Assalamualaikum & Hi semua. Terima kasih pada pihak admin jika cerita ini disiarkan dan untuk korang yang sudi bazir data & masa untuk baca artikel yang mungkin tak berapa best ni.
Aku bukan penulis, aku hanyalah seorang wanita yang berkerja dalam bidang kesihatan. Jadi, harapnya korang maafkan lah ayat aku yang tak berapa seronok ni.
Aku baru sahaja graduate awal tahun ni. Kebiasaannya, kolej aku ni akan menyediakan tempat kerja untuk pelajar2 especially dalam bidang aku ni. Tapi biasalah, janji tinggal janji. Dalam 30 orang pelajar, ada lah dalam 10 orang tu kurang bernasib baik, termasuk la aku.
Of course lah akan ada rasa tak puas hati tu kan. Yela kita top 10 student, tp tak dapat kerja. Orang yang prestasi nya kurang memuaskan, dapat pulak. Tapi dalam masa yang sama, aku tumpang gembira & aku anggap semua yang jadi ni ada hikmah dia.
Dalam hidup aku, mesti aku pegang satu ayat ni…”setiap yang berlaku ada hikmah nya”…”allah knows what is the best for us”
Trust me. Kalau korang sentiasa pegang pada ni, korang akan rasa lebih kuat tau. Tipu lah aku tak sedih, tipulah aku tak kecewa, tapi sebab aku pegang pada ni, rasa Redha tu lagi tinggi.
Long short story. After one month kawan2 aku tu dapat tawaran kerja. Now tibalah giliran aku pula alhamdulillah. Siapa sangka, walaupun nama aku dalam “reject list” hospital ni, aku tetap dipanggil untuk berkerja di sini.
Syukur ke hadrat ilahi, now aku dah sebulan pun berada di sini, and yes “tak ada kerja yang tak stress” kan?
Tapi aku dah tekad, aku akan terus bersyukur kerana ini lah jalan yang Allah dah pilih untuk aku. Dan aku sangat bersyukur, walaupun rezeki ni datang last minute, tapi Allah mudahkan segala urusan aku especially dalam bab mencari rumah sewa ni.
“Sabar itu indah”
Akhir entry ni, aku cuma nak share dengan korang amalan yang aku rasa penyebab rezeki ini datang.
(1) Sentiasa letakkan kepercayaan pada Tuhan. Jangan persoalkan atau cuba menyalahi DIA.
(2) Jangan putus asa. Sentiasa percaya ada rezeki yang menunggu, cepat atau lambat je. Dunia ni luas.
(3) Dekatkan diri pada tuhan. Kalau selama ni kita cuma buat solat 5 waktu je, apa kata kita didik diri, untuk tambahkan amalan.
(4) Amalkan solat sunat macam tahajjud, dhuha, hajat.
(5) Baca Waqiah setiap hari. Tak kira la malam ke siang ke.
(6) Then yaasin, kalau selama ni kita buat setiap malam jumaat je. Apa kata kita tukar jadi bacaan tu jadi hari2?
(7) Sedekah. Banyak bentuk sedekah ni ye. Bukan setakat duit je tau. Kalau mampu, bagi lah. 50 sen pun boleh. Senyuman pun sedekah kay.
Tapi apa pun, doa ibu adalah yang terbaik. Hargai lah selagi ibu korang ada ye, sesungguhnya doa ibu sangatlah mujarab. Mak selalu kata yang aku akan kerja jugak bulan july. Sedangkan waktu tu, satu interview pun aku tak datang lagi.
So guys, yang tak dapat kerja lagi. Aku doakan korang dapat kerja yang terbaik. Ingat, dapat kerja nanti jangan merungut tau. Rezeki Allah dah bagi tu, kalau kita merungut, maknanya kita tak suka aturan Allah tu.
Goodluck semua…
– Cik Raniya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit