Rezeki Kembar

Hai semua. Sebenarnya takda apa yang saya nak luahkan atau ceritakan pun.

Saya nak para ibu atau ayah boleh tak share kisah dari puan sendiri mahupun adik beradik or sesiapa sahajalah yang Allah bagi hint sebelum mendapat kembar?

Dahulu ibu saya cerita, sebelum dia dapat tahu dia hamil anak kembar, banyak sangat tanda yang Allah bagi,

Cuma dia tak perasan sahaja sebab ibu saya mahupun ayah tiada yang bergen kembar. Mungkin lama lama kot ada. Even sepupu pun takde.

Antara tanda tanda yang ibu saya dapat ialah

1) Potong cili kering tapi badan cili tu bercantum 2.

2) Pecah kan telur gred biasa tapi kuningnya ada 2.

3) Potong bawang besar rupanya dalam bawang tu ada lagi bawang besar.

Sebenarnya ibu saya kata banyak lagi tapi cuma 3 ni saja yang dia betul betul ingat. Dan sayalah anak kembar yang ibu saya kandung.

Of course bila diri sendiri kembar, kita juga mahukan anak kembar.

Dan keluarga juga mengharapkan untuk saya dikurniakan cahaya kembar. Bapa mertua saya juga kembar lelaki dan perempuan. Tapi bila kahwin, tiada 1 pun anak kembar.

Ramai yang kata, potensi saya untuk mendapatkan anak kembar tinggi memandangkan saya dan juga bapa mertua adalah sepasang kembar.

Jadi disini, boleh tak ibu dan ayah yang mempunyai anak kembar atau ada kisah sejarah kembar yang boleh share pada saya dan juga pembaca yang lain?

Mungkin boleh share apa pemakanan yang ibu amalkan dan berhantu sangat alih alih dapat kembar.

Dan boleh juga share tanda tanda yang ibu ayah dapat sebelum mengetahui ibu mengandungkan anak kembar.

Saya tahu Allah lah penentu kepada semuanya, tapi tidak salah sekiranya kita berusaha, dapat atau tidak itu terpulang kepada yang maha Esa. Saya cuma suka baca kisah kisah begini.

Moga ibu ibu yang inginkan anak kembar juga boleh ikuti tips yang diberikan oleh pembaca. Terima kasih dan Assalamualaikum :)

– Kembar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *