Rezeki Masing-masing

Assalammualaikum. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.

saya merupakan graduan yg masih struggle mencari pekerjaan. Sebelum hbs blajar saya dh start mohon kerja. Habis je peperiksaan akhir saya terus di telefon untuk hadir interview di kuala lumpur saya tinggal di utara tanah air. Saya terpaksa menumpang dirumah kawan. Selepas habis interview, dukacita dimaklumkan saya gagal interview tersebut.

Selepas beberapa lama saya dapat interview lagi di kuala lumpur jugak dan pada masa yang sama saya menghadiri interview terbuka yang kebetulan diadakan pada hari yang sama. Sekali lagi saya menumpang di rmah kawan. Tapi malangnya saya masih gagal.

Ibu dan ayah saya pun kurang sihat disebabkan faktor umur. Terutama ibu saya yang mempunyai penyakit. saya pula masih struggle utk cari pekerjaan. Saya sekali lagi dapat tawaran interview kerja tapi masih lagi gagal.

Give up. Pernah rasa give up. Interview pergi semua gagal. Resume dah bnyak hantar. Tapi belum ad rezeki untuk saya.

Saya ada juga buat dropship untuk tambah duit tapi dengan ekonomi sekarang bussiness pun x brapa jalan.

Kadang2 saya teringat akan janji saya kepada ibu dan bapa saya lepas habis belajar saya nak trus cari keja untuk sara keluarga kami tapi sampai sekarang saya masih tidak mampu. Saya sentiasa berdoa agar saya dapat mengubah masa depan keluarga saya. Saya tidak mahu lagi melihat ibu bapa saya bersusah payah bekerja untuk kami sekeluarga.

Kadang2 saya berasa takut jika saya tidak sempat membalas jasa mereka. Saya sentiasa berdoa agar mereka dipanjangkan umur dan saya diberi peluang untuk menyara mereka.

Setiap orang dah dikurniakan rezeki. Saya yakin degan rezeki masing2. Saya harap para pembaca di IIUM ini dapat mendoakan saya agat segera mendapat pekerjaan dan dapat menyara kedua orang tua saya.

Terima kasih.

– Ika

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit