Rezeki itu Bukan Milikku

Assalamualaikum semua iiumc readers. Aku tak pandai menulis dan karang ayat panjang2. Kalau penceritaan aku ni susah nak faham aku mintak maaf, and cerita aku ni agak panjang. Maaf juga andai cerita aku ni membosankan, aku just nak luahkan apa yang ada dalam hati aku and nak minta pendapat semua.

Aku dah berkahwin nak masuk 3 tahun dengan sorang anak, anak aku baru je 4 bulan. Suami aku kerja biasa2 je, setakat ni Alhamdulillah semua makan pakai cukup. Aku pun kerja biasa2 je even ada degree, kerja aku gaji taraf SPM je. Aku tak kisah sangat pasal gaji tak ikut qualification aku tu, sebab aku masuk bidang bukan dengan kelulusan aku. So fikir nak kutip pengalaman, dan aku dah kerja gaji taraf SPM ni dah hampir dua tahun.

Ceritanya bermula awal tahun ni pada Januari. Bos aku ambil sorang staff baru yang sama tugas and sama jawatan dengan aku. Tak terlintas hati aku nak tanya berapa company aku offer pada staff baru ni. Tapi staff baru tu sendiri tanya gaji aku berapa.. And aku agak terkejut sebab gaji yang company aku offer pada staff baru ni jauh lagi tinggi dari gaji aku.

Waktu ni aku dah rasa down, and aku whatsapp bos aku tanya kenapa gaji kami berbeza sedangkan aku dah hampir dua tahun kerja, dengan kelulusan lagi tinggi dari staff baru tu. Then bos aku explain la, katanya staff baru tu untuk ditempatkan di site baru, yang peruntukan perbelanjaan dia lagi besar dari site aku jaga. So aku pun okay la, boleh terima dengan hati terbuka. Aku malas nak fikir sangat sebab aku pun dah nak bersalin pada Februari.

Kemuncaknya jadi lepas raya baru ni. Supervisor aku hantar notis untuk berhenti kerja. Masa ni aku memang tak tahu yang supervisor aku dah hantar notis berhenti kerja. Sehinggakan satu hari tu bos aku datang site, and inform aku yang pasal supervisor aku yang nak berhenti ni. Aku masih ingat lagi ayat dia, ‘ikutkan style company ni, kami akan dahulukan staff yang ada dulu untuk sebarang kekosongan jawatan’.

So dia offer aku dengan jawatan supervisor ni, aku macam terkejut sebab memang tak jangka. Dan aku minta masa 3 hari untuk beri keputusan sebab nak bincang dengan husband dulu. Pada mulanya aku berbelah bahagi juga untuk terima offer sebab aku tak yakin untuk handle site, which is lari sangat dari bidang aku belajar dulu..

Tapi husband aku cuba yakinkan aku yang aku boleh, dan dengan pengalaman kerja sebelum ni pun dia yakin yang aku boleh handle tugasan baru ni nanti. So cukup 3 hari aku whatsapp bos aku setuju untuk terima offer tersebut, then feedback dia pun okay la nanti dia datang site untuk perbincangan selanjutnya berkenaan gaji dan lain lain.

Lepas aku whatsapp bos aku pasal penerimaan offer jawatan supervisor tu, bos aku pun senyap je takde whatsapp ataupun datang site. Tempoh notis sebulan supervisor aku dah nak habis, so aku macam pelik la kenapa bos aku diam je. And dekat site, kami dah pakat-pakat nak buat makan2 sempena hari raya and supervisor aku nak berhenti pada 1hb Julai, last day supervisor aku pada 4hb Julai.

Seminggu sebelum tu kami dah bincang nak masak apa. Aku nak masak bihun sup. Dengan anak kecik aku gigih masak bihun sup sampai pukul 12.30 malam untuk makan2 kat office esok hari. Keesokkan tu aku pakai baju raya and makeup lawa2 sebab nak sambut raya la katakan. Hahaha.. Sampai office ada seorang staff yang memang aku dah kenal datang office.

Then aku tanya dia jaga site sini ke nanti. Dia iyakan saje, so aku takde la tanya lebih2. Masa ni aku tak baca lagi whatsapp dari bos aku, supervisor aku pun tak sampai lagi sebab settlekan urusan kat luar sekejap. Aku pun buat kerja aku, then bukak whatsapp, baru baca whatsapp dari bos aku. Dia minta maaf sebab terpaksa gantikan orang lain untuk jawatan supervisor tu.

Aku terus terdiam, aku tak kisah dia nak gantikan orang lain pun, tapi aku persoalkan juga kenapa harini baru nak bagitahu aku, staff yang ganti aku dah masuk harini baru nak whatsapp aku. Oh bengang dan kecewanya aku waktu tu,sampai menggigil tangan tak boleh buat kerja. Then aku whatsapp kakak and husband aku mintak pendapat. Both suruh aku hantar notis berhenti sebulan je. Tak perlu lagi terhegeh2 dengan company yang tak reti hargai staff.

Aku pun taip notis berhenti kerja then emailkan terus pada HR. Tapi untuk haritu aku terpaksa el, sebab aku tak mampu nak terus berada kat office. Aku pun balik macamtu je, dengan bihun sup aku yang memang banyak aku masak. Aku tak boleh nak fikir, menangis sambil drive. Lastly aku berhenti tepi jalan, meraung dalam kereta. Allah, aku kecewa sangat waktu ni.

Kenapa harini baru bos aku nak inform aku, time staff baru dah masuk, dan time kami plan untuk happy2 sambut raya. Pasal bihun sup tu aku just letak kat rumah mak saudara aku mintak dia panggil jiran2 makan, dan aku pun dah tak mampu nak makan bihun sup aku sendiri waktu ni. Perasaan kecewa masih menebal.

Harini dah tiga hari aku tak masuk office. Aku mintak cuti seminggu. Esok last day supervisor aku, aku tak tahu lah macam mana aku nak habiskan waktu sebulan ni sebelum notis berhenti kerja aku tamat. Dalam masa sama aku nak cari kerja lain, untuk tolong husband aku.

Pada readers semua, doakan aku dapat kerja baru dan lebih bagus dari kerja sebelum ni. Doakan juga supaya aku lebih kuat sebab tiap kali aku tengok muka anak aku, aku akan menangis sebab dapat mak yang loser macam aku.

– Tipah Terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *