Assalamualaikum wbt semua.
Perkenalkan saya Manja. Nama je Manja tapi tak manja pun, haha. Umur pun dah tua, awal 40-an gitu. Saja lah hari ni aku nak share dengan korang sebab aku tak tahu nak share dengan siapa.
Cerita dia, mak ayah aku dan mak ayah suami ni masing-masing umur dah tua. Sepanjang tahun ni, mereka semua dah sibuk bahagi-bahagikan harta pusaka pada anak masing-masing.
Suami aku ni anak tengah. Aku pun anak tengah. Aku ni adik-beradik ramai, 9 orang. Suami aku lebih kurang la, 6 orang.
Mak ayah kami ni mereka orang kampung je… tapi banyak tanah. Ayah aku banyak ladang, banyak Hilux, ada sarang burung, ada rumah sewa dan lain-lain. Mak ayah laki aku pun banyak tanah, banyak rumah sewa. So bila aku cakap banyak tu maksudnya more than 1.
So kisah dia, bila dah bahagi-bahagi harta ni, akak aku, abang aku masing-masing dapat rumah sewa sorang satu, dapat tanah, pastu dapat kenderaan bermotor—tak kira Hilux ke, van ke, lori ke—sorang satu.
Tapi aku just dapat tanah satu lot. Tapi masa tu aku tak pelah. Nak buat macam mana, dah itu pembahagiannya kan?
Pastu laki aku pun nasib dia lebih kurang aku je, hahaha. Maksudnya kami ni dua-dua dapat harta sikit je berbanding dengan adik-beradik yang lain. This happen 2, 3 months ago.
So malam tadi aku dan laki aku pillow talk. Terkeluar lah kisah harta-harta ni.
Laki aku cakap, “Yang, kenapa awak dapat tanah je? Takde dapat benda lain ke? Sarang burung ke, rumah ke?” Hahaha.
Pastu aku tanya dia, “Awak tu dapat apa lagi selain tanah? Hahaha.” Pastu dia cakap, takpelah… dah macam tu yang Umi Abah bagi.
Pastu kami mula lah mengimbau kenangan. Kenangan ni lebih kepada sedih tau…
Mengimbau kembali di saat-saat ayah aku minta tolong nak pinjam 60k, aku yang kerja kerajaan ni buatkan loan sebab adik-beradik lain buat tak reti je. Pastu sampai sekarang tak dibayar.
Laki aku belikan Umi Abah dia kereta Vios, konon nak pinjam nama je. Last-last sekali laki aku yang bayar bulan-bulan.
Masa Umi sakit jatuh, ni lah manusia yang drive lama malam-malam buta bawa Umi pergi hospital. Pastu berkampung di hospital, pergi sekali dengan anak bini. Dan macam-macam lagi lah.
Time raya lagi sadis tapi malas nak cerita. Yang aku paling touching, suami aku cakap, “Kita ni dua-dua anak yang tak disayang.” Walaupun dah tua, tapi tetap juga rasa sedih bila kena cakap macam tu.
Kitorang bukan rasa nak marah tau. Dia lebih kepada sedih, knowing that you don’t deserve the same “love” from your parents.
Laki aku cakap, takpelah. Kita dah dapat tanah tu pun dah kira rezeki, ‘Rezeki Terpijak’ yang Umi Abah Ayah bagi dekat kita.
Faham tak maksud dia? Walaupun sikit tapi tetap lah rezeki. So kitorang bersyukur.
Cumanya nak bagitahu, pilih kasih antara anak itu sangat menyakitkan dan masih lagi sakit walaupun kita sebagai anak ni dah tua.
Aku takpe. Aku kuat… tapi laki aku kerap termenung, fikir apa tak tahu, haha. Agaknya dia fikir dia dah paling bagus sebagai anak tapi tetap juga tak disayang.
Tapi anak-anak yang mulut celupar, yang pemalas, yang berpuluh tahun tak balik kampung, yang hipokrit, yang suka jerit-jerit, itu yang disanjung-sanjung.
Itu je luahan dari aku. Huhu. Aku tak boleh cerita benda ni dekat kawan-kawan ke, dekat adik-beradik ke, lagi tak boleh. So aku share sini.
Sila lah mengutuk kalau nak tapi lagi bermakna kalau diberi kata-kata nasihat.
Terima kasih all..
– Manja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sya pn ank kedua.. sy harap makcik jngn buat mcmtu dekat ank makcik.. sbb trauma ni sampai mati ingat..
Allah ni cemburu. Dia nak tgk hambaNya ikhlas buat sesuatu keranaNya atau sebab ada niat lain.
Bila berbakti pada ibubapa, niatkan lillahita’ala. Sebab Allah yg suruh. Jangan banding2kan dgn sumbangan adik beradik lain.
Mana tahu yg mulut celupar tu ada wakaf 1000 lot utk ibu bapa. Senyap2 buat sorg pun tak tahu.
Mana tahu yg pemalas tu sbnrnya tiap2 hari sedekah Fatihah utk ibu bapa dan adik beradik, hingga urusan masing2 dipermudahkan.
Tak semua yg kita nampak hitam itu hitam, putih itu putih.
Jaga hati, husnuzon dgn Allah. Keep telling yourself : inilah jalan hidup yg Allah dah decide terbaik utk aku, aku redha.
Saya cuba husnuzon, yang ibu bapa TT tahu TT kerja kerajaan, jadi insyaallah hidup stabil.. sebab tu mereka bagi lebih kepada anak2 yang lain. Untuk suami TT pula, tak pasti kalau dia kerja kerajaan juga, tapi mungkin dia kerja lagi bagus dan stabil berbanding adik beradik dia yang lain?
Naluri mak ayah ni sayang kepada semua anak2. Cuma kasih sayang tu berbeza. Anak yang baik/berjaya/berdikari, mak ayah mana yang tak sayang dan bangga, sebab dorang tak perlu risau sangat sebab tahu anak tu dapat melayari hidup dengan tenang dan mudah tanpa bantuan mereka bila dah dewasa..
Manakala anak2 yang lain lagi2 yang bermasalah, mak ayah sayang dorang tapi sayang kesian juga, pikir “Ok ke dorang ni nak teruskan hidup kot aku mati nanti..” , so mak ayah pun bagilah lebih harta kat mereka dari anak yang berjaya tadi…
Bagi mak ayah, itu adalah adil kerana bagi lebih kepada yang lebih memerlukan. Tapi anak pula ada yang salah faham dan mungkin kata itu tidak adil sebab tak dibahagi sama rata atau tidak dibahagi ikut status hierarki adik beradik dll.. Sebab mungkin adil kepada anak itu adalah sama rata, atau ikut hierarki macam sulong dapat lebih , yang berjaya dapat lebih, etc..
Takpe TT. Berlapang dada dan redhalah. Insyaallah ada ganjaran lain yang Allah bagi nanti.
Tak payah nak persoalkan sangat la harta dunia ni. Tak kekal pon. Allah jugak yang gerakkan hati mak ayah kita untuk bagi sapa lebih sape kurang. Mungkin ini yang terbaik untuk kita sebab kita masih mampu atau Allah ada perancangan nak bagi lebih baik. Lagi satu tak perlu persoal atau pikir pasal adik beradik lain, di mata kita mungkin pemalas, takde tanggungjawab, hipokrit, tapi di mata mak ayah kita lain. Mungkin ada sumbangan dorang yang kita taktau tapi mak ayah kita rasa sangat membantu. Jadi fokus dengan diri sendiri dan apa yang kita ada je. InsyaAllah selamat dunia akhirat.