Assalamualaikum semua warga IIUMC. Hope confession aku ini disiarkan.
Rezeki..rezeki tak pernah salah tuan. Cuma lambat or cepat je. Begitu juga kisahku, aku telah mendapat satu rezeki yang cukup berharga tetapi aku juga tidak mendapat satu rezeki yang lain. Mungkin disini ada hikmah nya. Tuhan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak. Yup tepat sekali, mungkin aku kena redha dengan pemberian rezeki ini. Rezeki yang aku maksudkan adalah rezeki rumah. Alhamdulillah aku telah mendapat rezeki rumah. Rumah sendiri yang telah sekian lama kami berusaha untuk mendapatkannya yang diduduki bersama-sama suami, dan anak. Berkat kesabaran juga rezeki ini datang pada masa yang tepat.
Rumah ini baru sahaja kami duduki kerana baru siap diubahsuai. Sesungguhnya aku sangat lah gembira walaupun penat mengemas dan perlu mengemas kedua-dua rumah (rumah lama dan rumah baru). Perasaan gembira itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, macam tak percaya yang akan ada rumah sendiri. Dulu tak terfikir pun dengan semua ini, tapi bila dah ada rasa macam nak beli rumah lagi untuk parents plak. Semoga adalah rezeki aku untuk membeli rumah untuk parents aku nanti. InsyaALLAH.
Dan rezeki yang aku tak dapat adalah rezeki kenaikkan gaji. Aku tetap bersyukur kerana masih ada pekerjaan. Mungkin Tuhan telah memberikan rezeki rumah padaku tetapi rezeki gaji Tuhan tidak memberikan lagi padaku. Aku redha kerana kita tak boleh tamak dalam mendapatkan rezeki yang baik. Tipu lah kalau aku tak sedih tapi aku terima kenyataan ini dan menganggap rezeki lain bakal tiba nanti, cuma lambat or cepat je. Cuma sabar or tidak je.
Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti. Kalau kita sanggup bersabar dengan setiap dugaanNYA pasti akan ada sesuatu yang indah akan hadir dalam hidup kita.
Sekian.
H
– H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit