Rezeki Membaca Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum dan hi semua. Aku nak cerita tentang rezeki bila kau baca surah al-waqiah. Ye laaa kadang kita ni tak perasan nikmat Allah bagi tu. Sebenarnya Allah bagi bermacam nikmat cumanya kita je tak reti nilai nikmat tu. Tapi apa2 pun nilai sebenar berada dekat negeri sembilan. Ok ok back to the topic.

Sabtu lepas aku dan kawan aku bercadang nak buat surprise birthday lagi sorang kawan aku ni. Kitaorang ni jenis suka explore tempat baru macam tempat fancy-fancy gitu. Sebelum kejadian, aku dengan kawan baik aku ni kira ni semua total cost. Ye laa nak makan kedai mewah engko kena laa cukup jugak duit.

Aku ni jenis suka call and tanya sendiri berapa cost and all charge for the decoration. The supervisor explained and gave all the cost. So aku dengan kawan aku ni pun decide and make sure kitaorang bajet sorang akan keluarkan duit dalam RM150. So duorang nak cover cost makan dalam RM300 la paling mahal dah tu bajet kitaorang.

Mana taknya bajet sampai RM300. Kau tahu tema kitaorang nak blackpink sebab si birthday person suka blackpink. Aku pun tak paham kenapa dah tua layan blackpink. Eh habis kang kpopers serang aku ni. Hehe.

Sampai la hari kejadian. Nak tahu aku gerak dari rumah pukul berapa? Ha pukul 6.40 pagi engkorang tahu. Sebabnya nak shoot inner kawan aku ni. Shoot pepagi senang sebab ktrng nak dapat lighting free. Ye la baru la on point gitu. Dasar picisan dalam photography. Dia niaga inner tudung tu.

Lepas solat subuh, aku ni kadang-kadang je rajin baca surah waqiah tu. Tak tahu kenapa haritu rajin pulak. Lepas siap solat semua aku pun gerak seperti ditulis diatas pukul 640 pagi. Alhamdulillah perjalanan semua smooth. Shoot inner kawan aku pun smooth. Lighting Allah bagi pun alhamdulillah cahaya ok. Lepas siap semua kitaorang pun gerak ke cafe tu. Sampai je aku dan dua orang kawan ni mulut tak lekang sebut “ya allah cantiknya cafe ni”. Ye la weh batak first time kan. Bukan setakat birthday girl teruja. Dengan aku sekali rasa jakun.

Kitaorang pun order laa makanan dia seperti aku bincang dengan kawan aku. Tengok coffee belgium aku nak cuba jugak dengan harga RM20 satu coffee je. Aku rasa ok la tu buat first time rasa. Order makanan memacam ni. Dah habis semua aku pun nak bayar laa. Ceh berbekalkan duit yang ada dalam bank tu. Aku memang bajet RM300 ni siap decoration and surprise kek bagai. Sekali dia keluarkan bill cuma RM140. Kengkwn aku dah masok kereta sebab aku cakap guna duit aku dulu. Nanti divide la.

Aku tercengang lepas bayar dan muka terkejut. Aku masok kereta cakap kat kengkwn aku. All the cost cuma RM140. Kawan aku suruh masok balik tanya decoration and surprise cost dia tak charge ke. Aku pun masok balik tanya laa staff dia. The supervisor said no need to pay. Aku cakap sebab apa. Dia kata takde sebab. Aku beriye nak bayar. Dia tolak. Dia kata takpe. So aku pikir ni lagi rezeki Allah bagi.

Balik tu aku termenung, kenapa murah sangat rezeki harini. Aku recall balik oh yaa aku baca surah waqiah lepas subuh pagi tadi. Terus aku rasa,banyak Allah bagi rezeki dan nikmat yang mana kita sendiri tak sedar. Alhamdulillah sangat murah rezeki aku haritu. Jadi aku share ni supaya korang boleh amalkan surah waqiah tu. Betol la selama aku memang amalkan cuma aku tak sedar rezeki Allah bagi. Tapi haritu memang banyak la Allah bagi rezeki. Alhamdulillah.

– DariDapurJera

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *