Assalammualaikum sebenarnya dah lama nak berkongsi suatu kisah yang betul2 menjadi pengalaman berharga dalam hidup kami suami isteri.. Ini kisah benar ya teman2, kejadian ni terjadi seminggu sebelum bulan ramadhan.
Sebelum tu aku cerita sedikit tentang siapa aku. Aku seorang isteri anak 2, dah berkawin hampir 13 tahun dulu bekerja tapi sejak pkp tempoh hari suami suruh aku stop sebab masa tu ada masalah yang tak boleh nak dielakkan.
Suami pula kerja penjawat awam tapi macam biasa la ada masa tak cukup juga nak bayar itu ini kalau sorang je bekerja. Tapi aku perasan juga kalau dulu2 aku bekerja pun tetap ada tak cukup juga keperluan.
Diringkaskan cerita sebab aku tak suka nak berpusing2 so kita straight forward. Seminggu sebelum bulan ramadhan haritu kami suami isteri duduk semeja dan memang rutin tiap bulan kami akan berbincang duit komitmen bulanan kami.
Tugas aku sebagai isteri asingkan setiap duit gaji suami untuk bayar setiap komitmen termasuk la simpanan anak2. Bila hujung2 tu balance tolak itu ini mesti sesak nafas juga aku tengok baki tu. Paras hidung. Silap langkah memang lemas terus.
Aku pulak sejenis manusia yang tak suka meminjam duit orang kalau ada masalah, aku cuba elakkan.
Suami meminjam ke adik beradik dia la kalau dah terdesak sangat tapi sikap dia aku puji sebab dia akan ganti setiap duit yang dipinjam sebab itu adik beradik dia pun tak berkira tapi aku tetap tak suka sebab aku tak suka perspektif suka meminjam tu.
Sebab setiap orang ada struggle nya sendiri, mungkin adik beradik dia pun perlukan duit. Malam tu suami listkan setiap keperluan dan komitmen yang perlu dibayar untuk bulan depannya. Terperanjat aku.. Hampir 5 ribu.
Semuanya datang sekaligus insurans roadtax kereta, service kereta untuk balik raya, banyak lagi keperluan dan komitmen yang perlu diselesaikan dalam sebulan tu. Mesti ada yang kata kenapa tak menyimpan sedikit demi sedikit setiap bulan.
Bukan kami tak cuba menyimpan tapi bila menyimpan terpaksa keluarkan bila selesaikan hal lain seperti tiba2 bateri kereta rosak, tayar bocor, anak2 tak sihat,
Dan banyak lagi seperti suami kena pergi kursus memerlukan duit jadinya duit yang disimpan tu terpaksa la keluarkan untuk cover balik hal2 emergency ni. Terpaksa berlapang dada dan mengharapkan agar ada la duit rezeki lain nanti.
Suami sangat possitive dia akan cakap nanti ada la rezeki lain tu, dia memang rajin bantu uruskan hal rumah tangga, balik kerja perkara pertama dia akan buat lepas masuk dalam rumah sebelum mandi dia akan buang sampah dapur dulu.
Tiap hari itulah rutin dia kecuali dia keluar negeri kerja aku la uruskan. Anak2 dia mandikan kalau aku tak sempat mandikan, hal makanan dia tak memilih, kalau aku tak masak sebab tak sempat dia akan masak dan kerja2 rumah banyak dia bantu.
Sebab itu anak lelaki kami yang sulong rajin mengemas sebab ikut perangai ayah dia. Hal ibadat pula, dulu2 aku rajin ajak dia paksa hafal surah al mulk dan waqiah. Jujur cakap aku ni datang dari family yang biasa2 sahaja baik hal ibadat ataupun apa sajalah…
Malas nak rungkaikan banyak dekat sini, tapi aku nekad bila aku dah berkahwin aku nk rumah tangga aku sangat berbeza dengan keluarga aku..
Jadinya solat jemaah tu selalu juga la kami buat walaupun asal2 dulu berat dan payah, pernah juga kami bergaduh isu solat jemaah je pun sebab dia suka solat sendiri2 lagipun suami pun bukan datang dari keluarga yang betul2 faham didikan agama.
Cuma aku boleh katakan suami ni walaupun dia beza tua usia hampir 7 tahun dari aku tapi dia jenis mudah dilentur. Tak mudah melenting, jadinya tiap malam dia baca la al waqiah dan al mulk kalau dia teringat.
Lagi satu sikap suami ni dia suka sangat cerita pasal rezeki dan cabutan bertuah. Mana2 pergi mesti dia kata kalau la kita dapat cabutan bertuah macam menang kereta ke kan seronok. Abang bagi sayang kereta tu tak pun kat jual dan abang bagi separuh duit kereta tu ke sayang.
Aku yang dengar ni selalu gelak dan aamiin kan jelah walaupun aku rasa peluang nak dapat tu tipis sebab aku ni dari kecik memang payah nak bertuah2 ni. Haha. Hidup suam2 kuku..
Berbalik kisah komitmen perlukan 5 ribu dalam sebulan.. Suami suka cerita pada aku setiap apa perlu buat dan bayaran supaya dia tak nak aku pertikaikan duit gaji dia kemana.
Malam tu 1 malam aku tak tidur sebab tolong fikirkan mana nak cari eh duit 5 ribu tu. Tak kan nak meminjam. Memang tidak laa.
Aku bagitau laki aku nk pajak emas ke. Sayang la gadaikan emas ni. Kita bukan sampai tak makan nak gadai2. Suami tanya ada tak bisness yang boleh kita buat tapi ada jaminan untung tapi bisness tu berkat dan halal..
Aku tertanya maksud dia apa. Dia pun tak faham. Disebabkan keriuhan anak2 ni.. Kami pun join la main dengan anak2 dan lupa kejap masalah kami tadi.
Esoknya jumaat bertepatan 3 hari lagi nak ramadhan, aku hantar anak aku sekolah pagi dan aku minta anak aku doakan supaya urusan dan rezeki kami sekeluarga diperluaskan.
Ok sini aku cerita kan point hidup kami berubah dan macam mana kami dapat 5 ribu duit dalam sekelip mata.
Sebelum tu ada seorang sahabat aku bagi tips dia kata kalau nak kaya atau berjaya selain dari kita sendiri berdoa, cuba suruh anak doakan sebab anak2 ni doa dia terus sampai ke Allah sbb mereka tiada dosa.
Kita ni orang dewasa banyak dosa jadi tapisan nak sampai doa tu makbul lambat..
Mulanya aku tak endahkan apa dia kata, tapi aku ajar anak aku doa. Dia doa aku dengar dan aku ajar cakap. Aku perasan setiap kali apa anak aku doakan dan aku aminkan mesti satu persatu doa dia makbul.
Kuasa doa itu. Aku pun berdoa juga tapi anak doa lagi Allah angkat.. Entahlah ni pendapat peribadi aku ke.
Malam2 aku doa juga aku selalu berangan juga. Aku ni kuat berangan nak itu ini.. Tapi ajaibnya cepat atau lambat mesti Allah makbulkan doa aku. Aku selalu fikir Allah itu maha baik. Walaupun kami dilanda ujian lain tapi tetap ada kebaikan lain Allah beri..
Berbalik kisah tadi, setiap kali hujan lebat mesti aku suruh anak aku doa. Aku ajar doa doa ku dengarkan dan aku aamiinkan.
Mula dia berat juga lama2 bila dah selalu paksa dia faham dah.. Bila hujan lebat je mesti dia kata mama doa makbul ketika hujan lebat kan. Kemudian, dua hari lepastu.
Suami dapat job partime bisness menjual makanan dan alangkah terkejutnya job ni sepanjang bulan ramadhan dan hasil menjual makanan tu hampir 5 ribu juga keuntungannya. Setiap malam aku temankan suami dan sehingga larut malam juga kami balik..
Barai mata ni sebab esok suami kerja dan aku perlu uruskan anak sekolah. Anak2 memang cukup masa 10 mlm tidur la dalam kereta sementara kami uruskan hal kami. Bila sampai rumah pukul 2 pagi anak pun sambung tidur dirumah suami angkat ke bilik tidur.
Kami tak pernah tinggalkan anak2 walau kami sibuk kemana2. Angkut sekali semua biar depan mata hati pun tenang. Bergaduh suami isteri seperti lain pandangan dan pendapat itu biasa. Tapi kami bergaduh teruk macam mana pun tak lama.
Pertama hari dapat keuntungan hampir RM200 satu malam aku rasa macam ya Allah bersyukur dan berbaloi sangat dengan kepenatan yang kami rasai.
Duit yang kami dapat tu kami susun elok elok selesaikan semua keperluan dan komitmen, beri mak ayah dan belanja keluarga makan,
Apa saja anak anak kami nak kami berikan dengan syarat kami tengok la sama ada mendatangkan manfaat ke tidak benda yang dia nak tu. Suami pun bukan jenis kedekut dia selalu kata duit ada ni semua rezeki.
Dalam tempoh tu aku rasa sangat bersyukur sebab semua masalah kewangan kami sekelip mata hilang walaupun sekadar melepaskan hutang komitmen,
Tapi tempoh masa raya tahun ni la paling bermakna boleh belanja mak ayah dengan senang hati, beri duit anak buah banyak sikit berbanding tahun lepas,
Tak mewah mana cukup la hati rasa lega dan tenang selepas raya dan anak anak naik sekolah. Pernah suatu ketika dalam bulan raya tu juga duit aku hilang sebanyak sekian sekian.
Aku berlapang dada walaupun sedih sangat sebab itu duit aku dah susun siap untuk beli sesuatu.. Tapi beberapa hari kemudian aku jumpa duit lain pula. Maksudnya orang beri aku duit. Alhamdullilah..
Suami aku suka berangan menang cabutan hadiah utama tapi aku suka cakap dengan dia jangan berharap sangat sebab Allah akan pilih insan mana yang sesuai dia berikan. Tapi suami cakap rezeki dan tuah kita mana tahu.
Suami suka baca kisah rezeki dan tuah orang menang mancing la, orang menang kereta la semua la dia suka baca dan ulang ulang baca, aku pun bila asyik dengar benda sama aku doa dalam hati jelah.
Tapi apa pun aku suka ingatkan doa anak ni memang makbul. Perniagaan tu pun dah habis sebab kontrak makanan hanya dalam bulan ramadhan dan suami dah mula sibuk dengan kursus semula sekarang.
Panjang sangat coretan aku ini pun berkali kali aku nak menaip tak selesai sebab banyak urusan. Aku doakan semoga semua manusia dapat rezeki banyak dan kalau dapat banyak rezeki korang boleh la belanja keluarga makan.
Tips kami keluar dari bebanan hutang pertama sangka baik dengan Allah, kedua berbincang suami isteri, ketiga minta anak doakan, doa selalu ketika hujan lebat,
Ke empat amalkan zikir jemput rezeki, kelima isteri selalu doa dan istghifar, terakhir sekali niat nak ada rezeki banyak untuk lepaskan segala hutang, hutang wajib bayar.
Jangan ambik jalan mudah buat personal loan atau pinjaman peribadi untuk hutang lama. Kalau ada kesempatan masa dan peluang aku akan kongsikan lagi tips macam mana nak jadi manusia yang sentiasa sangka baik dengan Allah.
– Bunga Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kehidupan penuh rintangan dan dugaan untuk ditempuhi..