Assalamualaikum. Dulu aku pernah kerja company kecik, tapi membangun. Ada je masalah. Yelah company kecik, tapi banyak client. Employees tak ramai sangat. Sorang kena cover banyak task. Tak kisah lah kan, more experience gained.
Paling tak tahan kerja situ is melayu 90%. And yeah sadly typical malay problems. Takyah cerita lah apa masalah melayu, kang kata aibkan kaum plak.
Aku rasa tak berkembang otak duduk dalam kelompok typical mindset melayu. Aku nak lari dari stereotype. Aku resign.
Aku cari rezeki tempat lain. Doa aku, aku dapat kerja employees banyak kaum. Less, almost none malay is the best.
Alhamdulillah. Allah kabulkan doa aku. Aku dapat kerja international company. Thousands of employees and seramai manusia dalam office tu, melayu cukup kira dengan jari.
Aku suka, aku enjoy sangat. And alhamdulillah team aku semua best, really open. Masing-masing terima agama and culture semua orang. Sampai boleh joking around pasal being racist, which they are totally not.
Kalau keluar lepak, they even take into account waktu solat aku. Ajak makan tempat yang aku boleh makan.
Diorang sangat baik, jaga aku sungguh-sungguh. Tak bagi aku dekat dengan diorang pun kalau diorang rasa benda tu tak halal untuk aku.
Masalah sekarang. Less malay means less muslim.
Yep memang they make sure aku boleh makan. Tapi tak semestinya tempat tu ada halal jakim. “No pork, no lard” they considered it as halal.
Kalau ada event, they’ll cater food served dari restaurant macam chilis, ben’s, tgif. Yang jakim tak bagi halal sebab they served alcohol. Aku makan, tapi syubhah tu ada. Aku check online setiap restaurant yang cater food tu. Dah agak-agak yakin baru aku makan.
Event banyak. Almost sebulan sekali. And setiap kali event, mesti ada minum. Segala jenis arak ada. Free flow. Minum sampai muntah. Atas meja sentiasa ada arak, jadi part of decoration. Meja diorang, bukan meja aku.
Baru-baru ni, company dinner. Sampai je tempat event, bau arak tu dari parking pun boleh sampai. Aku dengan gang melayu yang ciput tu datang semata nak tunjuk muka kat boss, makan then blah.
And as expected, semua benda “cheers!”. Waiter serve makanan almost semua melayu. Aku pelik. Boleh ke diorang ni kerja serve arak. Setiap waiter yang nampak aku, offer aku air “sparkling” berry. Katanya sparkling. Colleagues aku yakinkan aku no alcohol.
Aku sip sikit. Lepas sip baru terfikir ya Allah cawan ni diorang guna serve arak. Taktau lah psychology ke apa tapi kepala aku terus pening. Terus takde mood nak enjoy event. Aku tak minum pape dah selain bottled mineral water. Aku balik awal, kejar solat maghrib.
Lepas kejadian tu macam macam aku fikir. Taktau lah over think or Allah nak buka mata buka hati aku.
Soalan aku sekarang.
1. Antara client company gab and heineken. Nothing to do with manufacturing, only marketing. Aku tak handle project tu. Halal ke duit aku kerja situ?
2. One of big bosses, american, baru convert. Kat office nampak dia solat, puasa. Sadly masa event dia minum jugak. Apa aku kena buat? Memang nak tegur, tapi mcm mana?
3. Berdosa ke aku pegi event office yang terang bersuluh arak bersepah? Event bukan untuk minum, tapi minum tu wajib ada.
Moga ada penerangan untuk aku..
– Melayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hadis tentang arak, terutamanya yang berkaitan dengan perkara syubhah (keraguan), menekankan larangan dan laknat terhadap pelbagai aspek yang berkaitan dengan arak. Rasulullah SAW melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, termasuk pemerah anggur, peminum, pembawa, penjual, dan lain-lain. Ini menunjukkan betapa kerasnya Islam dalam mengharamkan arak dan segala yang berkaitan dengannya.
Berikut adalah beberapa poin penting mengenai hadis-hadis tentang arak:
Laknat Rasulullah SAW:
Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik menyebutkan laknat Rasulullah SAW terhadap sepuluh golongan yang terlibat dalam arak.
Larangan membantu dalam kemaksiatan:
Hadis ini juga menggarisbawahi larangan untuk bekerjasama dalam dosa dan permusuhan, termasuk dalam hal arak.
Menjauhi perkara syubhah:
Islam menganjurkan umatnya untuk menjauhi perkara-perkara yang meragukan (syubhah) kerana ia boleh membawa kepada perkara yang haram.