Rezeki Disebalik Ujian

Assalamualaikum semua. Aku Siti umur 23 tahun. Baru je berhenti kerja bulan Feb haritu. Aku start kerja kat company tu dengan intern kat situ. Then, masa nak habis praktikal tu, HR aku panggil aku offer untuk serap aku terus. Since position untuk QAQC takda orang.

Gaji yang dioffer amat rendah. Aku compare dengan kawan-kawan sekelas aku yang diserap masuk jugak kat company masing-masing. Padahal dorang duk kat utara, aku kat Selangor yang kos sara hidup paling tinggi ni. Tapi takpa, sebabkan nak pengalaman, aku accept je. Masa tu aku tak kisah sangat dengan gaji, sebab aku takda komitmen pun. Pergi kerja pun naik motor. Hutang belajar pun tak payah fikir, since belajar free.. Hehe.

Ok, pendekkan cerita. Aku start bekerja di company tu awal bulan disember. Malangnya, hujung bulan tu jugak aku ditimpa kemalangan waktu otw ke tempat kerja. Pagi tu hujan renyai-renyai. Time tu memang dah nak sampai kilang dah. Tiba-tiba ada satu kereta BMW Merah depan aku tetiba tekan brek. Aku pun nak elak la, so aku pun ke kiri.

Tiba-tiba tanpa bagi SIGNAL dia pun ke kiri jugak. Aku punya risau terlanggar kereta dia. Aku pun terbabas. Habis terhempap badan aku dengan motor. Terkapai-kapai jugak aku mintak tolong alihkan motor tu. Kereta yang kat depan aku tu yang masa tu dia nak berhenti ke kiri agaknya nak singgah beli makanan kot (ada kedai tepi tu) terus blah camtu je.

Kebetulan, time jatuh tu ada sorang anggota bomba naik motor belakang aku. Ada ramai jugak yang berhenti tolong aku. Pastu bomba tu la yang call van bomba tu. Nak tunggu ambulans lambat kot agaknya. Time tunggu kedatangan van tu. Dorang tolong bukak stokib aku yang penuh dengan darah. Bukak- bukak je koyak weh kat tepi buku lali. Sampai sekarang aku tak boleh jalan lagi. Tak boleh pijak, kena berjengket. Time konvo baru-baru ni aku tak pergi pun. Sedih jugak sebenarnya bila lecturer tanya kenapa tak pergi.

Lepastu dapatlah merasa duduk wad 4 hari. Best jugak. Rasa taknak balik. Nurse-nurse semua baik. Cuma time nurse 2 orang bawak aku ke OT pagi-pagi buta tu. Ada sorang ni muka dia masam je. Nasib yang sorang lagi akak misi tu senyum je. Kurang sikit rasa sakit tu. Huhu. Time hari terakhir tu, doktor cakap aku dah boleh balik. Sedih beb. Aku pun pelik. Padahal orang lain kat wad tu semua sibuk nak balik rumah.

Lepastu aku dapat MC selama 14 hari. Dalam group whatsapp bos sibuk bising-bising mention nama aku. Aku ni jenis malas nak bukak group kerja time cuti. Serabut. Pastu ada akak satu ofis ni tolong update pasal aku, sebab sebelum tu dia ada tanya khabar semua. Pastu bos aku cakap “Siti, boleh makluk dalam group ni sendiri. Tak perlu guna orang tengah”. Aku memang malas layan, so aku just ignore je. Then, kan kalau lepas follow up, kira MC tu kita kena renew..

So, ada sekali tu, hari last MC aku, yakni aku kena pergi appoinment dr, jatuh pada PH. Aku pun tak tahu hospital cuti time tu. So, sampai-sampai je. Kaunter tutup. So, aku terus call bos aku bagitahu MC aku kena extent sampai esok (esok harinya aku pergi balik hospital). Pastu dia boleh cakap camni “Oh, kalau takda dr harini, maksudnya MC tak jalan la”. Aku pun tak faham la, time aku dah jadi camni pun boleh berkira bab cuti. Yelah, sebab kalau MC kan gaji aku still jalan.

Lepastu dia boleh tanya “Jumpa dr untuk apa lagi? Kaki tak elok lagi ke? Habis bila boleh masuk kerja ” Pastu aku macam naik angin la. Bukan aku suka-suka tak nak datang kerja. Dia pun datang melawat hari kedua aku warded. Siap update lagi dalam group kerja tu. Huh. Ingatkan betullah majikan yang prihatin..

Then, lepas fikir masak-masak, tanya pendapat lecturer, kawan semua.. Aku amik keputusan hantar notis berhenti kerja 2 minggu. Since time aku MC tu 3 orang sekali staff situ berhenti. Tak best la. Aku ok ngan dorang.. See? Dorang pun tak tahan. Dah lah PH kena tarik. Bila OT sampai malam, dia ganti dengan cuti je. Banyaklah buruknya kalau nak cerita.. Tapi takpa, aku ambil sebagai pengalaman kerja..

Baru-baru ni aku pergi interview dekat KL. Since dari rumah sampai sana ada public transport, so aku apply la. Jauh sikit takpa. Aku suka naik train haha.. Nak cerita, hari aku datang temuduga tu, aku terlepas solat subuh sebenarnya.. Sebab mata berat sangat nak bangun. Then pukul 7-8 lebih camtu kot baru tersedar dan teringat ada interview.. Cepat-cepat siap semua.. Pastu time qadha subuh tu aku solat dhuha sekali.. Yelah, rasa bersalah pulak. Aku mintak kat Allah permudahkan urusan temuduga tu, tapi aku tinggalkan solat…

Pendekkan cerita time interview tu dalam satu bilik. Dia macam group discussion je aku rasa. Sempoi je. Aku pun takla nervous sangat, sebab ada 4 orang termasuk aku. Hr tu pun briefing sikit. Dia kata keputusan tu dia bagitahu haritu jugak. Aku pun masa nervous jugak. Sebab aku dah bagitahu awal-awal memang depends on public transport je. Nak naik motor lagi uiss serik hahaha.. Lesen kereta pulak takda. Lepastu , dia suruh semua tunggu kat luar. Lagi 5 minit dia panggik balik sorang-sorang.

Tak disangka, dia kata aku berjaya.. Pastu dia bagitahu gaji apa semua. Memang banyak sangat benefit dia. Gaji basic dia lebih sikit dari tempat lama aku. Plus ada elaun kedatangan, komisen lagi. Yang best, semua public holiday ofis tutup. Environment ofis dia pun best gila lah aku tengok. Company tu besar, dah lama teringin nak kerja dengan collegue yang ramai, compare dengan company lama aku tu SDN BHD.

So bila sdn bhd, tak sampai 10 orang pun sebenarnya dalam ofis tu. Aku bersyukur sangat.. Walaupun lari dari bidang yang aku belajar. Aku amik pengalaman. Korang doakan aku berjaya hadapi alam pekerjaan ni ya. Sorry kalau ayat berterabur, sebenarnya nak cerita pasal lain. Tapi tetiba tertaip pasal cerita ni pulak. Huhu.

– SitiDiSini

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *