Assalamualaikum, dan selamat hari raya maaf zahir dan batin. First, aku nak ucap terima kasih admin publish cite aku. Kat sini nak bgtau awal-awal yang aku bukan jenis pandai sangat guna bahasa melayu dengan hebat macam confessors yang lain. Bab mengira bab akaun aku tau. Mana nak suruh aku buat akaun@audit ke apa boleh tinggal no fon.hehe *gurau raya*
Staright to the point, aku ni taktau nak kata apa, bila dengan kawan-kawan aku susah nak terasa kadang dorg kata gajah badak pon aku tak kesah tapi bila dengan family aku, hurm cepat terasa even benda kecik. Walhal, benda tu tak besar tapi bagi aku macam benda tu besar kapal terbang. Okay, ketepikan hal ni. Berbalik pada tajuk.
Sejak aku kerja memasing sibuk suruh aku kerja goverment, yelah aku kerja swasta je. Gaji pon cukup-cukup makan. Apa yang aku nak marah kat abang2&kakak2 aku ni, dorang tu time aku menganggur selama 6bulan takde pon bunyi nak tolong carikan kerja ke apa dah sibuk kata sana koaong sini kosong alih-alih sembang. Apa kau rasa bila kau dah dapat kerja kau nak ikot course kau last-last orang suruh berhenti kerja tu cari kerja yang gaji sesuai sikit. Kau rasa????
Yes! Memang aku nak marah tapi aku tak luah sebab apa? Aku adik bongsu still rasa hormat kat dorang. Kalau takde hormat dah lama gaduh kami adik bradik. Aku jenis cepat panas dan cepat sejuk. Ingat senang ke nak dapat kerja yang ikot course masa study. Berapa ramai manusia yg lepas diploma @ degree kerja tak ikot course? Family aku tu jenis pandang gaji. Kau gaji tinggi di agungkan kau gaji rendah dihina, diperlekeh. Apa kau rasa bila gaji kau sikit tapi dihina? Ya, marah, sedih, macam-macam rasa.
Aku dihina depan family sendiri. Yelah gaji dorg tinggi. 3x ganda dari aku. Ni kan zaman najib mesti lah kena hina dengan gaji tak seberapa tu. Tapi takpe aku syukur. Allah sedang uji aku dengan nikmat dia bagi. Alhamdulillah even gaji aku sikit, tapi aku tak pernah miss bagi duit bulanan untuk mak ayah aku. Tapi dorg? Hina kerja aku hina gaji aku. Sedih wei sedih. Aku ni bukan nak kata berdikari sangat tapi sejak aku belajar aku tak pernah minta duit dengan mak ayah aku. Malah, aku hulur sikit guna duit MARA(loan) dan aku tak pernah minta tolong adik beradik aku nak duit ke apa. Nak harap kan dorg tolong? Hump tanya khabar pon tidak.
Masa aku dihina pasal gaji aku, sorang pon takde backup. Bahkan mak ayah aku. Apa kau rasa bila adik beradik sendiri buat kau macam tu? Tapi aku senyap. Sebab apa mak ayah aku ada, still ada rasa hormat. Biarlah dorang nak hina nak mengata gaji aku sikit. Tapi takpe aku bangkit dari dihin tu dan Insyaallah, bulan July aku buka bisnes, doakan aku ye. Sebab tu taknak kerja gov, susah nak buka bisnes atas nama sendiri nak2 sdn bhd lagi ler(kalau salah betulkan) aku tau pun dengar- dengar juga tak study lagi bab-bab buka bisnes kalau kerja gov. Okay, takde kaitan pon saja nak share. So ini sahaja aku nak share kesedihan aku untuk raya kedua ni. Sudah la demam. Gambar selfie raya pon takdak, dikecam pula hal gaji. Hurm.
So mana yang ada adik tau sesiapa sahaja yang gaji rendah dari kita jangan sesekali hina gaji @ kerja dia. Gaji yang kita dapat tu belum tentu lagi jamin keberkatan. Ingat, Allah boleh tarik bila-bila masa je nikmat gaji tinggi. Kalau ada adik bantu lah, kalau bukan adik bradik sape lagi nak tolong? Percaya pada Allah yang tetapkan rezeki setiap hamba Nya sejak dalam kandungan lagi. Dan tertulis kat luh mahfuz. Jangan sesekali kita hina rezeki orang. Sebab kita taktau future kita macam mana.
Korang jangan kecam penulisan aku. Aku memang fail bab-bab karangan BM ni. Kalau tak paham cerita aku jangan marah okay. Yang paham terima kasih. Nanti datang lah rumah beraya haha. So selamat hari raya maaf zahir & batin. Jangan makan yang berkolestrol tinggi ya.
-cahaya pembukaan
– cahaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit