Rezeki Di Negara Orang V

Hi, ni Panda. Pernah berkongsi pasal rezeki di negara orang. Dah siri ke-5 rupanya, harap-harap masih relevant.

Hopefully ada beberapa orang yang dapat rezeki lebih baik dengan tips2 dari Panda, kalau tak di negara orang, di negara sendiri pun alhamdulillah.

https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang/

https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang-ii/

https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang-2/

https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang-3/

Kalau tak nak baca yang lepas2 pun boleh, sebab ni bukan drama bersiri maghrib2. Dah setahun lebih kat bumi Oz, rasa macam saja nak kongsi pengalaman dan pemerhatian di negara sekarang.

Panda ni perempuan, dah hujung2 30an, single, sorang2 je masa datang sini, tak ada saudara atau kawan2 langsung. Belum ada rezeki berpasangan lagi, tapi berlapang dada je, sebab Dia dah lebihkan rezeki dalam kecerdasan otak dan kerjaya.

Dapat bekerja di luar negara di sebuah multi-national company yang headquarter nya di US, sebagai seorang professional engineer dan seorang je melayu. Bangga dengan diri sendiri.

Tapi sendiri2 je lah, bukan sampai membongak, sebab korang tak tau pun aku siapa hehehe. Btw, aku kerja di Oz dengan work visa TSS482 yang di sponsor oleh company. Jadinya jangan mintak PM tanya lobang macam mana nak menyeludup masuk kerja secara haram pulak.

Speaking of which, rakyat negara kita popular kat sini. “Infamous” omputih cakap, sebab sangat terkenal sebagai top 1 pendatang haram.

Macam mana kita pandang jelak terhadap pendatang haram dari negara2 jiran yang menyelinap masuk negara kita untuk mencari nafkah, macam tu lah jugak kot pandangan rakyat diorang kat kita. Ni kalau sampai kat geng Malaysia kat Oz yang sekian2 tu, confirm melenting.

Yelah siapa petik cili, tangan dia rasa pijar (puns intended). Diorang defensive gila2, macam tak boleh relate apasal salah diorang pulak bila kerajaan Oz cancel banyak visa orang Malaysia, tapi tu lah seperti lagu Elyana – “Tak tercapai akalmu.” Benda simple pun tak boleh nak process.

So macam mana seseorang itu boleh lepas berkerja secara haram di Oz? Bila mana dia masuk menggunakan tourist atau student visa, tapi sebenarnya nak berkerja dan earn dollars.

Dalam tourist visa, ada keterangan menyatakan tidak boleh bekerja sama sekali di bumi Oz, walaupun menerima bayaran bukan berbentuk duit,

Contoh – mendapatkan bayaran dalam bentuk diberikan tempat tinggal atau makanan sebagai pertukaran untuk kerja yang dilakukan, apatah lagi dapat duit.

Terlalu ramai yang abuse tourist visa untuk tinggal dan berkerja secara illegal di Oz, tak pun student visa, sebab tu sekarang dah susah rakyat Malaysia yang betul2 nak melancong nak lepas visa, dan banyak visa kena cancel, especially yang muda2 bawah 40s.

Tak percaya boleh google “Nationality with the highest visa cancellation in Australia”.

Sebab imigresen suspect nak salah guna tourist visa lepas tu overstay, walaupun ramai je yang betul2 nak melancong. Btw, negara2 lain pun ada jugak, cuma Malaysia steady juara carta.

Tapi geng2 illegal sangat defensive, bukan masalah diorang. Menurut mereka – keluarga dan kawan-kawan kau nak melancong pergi lag negara lain, tak payah datang Oz.

Oz ni tempat diorang kerja. Eh macam bumi Oz abah diorang yang punya pulak? Dah kalau aku kerja kat Oz, tak kan keluarga dan kawan2 aku nak datang visit sambil melancong pergi apply visa Itali pulak??

Kalau ikutkan dalil2 ciptaan pekerja illegal (guna ‘illegal’ lah eh, guna ‘haram’ kasar sangat bunyinya lak kan), menurut mereka perbuatan mereka ni tak salah.

Mereka datang Oz dengan niat suci murni kot, buat kerja betul, nak dapatkan duit, nak hidup senang sikit, tolong keluarga kat rumah, kat Malaysia kerja apa je boleh buat kan?

Tapi, kalau kerja tanpa kebenaran kerajaan, sorok2 secret2, gaji yang dapat tu halal ke tak bros and sisters? Berkat tak? Dengan tak bayar tax nya. Hidup pun dalam ketakutan, sebab anytime je boleh kena ambush. Kalau rajin tengok lah siri “Border Security” kat FB atau Youtube.

Ini bukan iklan berbayar, tapi kongsi awareness. Tengok juga part dia ambush rumah pekerja illegal, sedih tengok living condition sama level dengan rumah pekerja asing di negara kita.

Pekerjaan illegal yang biasa diceburi adalah kerja di ladang seperti memetik atau memproses buah/sayur. Tak pun bekerja di kedai makan atau di pasar.

Masa baru sampai biasalah aku explore pasar, pusing-pusing tengok macam mana lah pasar diorang ni kan, ada jual apa, sambil nak beli2.

Pasar diorang bersih, teratur ikut section buah-makanan-kering-ikan-daging, tak ada bargain2, lantai berlecak terus lap sebab safety nombor satu. Setiap section lah aku jengok, acah2 youtuber tapi yang tak pernah launch.

Jalan2 aku terpandang satu pekerja perempuan di bahagian daging, wah perempuan melayu lah, jumpa gak geng dan kedai dia ni mesti jual daging halal!

Berapron plastik putih dan bertudung hitam tengah busy dengan dulang daging yang dia bawak dari belakang untuk disusun di display kaca.

Dia perasan kot aku tengok dan bila terbuat eye contact terus dia alih mata dan tunduk. Aku nampak je dia susun daging tadi tapi tak tengok pun papan plastik dengan label di hujung dulang.

Bila dia cepat2 buat tak nampak aku tu automatic aku pun tengok apa benda dia ni susun. Berderau jantung, tersekat air liur kat tekak tak tertelan… “Pork rib”. Dengan muka pokerface, aku pun cepat-cepat sambung jalan.

No offense untuk pembaca yang makan pork (ada je kan non muslims kat sini).

Tapi untuk kitorang yang memang tak sentuh pork dari lahir, dan ditegah sama sekali untuk makan dan ianya najis untuk disentuh, pada kitorang benda tu jijik dan kotor. Tak kisah je non-muslims nak makan ke nak jual ke, but not us.

Permandangan perempuan bertudung bersama sedulang daging babi segar di pasar tu stuck kat otak aku lama, berbaloi ke kerja macam ni awak?

Tapi mungkin jugak dia non-muslims pun, setakat tudung atas kepala je. The queens dalam cerita The Crown pun pakai tudung bila outdoor tak nak rambut bersepah kena tiup angin kan? Fikir positippp.

Hidup kat sini sebagai seorang melayu professional sunyi sikit. Mana korang wei, angkat tangan boleh? Malaysian Chinese or Indians memang ada lah, cuma fitrah rasa nak lepak sama2 kaum tu kadang2 ada. Lagi kan kalau hari perayaan ke.

Aku pernah try nak networking dengan orang2 melayu kerja sini, tapi tulah bila diorang tau aku datang legally, terus macam lain treatment.

Maybe segan sendiri kot, diorang rasa tersekat nak bercerita pasal macam2 adventures dan tips & tricks diorang untuk bagi lepas.

Yang tak bijak dan gila glamour sikit siap buat tiktok, hahaha. Yang terbaru ni yang kat UK tu. Gila apa jap lagi semua negara orang kita susah nak masuk.

Contoh tips & tricks – palsukan dokumen. Yes. Supporting documents untuk melepaskan diorang kat imigresen tu semua ada lobang-lobang dia sendiri.

Macam dark web, benda ni kena pandai2 lah cari dan tanya untuk dapat. Tu yang aku rasa tak comfortable, benda ni semua ethics dan integrity. Dan diorang pun of course tak comfortable nak bercerita bila aku ada, mana lah tau aku report ke apa kan.

Tapi yang masuk dengan betul tu, syabas bete. Boleh je nak kerja tapi apply lah visa yang betul – work visa atau working holiday visa. Try NZ pun boleh, masa aku bercuti ke sana ramai je aku jumpa budak2 muda lepasan SPM on working holiday visa selama 12 bulan.

Kerja kat F&B selalunya cost makan dah terjaga sikit, kena dengan tak kena tekak je lah. Setahun dah banyak boleh kumpul, asalkan tak lupa diri.

Gaji minimum pekerja am lebih kurang $25/hour, minimum orang kerja 40hours/week, tax diorang kurang dari 20% kot, tak pasti.

Pastu tukaran matawang 1 dollar sama dengan 2 ringgit lebih, so pandai-pandai lah kira sendiri sebulan dapat berapa. Kalau rajin OT lagi banyak lah gaji anda.

Diorang yang kerja secara legal ni pun sangat peramah dan “tak takut orang”. Yelah buat benda betul, nak takut apa kan?

Anda contoh yang baik, rezeki pun halal. Bebas hidup kat bumi orang, tak payah takut2. Orang tak caci maki sebab yang mereka-mereka yang kerja secara haram ni lah orang lain pulak yang terkena tempias.

Btw, beberapa tahun lepas sebelum aku kerja Oz ada ex colleague aku tiba2 nak pinjam duit dengn kuantiti yang banyak, terdesak katanya, ada family issues. Nak 6 ribu ringgit, kebetulan masa tu aku baru dapat dividen ASB dan tak ada nak guna untuk apa2.

Dulu kita jenis bodoh cepat kesian orang. Tau2 dia dah sampai Oz kerja secara haram.

Duit yang dia pinjam tu untuk dia park dalam bank, bila imigresen mintak supporting documents diorang tunjuk lah bank statement dia banyak duit pe, mampu ah masuk travel Oz. “Bukan nak kerja punnn”. Ni salah satu trick dia.

Bila aku nak pakai duit aku mintak lah dia bayar balik hutang, tu pun lepas beberapa tahun, kemain liat sampai gaduh. Biasalah memang orang yang bagi pinjam hutang ni yang jahat selalunya.

Belum cerita yang datang Oz lepas tu lupa terus anak bini, ye lah jauh dari semua kau buat apa siapa je tahu kan? Tak payah jauh ke Oz pun, masa SG dan Malaysia lockdown dulu, berapa ramai pekerja Malaysia di SG pasang scandals sampai cerai-berai.

Tak kisah lah laki ke perempuan, masing2 ada buat perangai. So kalau pasangan korang ada niat nak kerja illegal tak ada tempoh had masa ni, bersedia je lah satu hari nanti ada kebarangkalian diorang akan missing macam tu je.

Aku emphasise “kebarangkalian”, maksudnya boleh jadi atau boleh juga tak jadi.

Baru2 ni ada kes, seorang isteri di Malaysia cari suami dia yang bekerja di Oz sejak sebelum covid. Lepas tu hilang lama tak contact family bertahun2 sampai jadi kes polis Oz.

Yang kelakarnya, geng2 illegal workers yang panic lebih sebab takut tempat kerja kena ambush sebab polis cari mamat ni.

Siap merayu-rayu mamat tu munculkan diri, katanya diorang nak duduk kat Oz lama lagi. Kalau apa diorang buat tak salah, ada valid working rights, kenapa nak takut orang lain punya kesalahan terpalit kesan kat diorang pulak kan?

Aku tulis ni bukan sebab bitter dengan orang punya rezeki, nak bitter kenapa pulak kan sebab aku pun selamat bekerja secara sah dan halal kat sini. Cuma perangai yang illegal ni menyusahkan orang lain, dah lah ramai yang lupa diri.

Yang tinggal anak bini bertahun2 tu, kemain senang eh hidup kau? Bini struggle besarkan anak sorang2 kat Malaysia, korang boleh enjoy biawak acah single kat negara orang. Katanya, “rezeki masing2.” Memang betul rezeki masing2.

Tapi sedarlah disebabkan ramai orang macam korang membiak2 ajak kawan ajak saudara buat benda sama illegal dah sampai menyusahkan dan melibatkan hak orang lain untuk bebas berjalan dan melawat.

Belum lagi cerita pasal scammers (orang Malaysia jugak) yang menjanjikan peluang pekerjaan di Oz tapi mintak deposit ribu2 dulu, lepas tu tiba2 lenyap dari mukabuku dan mukabumi. Eh malas ah cerita.

Sekarang memang tak boleh buat apa pun, kerajaan Oz dah memang mark pemegang passport Malaysia as top suspects dan nak masuk dah jadi sangat strict. Korang maybe lepas di dunia, tapi di alam lain nanti – well, akhirat masing-masing kan?

Sorry kalau post ni macam negative sikit, cuma terasa nak share pendapat dan juga dark side atau hidden secrets of “rezeki di negara orang”.

Aku homesick jugak tak raya tak balik sejak covid sebab aku fly dari SG terus ke Oz, tak ada chance balik Malaysia masa covid tengah peak.

Tapi hujung tahun ni confirm balik! Doakan Panda punya urusan semuanya mudah dan selamat. Macih.

– Panda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *