Rezeki Orang Tak Sama Dengan Kita

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia, salam bajet 2018 .

Aku graduan lepasan ijazah sarjana muda dengan kepujian kimia. Semalam aku ada baca cik yang meluahkan rasa dipandang rendah kerana hanya mempunyai diploma.

Cerita aku, cuma utk mengajak pembaca sama2 fikir kelebihan dalam hidup kita. Aku belajar 5 tahun di universiti melintas lautan utk mendapatkan segulung ijazah selepas habis asasi di U yg sama. Lepas SPM, tak ramai kenalan aku yang dapat asasi. Boleh dikira bilangannya. Rasa sangat gembira dan seolah-olah insan terpilih sangat menebal dalam sanubariku. Kebanyakan kenalan aku, menyambung pengajian ke diploma atau STPM.

Selepas mereka tamat Diploma hampir kesemua mereka terus mencari pekerjaan. Ada yang menjadi bissnesman, ada yang kerja di pejabat dan sebagainya. Setiap masa group wassap ‘EX kelas ‘ akan ada berita2 yang menggembirakan. Masing2 bergambar di kereta2 jenama, bergambar ketika bershopping di kedai2 ternama, makan angin, bergambar dengan rumah baru dan sebagainya.

Sedangkan aku, masih terkial3 habiskan ijazah. Ade sesetengah mereka seolah-olah memerli aku dengan menyatakan ayat yang kurang senang ditelinga seperti ‘ cantik, lamanya belajar, nak jadi profesor ke’, ‘bosan la kau ni cantik, belajar x habis2’, ‘ x suporting la cantik ni, nk ajak holiday pon sush’. Aku belajar merentas lautan , dengan tiket flight lagi. Takkan aku nak pulang tiap2 mnggu pula. Ada juga terdetik rasa mnyesal dengan tindakan aku. “Kalau la aku belajar macam mereka. Mesti senang”

Bulan 7 , tamat sudah pengajian aku di U. Aku masih sibuk mengisi borang2 untuk mencari pekerjaan. Masih ada sindiran yang diterima dari segenap manusia kecuali keluarga aku. Ada yang berkata “penat belajar lama2 xde keja”. “Cantik, tgok aku ni , belajar sekejap je dah ade keta H sebijik”. Dan aku hanya senyum.

Ada juga rakan2 seperjuangan ketika degree akan menyambung pengajian ke peringkat master. Ade yang bekerja jauh dari keluarga. Sedangkan aku, hanya akan kerja berdekatan keluarga. Ada yang menyatakan aku anak mak. Anak manja. Ayah telah meninggal ketika aku menduduki spm. Sejak itu, kami adik beradik hanya ada ibu sbgai tempat bermanja. Abg2 ku terpaksa berkerja jauh dri rumah ku kerana mereka berdua telah dinaikkan pangkat dan telah bekeluarga. Adikku bakal melanjutkan pengajian pada tahun hadapan.

Hanya aku, yang boleh menemani ibu. Ibuku seorang guru. Walaupon ibu sering nasihatkn aku supaya aku pergi kerja jauh drinya. Namun, aku sedar, jauh disudut hatinya ibu akn kesunyian. Setiap masa aku pujuk hatiku untuk ingt dan sedar bahwa rezki dari Nya. Aku hantar resume ke kilang2 berdekatan dan akhirya aku telah diterima utk menjadi kerani di kilang berdekatan dengan rumah. Ya. Hanya kerani, tidak mengapa. Aku yakin Allah sudah tetapkan yang tebaik untuk hambanya. Tugas aku hanya doa, usaha, tawakal dan doa.

Kepada cik confessor yang lepas, nasihat aku hanyalah kita lihat setiap kekurangan kita sebagai kelebihan. Dan kelebihan orang lain sebgai inspirasi. Dan setiap kata hinaan atau pandangan sinis sebagai semangat. Bersyukur atas rezki kita, senyum atas nikmat yang diberi sabar atas kekurangan yang kita hadapi.

Ps: tak sabar nak kerja

Aku CHEMIST CANTIK *-*

– Chemist cantik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit