Rezeki Pointer 2.75

Tahun 2016 tahap ekonomi negara sekarang tidak begitu kukuh bahkan banyak majikan yang membuang pekerja mereka lagi-lagi dalam “oil and gas”.Aku yang “fresh graduate” dalam bidang chemical engineering ni memang risaulah pasal pekerjaan ni sebab aku bukan dari keluarga yang senang.
Aku nak dapatkan kerja secepat mungkin sebab nak tolong family aku.

Lepas aku tamatkan pengajian bulan september maka bermulah misi aku sebagai “job hunter” dengan berbekalkan cgpa aku 2.75.Aku habis belajar lambat 2 bulan dari kawan-kawan aku yang lain sebab aku ada gagal satu paper maka aku terpaksa ambil supplement paper untuk dapat konvo dengan kawan-kawan yang lain.Kalau aku tak ambil supplement paper tu aku terpaksa extend.Sedih jgak la bila aku tahu yang aku fail satu paper.Allah je yang tau perasaan aku masa tu sebab aku rasa dah hancurkan harapan mak abah aku dikampung.

Lepas aku habiskan supplement paper ni aku pun tawakal dengan berharap kali ni aku lulus.Sambil nak tunggu result supplement paper tu aku pun cari kerja dan alhamdulillah aku dapat kerja disebuah syarikat pembangunan walaupun lari bidang dengan apa yang aku belajar.

Aku bersyukur sangat sebab ada kawan aku yang habis awal dan pointer mereka lebih tinggi daripada aku masih belum dapat pekerjaan.Mungkin belum rezeki mereka tapi percayalah rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita cuma cepat atau lambat je.Jangan mudah putus asa bila hadapi kegagalan sesuatu benda.Aku terus terang cakap banyak subjek yang aku gagal masa di universiti rupanya ada hikmah Allah nak ajarkan aku supaya tak mudah putus asa.

Benda yang utama aku nak kongsi kat sini korang janganlah tiru dalam test atau exam sebab tak berkat nanti apa yang korang belajar.Ada je kawan aku cakap tak apa tiru dalam test nanti masa final kita buat betul-betul sebab ramai je buat macam tu.Berkat ni bukan nampak dalam masa yang terdekat tapi kau akan nampak pada masa akan datang.Mereka yang cakap macam tu kat aku dulu sekarang masih mencari kerja lagi.

Semoga mereka yang cakap macam tu kat aku dulu dimurahkan rezeki mereka dapat pekerjaan.ameen!!akhir sekali aku nak cakap berkat ni penting sebab kita nak cari kerja guna cgpa yang kita dapat masa belajar kat universiti.Hasil cgpa itu lah kita dapat kerja dan duit gaji bulan-bulan kita dapat tu lah nak bagi kat family.Korang rasa halal ke haram?kita dah besar kan mahasiswa kot mesti korang pun tau apa jawapannya.

Yang mana terlanjur buat tu pengampunan Allah tu maha luas maka bermohonlah keampunan kepada yang Maha Pengampun.Lepas ni korang yang mana pernah buat tu jangan buat lagi eh.
Sekian daripada hamba yang penuh dengan kekurangan ini.Assalamualaikum

– Mohd

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit