Rezeki Itu Allah Yang Beri

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab terima tulisan saya ni. Minta maaf jika kepada pembaca jika tulisan aku bosan dan akan buang masa pembaca. Perkenalkan aku Cik Bie tak lama lagi akan masuk fasa 3, masih bujang.

Aku dulu seorang yang boros, kedekut, sangatlah berkira. Jangankan nak belanja kawan atau family makan, nak bagi mak ayah duit pun, fuh… susah sekali. Ayah jarang lah mintak duit, kecuali kalau dia memang lambat dapat gaji dia akan minta atau pinjam. Selalunya dia akan pinjam, dan dia akan bagi balik, extra lagi tu, hehehe. Mak aku selalu laa juga mintak, tapi aku adalah tipikel orang yang kedekut, minta banyak kali baru bagi. Itu pun akan ungkit atau marah dulu (eh eh eh cerita aib sendiri pulak hahaha).

Bab membeli barang tu kepakaran aku, tapi pelik apa barang yang aku beli pon aku tak taulah. Tau tau 1 minggu lepas gaji kompom duit habis. Novel tu kompom bulan2 ada, tak sah kalau tak beli bukan 1 mesti 2 atau 3 sekali dengan comic. Tapi aku adalah beli benda berfaedah juga untuk pakai family. Contoh macam mesin basuh, set meja makan atau adalah lah lagi. Walaupun ada sesetengah dari tu bayar ansuran.

Duit gaji tiap2 bulan mesti kurang (tak pernah nak cukup), aku kerja biasa2 je takdelah bergaji besar. Syukur alhamdulillah, dengan gaji sedia ada, tapi bab menyimpan memang langsung takda. Tak boleh nak menyimpan langsung walaupun 1 bulan 100, susah gile, aku pon tak tau laa kenapa. Adui, mampos aku macam ni, kalau ada emergency macam mana, ermm.

Satu hari ada kawan aku cakap macam ni, “kita dah besar dah berkerja sendiri walaupun kita di bawah tanggungan mak ayah kita walaupun zakat tu ayah wajib bayar tapi pergilah bayar zakar sendiri untuk diri sendiri dari hasil sendiri. Ayah punya kewajiban biar dia jalankan. Ini atas diri kita sendiri dan sedekah jangan lupa. Mak pulak paling utama jangan pernah lupa, hatta rm50 satu bulan cuba bagi dengan mak inshaaAllah rezeki kita luas takkan putus walaupun kita kerja gaji masih sama” (ok masa dia cakap ni masa dalam bulan puasa sebab tulah terkeluarnya zakat sekali dan masa tu aku baru 22 or 23 dan dia 4 tahun lebih tua dari aku).

Alhamdulillah dalam bulan puasa tu aku berzakat atas diri sendiri. Zakat pon berape lah sangat kan dalam 6 ke 7 ringgit entah masa tu, dan lepas tu alhamdulillah bila ada kotak amal je inshaaAllah aku akan masukkan, dan dengan mak tak pernah lupa. Mula2 bagi rm50. Lepas2 tu bila ada rezeki lebih aku akan bagi lebih, dan bila aku gaji inshaaAllah bila ada masa free sama aku ajak keluar makan 1 family. Bila takde masa free aku akan beli je laaa makanan tapau makan kat rumah atau pon dominos je, hehehe.

Alhamdulillah dah lepas berape tahun ni rezeki aku ada, gaji tak pernah nak kurang, tiap2 bulan aku boleh menyimpan. Alhamdulillah bukan setakat 100. Mak aku? aku tak pernah lupa lagi dia ada je aku bagi, dan dah dapat keluar kereta mampu milik, rumah je ni dalam perancangan, ( doakan saya ye ), nak belanja kawan2 inshaaAllah ada je.

Betul lahkan apa orang cakap “dalam rezeki kita ni ada rezeki orang lain” jadi jangan nak kedekut sedekah, dengan sedekah Allah akan bagi lagi rezeki kepada kita, “nak kaya maka keluarkan lah sedekah”.

Minta maaflah kalau aku terriak, tak sengaja, aku cuba nak cerita betapa luasnya rezeki aku yang Allah bagi ni dengan amalkan tidak kedekut, zakat, dan sedekah. Sedaya upayanya aku ingin merendah diri. Terima kasih kepada yang sudi membaca tulisan yang bosan ni. Semoga bermanfaat.

– Cik Bie

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *