Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk pengenalan diri ini cukuplah aku perkenalkan diri aku Shaa, berusia 25 tahun, bekerja dalam bidang swasta (jawatan biasa), sudah berkahwin selama 7 bulan.
Tujuan aku post confession ini berkaitan dengan posting bertajuk ‘Speechless” (https://iiumc.com/speechless/), dan mana mana posting seangkatan dengan nya. Izinkan aku bercerita kisah aku.
Suka untuk aku ingatkan posting ini bukan bertujuan untuk mengajar sesiapa apatah lagi berlagak hebat dan kuat. Sesungguhnya setiap manusia diuji berbeza cara. cukup lah aku mampu jadi rujukan kepada mana yang perlu.
Kalau nak cerita kisah aku, panjang sangat sudahnya nanti korang malas nak baca (tapi aku rasa still panjang). So to be short, lets start:
Aku berkahwin dengan pasangan pilihan hati aku yang bekerja sebagai askar, beza 8 tahun dari umur aku. Basically, aku kahwin 90 % guna duit aku dan family aku. Kenapa? Sebab aku sebenarnya ditipu oleh suami sendiri. Ya, begitulah perumpaannya. Duit hantaran yang dijanjikan nak bagi sebelum majlis tu hanyalah penipuan.
Majlis diteruskan sebab Mama dan Ayah, Ya Ampun baiknya (Moga Syurga tempat Mama Ayah) dan diorang pun faham, menikahkan anak perempuan, mengadakan majlis keramaian ini masih tanggungjawab mak ayah. Cuma dah menjadi kebiasaan, atas kesepakatan bersama, pihak lelaki akan bagi pihak perempuan hantaran bagi menampung belanja kenduri.
Jadi, untuk menjayakan majlis ini, mak ayah aku keluarkan simpanan mereka dan aku, kerja macam biasa siap buat part time kerja kedai makan malam-malam dan ada buat jualan sikit2. Dan, aku ada juga join kutu dalam amaun yang besar lah bagi nak selesaikan kemelut masalah kewangan nak kawen ni. Kira macam buat loan tapi takda interest lah, tempoh masa pun kejap.
Buat yang tertanya-tanya mana fungsi suami aku ketika ini, untuk pengetahuan korang, 2 bulan sebelum majlis kawen dia kena posting di Sarawak. Disebabkan berjauhan ni, dalam tempoh nak kawen, banyak kali dia mengelak dan kami pernah tak berhubung sampai seminggu lamanya. Tiap kali ditanya pasal hantaran, dia kata dia akan settlekan.
Whatever lah kan.. Masa nak kawen pun aku bergaduh dengan suami sbb aku cuma minta dia RM3k sahaja sbb nak bayar balance tempahan. Yela kalau dia bagi aku duit hantaran, ayah dah janji nak bgi aku RM3k untuk urusan aku, Ni dia tak bagi hantaran so memang patut lah aku tolak hal ni kat dia kan? Tapiiiiii, nan hadoo, aku kena pinjam dengan bos bos aku sbb nak settle semua nya.
Dan disaat aku menulis confession ni, aku dah pun genap 7 bulan kawen. Sepanjang 7 bulan kawen ni, pada mulanya aku minta dengan husband aku RM1000 setiap bulan unuk aku settle hutang kawen dan hutang dekat ayah. Tapi setiap bulan purata belanja yang aku dapat dari dia hanya RM250 sahaja.
Oh, buat yang tertanya kenapa RM1,000 sebab nya aku sebelum kawin aku dengan dia dan bersetuju nak sambung bayar kereta ayah aku, bulanan RM600 tapi tak lama dah kena cover dalam setahun setengah je pada waktu nak ambik tu lah, sekarang ni tinggal 4 bulan je kena bayar.
(Untuk kes ni, suami aku tak ada motor atau kereta, selama ni pakai motor aku sebab tu decide nak amik kereta ayah tu), lepas tu macam aku cakap tadi aku ada amik kutu bulanan yang ni pun kununnn nak share berdua lepas tu untuk bayar hutang ayah slow slow lah.
Awal perkahwinan, aku rasa macam menyesal dengan benda yang berlaku. Meyesal sebab apa? Menyesal sebab tak jadi perempuan gold digger, menyesal jadi perempuan pandai carik duit (sebab aku kerja part time dari aku tunang), menyesal ada perwatakkan kental.
Cuba bayangkan kalau sebelum kahwin tu aku jenis yang tahu keluar masuk duit dia, cuba kalau dari awal aku tunjuk aku ni tak pandai pun carik duit and malas nak kerja, bercita cita nak jadi suri rumah je. hmm…
Aku rasa benda ni boleh jadi smooth je ye la sebab aku kan kerja, dia kan askar ape ke susahh nye pulak kann. Tapi tu lah kehidupan ni tak boleh nak jangka.
Untuk para readers, mungkin rata rata antara kamu dah judge & paranoid dengan husband aku. Tapi sebenarnya aku kenal dia dan personaliti dia. Aku tahu kalau dia ada dia akan bagi. Cuma dia tersilap langkah, dia ada terjebak dengan MLM sebelum kawen dengan aku,dia nak aku tapi dia takut kalau dia cakap tak da duit nak kawen.
Suami aku, dari aku kenal yang buat aku berkenan dekat dia, dia baik, soft spoken, rajin yakmat, tak panas baran dan bukan kaki perempuan, perwatakan dia pun biasa sahaja.
Sepanjang tempoh 7 bulan aku berkahwin, sejujurnya aku belum pernah jumpa husband aku. 6 hari selepas nikah dia fly balik Sarawak sampai lah hari ni kami belum ada rezeki nak berjumpa, kenapa?
Macam aku cakap tadi aku didalam fasa clearkan semua hutang kutu dan individu yang terlibat. Boleh ea sampai 7 bulan tak jumpa, pengantin baru pulak tu? Terpaksa tapi masih redha. Insha Allah.
Apa aku nak point out dalam confession aku yang tak seberapa ni:
1) Restu dan Redha Mak Ayah- kalau dari kisah aku ni sebenarnya kisah aku terbalik dengan konflik orang lain, yela selalunya pasangan yang beriya nak kawen sedangkan mak ayah tak redha. Tapi bagi kes aku, mak ayah aku sungguh nak aku kahwin.
Mak ayah aku acap kali cakap mereka percaya suami boleh bahagiakan aku, cuma kena bersabar, kena kuat, kena faham asam garam perkahwinan. Yang buat aku kuat, aku bertahan dan redha tu sebab mak ayah aku tak pernah tinggalkan aku kesorangan, masih sayang aku walaupun aku susahkan diorang, Yela gatal nak kawen tapi tak cukup duit hmmm
2) Perkahwinan adalah perkongsian – Kalau nak nilai apa yang aku laburkan sepanjang 7 bulan pertama ini sangat sangat lah tak adil bagi seorang isteri. Gaji aku habis kerana janjinya.
Tapi cuba bayangkan kemelut ni cuma stop pada bulan ini, lepas tu sampai lah akhir hayat kau, suami amik alih pulak berkongsi rezeki dengan kita, adil ke buat dia ?Itu kalau begitu kisah nya, kalau dua dua tak redha berkongsi, tak kan kita nak fikir bercerai langkah terbaik? Perkahwinan bukan untuk bercerai.
Aku selalu baca confession berkaitan suami susah, dan rata rata ramai isteri tak bekerja yang rasa susah. aku tidak galakkan para isteri bekerja tapi sebenarnya if korang bekerja, bantu pasangan sendiri benda tak kan serumit keadaan. Percayalah. lagi satu, hati korang tak kan sakit sebab korang ada kekuatan tu, Kau bekerja,kau ada duit sendiri dan tak mengharap.
3) Seperti tajuk confession aku, REZEKI KAHWIN- buat yang tercari-cari mana cerita berkaitan rezeki aku, sebenarya aku sendiri pun masih mencari-cari rezeki aku. Rezeki yang dikatakan rezeki selepas kahwin.
Tapi boleh tak aku katakan, kalau rezeki aku sebenarnya aku dapat lihat sisi family aku yang sebenar, saat mereka berikan aku yang terbaik walau pada awal nya aku rasa tak mungkin family aku ada sejumlah wang yang banyak dan sanggup laburkan untuk kenduri aku.
Boleh tak aku kata rezeki aku adalah kesihatan dan ketahanan body aku. Kalau lah aku tak diberikan kesihatan dan kekuatan fizikal (sebenarnya aku gemuk berat 90kg) aku tak mungkin larat untuk kerja pejabat dan kerja makan setiap hari selama 1 tahun 6 bulan.
Sepanjang tempoh ni sehabis baik aku tidak salah sangka dengan aturan Allah, sehabis baik aku tolak rasa kesal. sebenarnya aku tak sangka bulan ni bulan terkhir aku settlekan hutang kutu yang banyak, bulan ni juga bulan terakhir potongan gaji husband yang sangat banyak (loan sebelum kawen kerana MLM). Dan hujung bulan ni juga husband dapat kursus di PD. Makna kata boleh jumpa lah kan.
7 bulan tempoh yang sekejap bagi yang sudah bertahun mendirikan rumahtangga, tapi bagi aku 7 bulan pertama perkahwinan ini sangat menguji aku. Penat mental aku tepis dengan soalan: tak jumpa husband ke? , tak pergi honeymoon ke ?
Ye laa as askar dengan wanita bekerja tak mungkin la kami sesusah ini kan, tapi demi Allah aku kata gaji aku dan bulanan yang husband aku bagi RM250 tak cukup untuk aku cover hutang tapi aku still survive. Tak pelah, hampir berakhir dah pun.
Aku manusia biasa, kadang-kadang emosi berciciran juga. Untuk yang senasib, bahkan mungkin ada yang lebih teruk diuji, tetap berlapang dada dengan Aturan Allah, Bukan Allah tak sayang.
Doakan aku, kemelut aku berakhir, aku sebenarnya rindu sangat dengan suami aku, aku rindu nak rasa pelukan suami aku lagi-lagi dalam saat aku letih dan penat, aku tak pernah marah dan berkira, aku tahu ini ujian hubungan kami. Walaupun aku pun tak sangka aku boleh sekuat ini. Tapi makin diuji, makin kuat.
Buat suami, moga kau sentiasa dimurahkan rezeki, diberikah kesihatan yang baik. Moga Allah izinkan kita bahagia bersama buat selamanya.
Terima kasih sudi membaca
Yang merindui suami,
– PUAN SHAA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit