Rezeki Pasti Ada

Aku farah. Ada 3 orang adik beradik dan aku anak bongsu. 2 orang abang2 aku dah bekerjaya. Sorang lawyer, sorang doktor. Aku? Penggangur berjaya. Hahaha

Aku graduan dalam jurusan kejuruteraan dpd universiti awam. Aku tahu dekat luar sana ramai senasib dengan aku. Ada jugak yg diberi rezeki awal. Setahun grad dah punya harta kerata dn sebagainya. Aku cuma nak share dengan korang pengalaman dan jerit perih selama setahun aku cari kerja ni. Aku tahu kt luar sana mungkin ada pengalaman yg lagi mencabar dn lagi lama nak dpt kerja tetap. Tapi aku taknk compare aku cuma nak share je tau.

Okay kita mula cerita. Lepas sebulan grad Alhamdullilah aku dpt kerja. Walaupun kerja yg bukan diidamkan bukan jugak berjawatan sebgai engineer tp aku tak kesah. 2k dalam tangan sebulan dah buat aku rasa bersyukur sangat2. Bg aku ni baby step untuk berjaya lah. Slow2 belajar, mak aku cakap.

Panas sangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Ecehh.haha. Company buat hal tk bayar gaji. Dengan terhormatnya aku undur diri. Nak bayar duit sewa rumah pkai daun ke apa klu takda gaji? haha. Lepas tu dengn hati yg lara aku pulangla balik rumah mak ayah aku. Start detik tu bermula lah drama melayu. Korang pahamkan apa tanggapan manusia2 sekeliling terhadap aku.berhuhu aku dengar hari2..huhu

Sebulan dua aku wat tak tahu jugk apa depa cakap. Untuk pengetahuan korang,dua bulan sebelum ak berhnti ak dh dpt hidu something wrong dgn company aku. Jadinya 2 bulan sebelum tu dengan gigihnya aku print banyak2 resume+cover letter dan drop merata kawasan2 perindustrian. Jujur aku cakap adalah dalam 80 helai resume aku hntr kt 3 buah negeri. Tak termasuk lg apply online. Aku ada jugak attend kursus cara tulis resume, cara interview semua2 tu aku ada pergi. Alhamdullilah dari 80 helai resume ak distribute tu, 5 company je pgil. Takpe2 rezeki ada jugak tuhan bagi tu. Syukur. Klu yg online ada jugak call pnggil interview. Aku pn dgn rendah hati aku pergi attend semua interview. Jauh dekat semua aku pergi. Tapi Allah uji sikit, semua interview aku pergi ada yg lepas stage 2 ada yg tk dapat cecah stage 2 pun. Haha hadoi farah farah. Pendek kata semua aku tak dapat.

Aku duk rumah bukan goyang kaki je ya. Aku buat private home tutor dari rumah ke rumah. Dalam masa yg sama aku attend jugak kelas dgn cikgu yg otai2 yg marking paper. Yela marking scheme dulu dgn sekarang mana sama. Sambil2 tu tetap jugak cari kerja. Mulut2 orang sekeliling tetap jugak duk bunyi2. Tak hbes2 compare aku dengan abang2 aku. Aku sebenarnya jeles tgok abang2 aku mampu bg mak ayah aku mcm2. Tiap kali gaji je keluar handbag sebiji untk mak, wallet sebijik untuk ayah. Jauh dari sudut hati aku, aku nak jugak buat semua tu.

Minggu lepas aku attend interview. 2 kali intetview + test. Aku lulus semua. Depa dah call inform aku dapat kerja. Ya Allah excited nya aku haritu. Tak berhenti mulut aku sebut Alhamdullilah selepas berkali2 percubaan nak dapat kerja, kali ni aku dapat jugak. Aku senyum manjang hritu. Pg ngajar pun student tak siap kerja aku bg peluang lagi.klu tak semua student tk siap kerja dh kena denda. hahah. punya happynya aku haritu.

Tak lama lagi sekali aku diuji. Seminggu lepas tu aku call nk sure kan tarikh start kerja. Korang tahu tak depa cakap apa kt aku.

“maaf permohonan awak tak berjaya”.

Aku terduduk sekejap lepas dia cakap mcam tu. Aku tanya balik “kenapa saya buat salah apa, haritu cakap sy dah lulus semua kan? ”
HR relax je balas “saya tk tahu,manager yg cakap awk tak lepas. Maaf ya”

Lepas aku dengar tu aku macam speechless tak tahu nak cakap apa lagi. Aku tak tahu nak bg alasan apa dekat mak dan ayah aku. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Rumah sewa semua dh cari. Tinggal nak pindah je. Allah uji aku lagi, aku bisik kat diri aku sendri. Mengalir air mata aku time tu jugak tengah2 orang weh.haha

Benda yg aku share ni baru je terjadi semalam. Sekarang pun aku still rasa down skit lagi. Mak ayah aku tak tahu lagi cerita ni. Kalau tahu mesti diorang pun kecewa.

Aku doakan korang semua yg senasib dengan aku berjaya jugak 1 hari nanti. Doakan aku jugak berjaya dapat kerja sebab aku tak sabar sangat2 nak balas jasa mak ayah aku. Bukan nak cakap kerja sekarang tak mampu balas,tapi duit gaji ak sekarang mak ayah aku taknk terima langsung sebab tkut aku tak ada duit nanti. Aku sebgai anak pun mesti nak bg something jugak mcam abang2 aku buat. Tambah pulak mak ayah aku dah pencen. Selain dpd kerja tu tjuan nak kumpul harta, duit tu aku nk senangkan orang2 sekeliling aku jugak terutama mak dan ayah.

Doakan aku guys.
Lap air mata lagi. Huhu

– Farah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit