Assalamualaikum warga IIUMC. Kisah aku mungkin tak setragis dengan kehidupan orang lain, hanya aku ingin share kehidupan aku untuk setahun ini. Mungkin kerana hampir bulan 9 dan membuatkan aku kembali kepada kenangan tahun lalu
Aku dipanggil bos aku (dalam hati aku sudah berkata sudah sampai masa aku) berbincang kami berdua didalam bilik yang ditutup rapat daun pintu. Aku keluar dengan linangan airmata, dipeluk erat oleh rakan kerja ku setelah aku memberitahu bahawa aku diberi notis berhenti kerja selama 2 bulan (aku dipaksa untuk memberi surat berhenti notis selama 2 bulan, manager office aku kata record buruk if pihak mereka yang keluar kan surat… aku akur) ouh ya, dan ketika itu aku mengandung.
Selingan sedikit, aku berkerja disalah satu firma guaman yang agak terkenal di Kuala Lumpur. Selama 10 tahun aku berbakti disana, setahun terakhir selama perkidmatan aku firma mengalami sedikit masalah (ekonomi tak stabil la tiada pulangan modal la and itu la yang selalu dikata dan hampir 3 or 4 tahun tiada kenaikan gaji) ade 2 3 staff dibuang tapi aku masih menaruh harapan dan berharap ini masih periuk nasi ku sehingga aku dipanggil. Ahli keluarga berkali nasihat agar mencari kerja lain jangan terlalu selesa disana tapi aku masih yakin rezeki aku masih disini.
Setelah surat ku beri di penghujung bulan 9 aku menghitung hari hari terakhir aku selama 2 bulan. Aku memulakan tahun 2019 dengan rasa yang sangat berat. Aku terasa dihimpap dengan batu bata yang amat berat, hampir setiap malam aku tak boleh tido mengenangkan nasib aku yang kini tidak berkerja, dengan mengandung lagi, sebulan pertama memang struggle sangat, aku sedih sebab tak dihargai, aku sedih sebab dibuang time mengandung, sedangkan setiap kali meeting bos ajak kita susah sama sama senang sama sama, aku rasa tidak adil sangat tapi hurmm ntah la mungkin rezeki aku sampai takat itu.
Aku mengalami kemurungan bulan pertama tu, tidak tidur malam menangis je setiap malam, aku fikir macam mana husband nak sara kami, dengan kelahiran anak ke2 nanti, aku sampai cakap bala apa ni, sampai aku menyampah dengan kandungan aku sendiri, sebab aku fikir jika aku tidak mengadung, mungkin aku dah kerja tempat lain (aku pergi 3 4 iv tp semua reject sebab pregnant). Syukur alhamdulillah suami selalu ade diwaktu struggle aku, selalu suruh aku cepat istighfar jika aku mula pertikaikan apa yang berlaku, menyuruh aku sabar inshaaAllah ade rezeki baby yang aku kandungkan.
Start awal tahun, berubah rutin suami, keluar berkerja tetap petang sambung pulak kerja part time, aku hanya menanti dirumah sambil menjaga anak yang sulung dan menghitung hari hari untuk bersalin. Dalam 24 jam sehari aku hanya dapat melihat dan bersembang dengan husband cuma selama 30 minit ke sejam sahaja. Kadang2 die balik lewat pagi aku dah tidur. Untuk membayar segala komitmen dan bil2 kehidupan kami.
Akhirnya aku bersalin, sepanjang waktu berpantang aku, aku sibuk menghabiskan masa mengisi segala borang permohonan kerja google sana google sini jobstret, job Malaysia, SPA mudah semua ni laman sesawang aku sepanjang waktu berpantang, suami menasihati aku supaya berehat dahulu jaga emosi jaga anak dahulu jangan fikrkan soal kerja lagi. Risau aku tiba2 dapat kerja nanti aku letih dengan jaga baby lagi kerja lagi. Aku ikutkan sehingga baby ku menganjak usia 3 bulan.
Rezeki anak ku dikala usia 3 bulan, aku mendapat satu whatsapp text memangil aku interview sekarang jugak (aku apply menerusi jobstret), aku menolak dengan mengata kan aku tidak menerima waktu ini. (suruh datang dalam masa sejam, sebelum bos keluar lunch). Aku mencuba nasib menanya boleh tak interview dilakukan hari lain dan alhamdulillah boleh.
Aku pergi dengan bersemangat di hari interview itu disamping suami dan anak2. Meraka menunggu didalam kereta dan memberi semangat sebelum aku keluar kereta. Aku menapak dan berdoa semoga rezeki aku. Selesai sejam aku diinterview alhamdullilah bos aku kata esok start kerja.
Allah! Rasa nak menangis waktu tu dan aku tahan sehingga dalam kereta dan share dengan suami dan anak2. Alhamdulilah kini masuk 2 bulan aku berkerja disini dan doakan aku berkekalan disini lama ya.. inshaaAllah.
– Mama Anak 2 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit