Rezeki Mak Sakit

Nama aku Am. Aku lelaki berumur 30 tahun. Aku masih bujang dan belum berkawin. Aku berkerja dalam bidang profesional. Tujuan aku tulis dekat sini hanya sekadar memberi inspirasi kepada semua orang bertapa ajaibnya menjaga ibu yang sakit.

Mak aku sakit stroke sejak 10 tahun lepas, masa tu aku tahun akhir diploma. Masa tu hidup aku gelap sangat, sebab terpaksa korbankan dan postpone diploma aku setahun, hampir separuh gila juga la masa tu, mungkin tak boleh terima apa yang Allah beri.

Segalanya semua sempit, dari faktor duit, lagi la sempit. Nak makan pun bercatu, walaupun aku ada akak dan abang aku, tapi masing masing berkeluarga.

Tapi dalam masa setahun tu la aku cuba bangkitkan mak aku, dari boleh baring, dan boleh duduk, lepastu dan boleh pakai tongkat.

Tapi lepas setahun aku sambung belajar semula, dan dapat menamatkan diploma dengan agak kurang cemerlang, masa tu hanya sekadar untuk habiskan diploma sahaja..

Selepas tu aku berkerja di area rumah, selama 2 tahun, tapi sekejap berhenti, sekejap kerja, atas faktor penjaga mak asyik bertukar-tukar, akhirnya aku jaga mak sepenuh masa. Masa ni, duit memang tak ada, tapi aku mula berjinak buat perniagaan di fb.

Selepas 2 tahun, aku mula sambung degree, sebab teringin sangat nak kerja di office dan pakai baju bersih-bersih.

Dalam durasi aku sambung pelajaran, aku meniaga online di shopee, sampai income aku sebanyak 4000 dalam masa sebulan, semua perbelanjaan mak aku tangung, sampaikan tempat aku belajar tu suruh aku buat talk untuk beri inspirasi.

Sepanjang aku belajar, setiap minggu aku akan balik, dan ulang alik, tanpa miss.

Walaupun masa tu income banyak, tapi aku tak akan besarkan perbelanjaan aku, aku cuma pakai kereta kancil untuk meniaga, sehingga la aku beranikan diri membeli rumah pertama aku (second hand). Masa tu aku terikut budaya bangsa cina untuk invest.

Selepas habis belajar, aku dapat kerja di negeri yang sama, tapi agak jauh sedikit dari rumah, sambil berkerja, aku juga ada pekerja untuk buat perniagaan aku. Masa ni income jangan cakap la. Allah sahaja yang tahu..

Tapi tak lama, badai covid pun tiba, aku ingat masa covid ni la yang akan jatuh, tapi tak, makin rancak berdiri, sebulan sahaja boleh dapat 70k. Malah bantuan kerajaan untuk perniagaan pula berpusu pusu nak tolong, masa ni dah ada 3 orang perkerja.

Dan selepas sahaja pkp berakhir, bermula la ujian hebat Allah, business aku teruk sangat, dengan partner business lari, dengan hutang keliling pingang, memang sakit, masa tu bergentung pada gaji sahaja, itu pun majikan asyik susah nak bayar.

Aku masih ingat lagi, masa tu aku hanya ada 60 sahaja untuk tahan seminggu dan nak balik jumpa mak, dengan kuasa Allah, ada seorang india lelaki bawa anak datang naik moto dekat station minyak, minta bantuan duit.

Tanpa fikir panjang, aku bagi 20 pada dia, masa tu aku percaya sangat pada Allah, aku cakap aku serah kat Allah, aku tak takut dengan tak ada duit, aku cuma ada Allah sahaja.

Dengan kepercayaan bergitu kuat, tak sampai 10 minit, ada agent whatsapp aku untuk order 200 produk, masa tu aku menangis dalam kereta sorang sorang, aku cakap, hamba yang hina ni pun Allah tolong.

Alhamdulilah perniagaan makin pulih, hutang hutang pun makin kurang, siap dapat diskaun dari bank jika langsaikan segera.

Selepas itu aku berpindah kerja lain, yang makin baik, iaitu yang sekarang ni, untuk kerja sekarang ni, aku tangung perbelanjaan mak sehingga 1500 sebulan, walaupun gaji kecil, tapi aku tak tahu mana datang duit duit ni, sebab aku dah janji dengan Allah yang aku tak nak catur duit.

Rasa nak makan, aku makan je, rasa nak beli, aku beli je, sebab aku tahu Allah ada. Sepanjang aku kerja ni pun aku tetap balik tengok mak setiap minggu tanpa miss, walaupun jauh 200km sekali pun, aku sanggup balik hari demi mak.

Bermula la aku kerja sini, perniagaan baru mula memutik, bayangkan aku dapat banyak projek dari luar, berpusu pusu orang nak ambil aku, aku tetap ambil dan susun jadual kerja betul betul, masa ni aku ada 2 syarikat sendiri, tapi tetap berkerja dengan orang.

Penat tu, memang penat, kadang kadang nangis sendiri. Alhamdulilah Allah cukupkan semuanya hingga la sekarang aku ada invest 3 rumah sewa. Tapi rumah sendiri tak beli beli.. Hehe…

Tips hidup,

1. Mulia kan mak.

2. Jangan catu duit (rasa nak makan, beli je)

3. Banyakkan sedekah.

4. Hablum minAllah wa hablum minannas (jaga 2 ni)

(dulu aku introvet, tapi aku ubah diri aku jadi extrovet demi kurang kan kesunyiaan, dari sini la aku dapat banyak kenalan dan projek).

Dark Site Aku Pertama.

Ye.. Aku ada dark site aku, aku tak kawin sampai sekarang, bercinta 7 tahun, bila cuba nak kawin, Allah akan uji macam-macam, akhirnya aku lepaskan ex pertama aku.

Lepas setahun aku cuba lagi bercinta dan bertahan 3 tahun, bila mencuba untuk planing untuk berkawin, mak pula hidap stroke ke 2, masa ni agak teruk sikit, tak boleh makan dan bergantung pada susu..

Ex ke dua give up, dan aku juga give up, akhirnya kami buat haluan masing masing sebab aku sendiri kesian dekat dia tunggu aku.

Sehingga sekarang aku masih lagi mencari. Hari hari aku doa pada Allah, ketemukan aku jodoh yang boleh meramaikan umat muhammad. Tapi tak kunjung tiba.

Dark Site Aku Kedua.

Aku agak berperwatakan lembut sedikit, lebih kurang 10% tu ada, atas sebab aku carring, dan manja dengan semua orang.

Dari sini sememangnya aku akan difitnah oleh orang ramai, lagi lagi tak kawin, katanya tak ada nafsu pada perempuan, tapi aku pekak kan telingga, cuma kadang kala aku sendiri tak tahan.

Dark Site Ke Tiga.

Aku tak tahu kenapa aku tak boleh duduk diam macam orang lain, pantang ada masa free, mesti buat kerja yang boleh datangkan duit, sampaikan ex aku semua bosan dengan aku, sebab asyik kerje kerja kerja..

Aku tahu duit tak boleh bawa mati, tapi sikap bodoh aku ni tak boleh berhenti, bila free sikit je, mula buat live tiktok, bila free je, buka laptop buat projek, Allahu, aku ni kenal ramai perempuan, rasanya sebulan dua je yang die orang lekat, lepastu lari, dua ex aku ni je la tahan dengan perangai aku.

Mak aku pun selalu cakap, cukup cukup la tu dik, bawak la rehat, esok hidup lagi.. Ehh kerja lagi sampai 3 pagi. Kenapa aku tak macam lelaki lain boleh main games dan sebagainye.

Dark Site Ke 4

Korang rasa aku ni kejam ke?, sebab tak nak lepaskan mak aku pada Allah, sebab hari hari aku doa pada Allah supaya mak aku panjang umur, walaupun mak aku terbaring je, tapi aku sanggup dan nak sangat mak aku hidup lama lama.

Aku sanggup, hingga aku janji dengan Allah, kalau andai aku tak mampu nak kawin, dari segi duit, keadilan dan kebahagian, aku sanggup beri laluan pada ibu aku dulu, semata mata nak mak aku ada depan mata aku.

Ramai orang cakap, kesian dekat mak kau, kau tahan dia macam tu. Tapi berat menyatakan aku memang tak rela untuk lepaskan mak aku.

Apa apa pun doa kan mak aku sihat dan panjang umur, sebab aku tak puas lagi nak tukar kan pempers mak, bersihkan najis mak, mandikan mak, tanggung mak dan sebagainya. Dan aku rasa tak sampai 1 persen pun aku balas jasa mak aku.

– Am (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *