Assalamualaikum semua. Aku Ika (bukan nama sebenar). Aku student degree di sebuah ipta. Aku nak cerita tentang rezeki. Pertama sekali, aku memang selalu amalkan surah waqiah (boleh kata setiap hari) sejak aku first year degree rasanya. Rezeki tak semestinya dalam bentuk duit kan? Boleh jadi kesihatan, keluarga bahagia, pelajaran cemerlang dll.
Nak dijadikan cerita, dua tahun lepas aku tengah mencari tempat praktikal, tapi hampir 5 bulan jugak la aku mencari tempat yang sesuai. Mula-mula aku ada dapat dekat satu tempat ni, tapi suspicious sangat, aku apply harini, esok terus dia reply bagitahu accepted. Aku macam wow okay alhamdulillah dah secure tempat praktikal. Tapi jauh dari rumah aku, jadi kena cari rumah atau bilik sewa lah.
Aku dengan family aku satu hari tu pergi survey tempat intern yang aku dapat tu, terkejut sangat tengok tempat tu, dengan sunyi nya, lepastu dari luar nampak bersepah-sepah kotak-kotak besar kat dalam tempat tu. Tempat tu macam rumah kedai, tapi baris tu cuma ada company tu je. Kesimpulannya nampak scary lah. Jadi aku pun tahulah kenapa dia reply awal sangat internship application aku.
Sebelum tu aku dah apply banyak tempat, tapi semua tak reply. Aku punyalah down waktu tu, sebab kawan-kawan aku ramai yang dah dapat tempat praktikal masing-masing. Aku macam terfikir, pointer aku lagi okay dari sesetengah kawan aku, tapi kenapa aku yang tak dapat lagi??! Tapi lepastu aku baru tersedar, rezeki masing-masing kan. Astaghfirullahal azim.
Sampai satu tahap tu, mak aku pun dah risau tengok aku asyik menangis cerita pasal tempat praktikal yang tak dapat-dapat ni. Mak aku ada kawan dekat satu company ni, kiranya nak guna orang dalam lah, senang sikit biasanya. Tapi itu pun ada masalah yang susah aku nak cerita kat sini, yang ada kaitan dengan HR tempat tu & pihak universiti aku. Waktu tu dah tinggal lagi tak sampai sebulan dari tarikh praktikal A. Lagilah aku frust, sebab yang tu macam dah confirm awal- awalnya.
Tapi kalau dah namanya rezeki kita, Allah tetap akan bagi. Satu hari tu tiba-tiba ada satu company call, tanya dah dapat tempat internship atau belum. Dia sebut nama company, tapi aku sampai dah lupa company apa tu, sebab dah berapa ratus entah applications aku hantar. Then HR tu bagitahu prosedur, elaun dll. Aku terus terima waktu tu.
Tak sangka aku dapat intern dekat company yang bagi elaun lebih dari RM1k. Then, aku intern dekat situ selama 6 bulan, seronok sangat-sangat tempat tu, working environment, staf, selalu dapat makanan free yang sedap & mewah dll. Aku bersyukur sangat3. Mungkin itu keberkatan doa ibu bapa aku, al-waqiah yang aku amalkan, dan macam2 lagi.
Sekarang ini pun aku ada buat part time online job, dan rezeki aku alhamdulillah tak putus-putus. Aku alhamdulillah selalu dapat dean’s list jugak waktu degree ni, setiap kali aku doa, aku niatkan untuk hadiahkan kecemerlangan tu untuk menggembirakan ibu bapa aku.
Jadi kesimpulannya disini,
– Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
– Doa ibu bapa sangat penting untuk kita berjaya.
– Rezeki takkan pernah salah alamat.
– Yakin dengan Allah, Maha Pemberi Rezeki.
– Amalkan surah al-waqiah.
– Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, sebab Allah dah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”
Okay, sampai sini je cerita aku. Terima kasih sudi baca.
– Ika
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit