.

c) Unpaid leaves

Even though the length of the break is up to the company’s discretion, still if you know you only get to return once in a blue moon, and all the hassle you have to go through with both sides of the countries, you don’t want to be home for a few days only right?

At least 2 weeks lah average (not including quarantine). Now the average annual leaves probably about 14 days, some may have used up all the remaining leaves they have, hence must take unpaid leaves.

For this cost, it varies depending on your monthly salary. Let’s take the worker with $1.5k monthly salary just now, he uses 10 days of annual leave, and to top-up 5 days of unpaid leaves (for example) more or less the following month he’s going to be short around $300?

This part needs someone from HR to help cos I’m not sure how to calculate unpaid leave cost per day.

d) Family expectation upon returning (go travelling, eating out, buy gifts)

This section I don’t intend to comment on, cos I don’t have kids yet. But I know this needs a lot of money as well. Cos you’ve been away for too long, nak pujuk wife, kids, parents kan kan?

So that’s the costs of returning to Malaysia ONLY. Now the tougher part, the cost of coming back to work in SG:

e) Quarantine in SG

Some employers may sponsor the quarantine and Covid test costs, but then again it’s up the company’s discretion. For my company, employees pay 50%, employer sponsors 50%. So the burden has been lightened a bit, thanks to the company for taking care of the employees’ welfare.

FYI, the company that I work for has about 10% Malaysian workforce and it’s quite big with no less than 5000 employees, but still I’m not going to and I can’t tell you which company, P&C ok.

Again it is an advantage for the non-PRs compared to Singapore PRs, non-PRs only need to serve 7 days of quarantine upon re-entering. But Singapore PRs serve 14 days instead. The total cost of quarantine and Covid test for 14 days is $2k. Yup, $2k.

f) Room rent in SG

Some employers may provide accommodation/ hostels/ subsidies on accommodation rental. But usually no. The cost of the rent can refer to the earlier paragraphs, but do note that to secure a room you need to place at least 1 month deposit upfront, and another 1 month when moving in.

At this time I’m tired of maths already please help to calculate the total. I just want to prove my points that Malaysians are struggling here, especially the blue collared workers.

“Can’t afford to stay, can’t afford to go home.”

Ok BM balik. Kenapa aku susah-susah nak taip semua ni panjang-panjang?

Sebab lepas buat kira-kira ni, actually ramai je yang sanggup untuk tanggung costs tersebut walau terpaksa berhutang bergadai, berbaloi jumpa family, apa lah duit nak compare dengan loved ones.

Tapi tak semua company nak apply kan untuk employees diorang, tak semua company bagi balik. Ada je yang buat bodoh cakap tak tahu nak apply lah, tak boleh bagi cuti lama lah.

FYI, sebelum balik Malaysia, company kena apply siap-siap tarikh untuk pekerja masuk balik SG. Pekerja tak boleh apply sendiri. Dan tak boleh miss tarikh yang dah confirm ni langsung, sebab dah limitkan 1 hari 2k je boleh return under the scheme.

Dari sudut pandangan company pulak, maybe diorang tak cukup pekerja, lepas tu risau karang tersangkut pulak masa nak balik. Mana lah tau infected ke, border close balik ke. Ni case naik kang tak pasal kerajaan tutup balik macam mana?

Sebab nasib kami bergantung pada korang semua.

You have no idea how much it breaks our heart bila tengah ada perbincangan Johor-Singapore nak bukak balik daily travel for workers, tiba-tiba kes kat Malaysia naik mendadak 3 digits! Bakal cecah 4 digits pun possible gak kan? Kita bukan cakap semua lah, tapi sebilangan.

Masa aku balik Malaysia aku culture shocked kot masuk lift nak jugak berhimpit pastu aku sorang je pakai mask, ada satu keluarga keluar kereta nak masuk restoran berlengang-lengang tak pakai mask. Bila owner restoran tak bagi masuk sebab tak pakai mask, dijawabnya,

“Nanti nak makan bukak jugak kan?”

Belum lagi yang beriadah berkumpul running group lebih 30 orang lepas tu ambil gambar pun rapat-rapat sedangkan participants dari merata ceruk. Bayangkan kalau even sorang je ada Covid, lepas tu masing-masing pulang ke pangkuan keluarga. Aku tau lah, aku follow kot IG.

Pedih. Kita tunggu lama, terlalu lama. Dia macam penantian yang tak ada penghujung. Punya lah patuh SOP, sentiasa berhati-hati.

Korang bayangkan sejak special border arrangement bukak 18 Aug 2020, sekarang dah 3 bulan kan, dah dekat 10k rakyat Malaysia balik bercuti. Pernah dengar cluster SG-JB? Berapa kes negative Covid dari the border travelers? 1 guys, 1.

Nak statistic lain?

Setakat ni 3 kes Malaysians bunuh diri di Singapore akibat kemurungan, stress, loneliness, terlalu rindu dan kos sara hidup yang terlalu tinggi. Covid tarik nyawa bukan setakat kerana dijangkiti virus tu je. Ada kejadian-kejadian lebih besar berlaku di sebaliknya.

Belum lagi kira berapa ramai yang kehilangan ibu/ bapa, isteri/ suami, atau anak-anak atau saudara/ kawan baik tapi sangkut kat sini tak dapat balik untuk tengok kali terakhir?

Aku sendiri kehilangan kucing yang aku bela sejak lahir 10 tahun lepas pun menangis-nangis sampai kat office pun boleh meleleh, aku tak dapat peluk dia atau ada untuk dia di hujung nyawa dia.

Dia pergi masa aku stuck kat SG, sedangkan lagi 3 hari je masa tu nak balik JB, dapat berita tu serious helpless.

Cat sitter aku cakap dia macam termenung mungkin rindu, tak makan sangat sejak aku letak dia kat boarding masa kena masuk SG bulan Mac haritu. Lama dia tunggu aku. Tapi tu lah kan, baru kucing.

Kitorang tengokkan je korang buat gathering melebihi yang sepatutnya, berkumpul beramai-ramai, tak pakai mask, tak kawal pergaulan (eh) which is okay je tapi bila time kita nak balik sampai hati pulang nak sindir-sindir.

Lepas tu kutuk-kutuk pulak cakap yang kerja Singapore ni tamak duit, sanggup pilih kerja dari balik dan bersama keluarga.

Tapi ada tak bayangkan kalau kitorang balik Malaysia beramai-ramai, dah tak pasal jadi saingan kena berebut kerja dengan yang dah emang ada kat Malaysia kan.

Ujian dan jalan hidup kita tak sama. Kalau ada satu pulau first wold county dekat sebelah Negeri Sembilan atau Kelantan (contoh) pun aku yakin rakyat kita berpusu-pusu rebut peluang kerja luar negara jugak.

Just sebab kau tak berminat or tak ada peluang untuk mencari rezeki di negara orang, jangan judge orang-orang yang sanggup.

Aku harap benda baik-baik je come out from this confession. Maaf lah kalau ada yang rasa tak senang kat mana-mana part.

Aku cuma nak sampaikan setiap apa action yang seorang tu buat akan ada effect dekat orang lain, semua benda dalam dunia ni ada link, macam ripple effect, atau butterfly effect, atau domino effect. Google lah kalau nak tau lebih lanjut maksud dia.

Terbaru ni, sebab kawan-kawan kat Malaysia buat cluster dan kes naik mencanak, kerajaan Singapore perketatkan syarat untuk special border arrangement.

Untuk yang re-entering dari Sabah, PR ke non-PR semua kena quarantine 14 hari. $2.1k. So kalau kes sampai 4 digits, aku tak surprise pun kalau perjanjian tu dia halt.

Please, kita jaga kita.

Don’t be complacent.

Patuh SOP.

So we can go home.

18 Oct 2020, Singapore,

– Panda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *