Assalamualaikum. Hi, nama saya Peah… ermm seronok juga tengok viewers cerita macam novel dalam confession ni.
Peah dah kawin 16 tahun dahulu. Husband peah sangat baik dan berkerja di oversea. Anak pertama kami lahir setelah 1 tahun 2 bulan kami berkahwin. Biasa lah anak sulung dengan suami oversea, jadi kene bersalin sorang, tanpa suami walaupun ibu ayah ada tetapi ketiadaan suami membuatkan saya stress.
Saya dan anak duduk bersama ibu ayah sementara suami bekerja luar Negara. Saya mendapat Master tahun 2005 ketika anak berusia 2 tahun. Saya tidak bekerja. Try untuk mendapat lagi anak setelah mendapat master, tetapi episode kegagalan melanda. 4 kali keguguran. Kali ke 4 gugur saya telah membuang 1 salur fallopian kerana mengandungkan anak luar rahim.
Sesiapa yang telah melalui episode keguguran mereka memahaminya. Ada satu ketika anak dalam kandungan telah mempunyai denyutan jantung tetapi kemudian stop denyutan jantung. Kekecewaan menghantui. Barulah saya faham erti kecewa. Tetapi Rahsia Allah tu kita tidak ketahui.
Episode mengandung gugur saya berlanjutan sehingga anak sulung saya 9 tahun. Jadi saya rasakan saya dah tak boleh mengandung lagi. Saya teruskan untuk menyambung belajar iaitu PHD dalam bidang civil engineering. Saya telah mendaftar PHD dan telah diberikan biasiswa Mybrain. Semuanya berjalan lancer. Tetapi Allah menduga juga setiap insan yang bernama manusia.
Saya mengandung yang ke dua, pada usia 36 tahun saya mengandung dan telah mendaftar PHD. Saya memohon untuk cuti belajar. Alhamdulillah cuti belajar saya diluluskan dan biasiswa saya pun diluluskan sehingga saya menyambung kembali. Alhamdulillah saya dikurniakan seorang anak yang sihat bersama suami di sisi semasa kelahiran.
Sekarang saya ada 4 orang anak, di masa PHD saya mendapat 3 lagi. Ada lecture berseloroh dengan saya, “Asal ko blajar, ko mengandung.” Hahahah… mungkin ada betulnya. Jadi sesiapa yang belum dapat, doa bersungguh2. Mungkin Allah bagi lambat atau perancangan Allah yang kita tidak ketahui.
Atau dalam situasi saya, saya diberikan zuriat ke dua apabila anak sulung saya telah boleh menolong saya. Sekarang ni anak sulung saya akan menjaga adik2 nya apabila saya belajar. Saya telah mengambil PHD selama 7 tahun hahahaha belum habis2 lagi kerana kekangan masa. Tapi semangat saya tinggi untuk menghabiskan PHD saya.
Anak ke 4 saya telah mengandung di usia 41 tahun. Alhamdulillah tiada apa2 masalah. Sejak episode keguguran, suami saya dah tak kerja oversea, jadi kerja saja di Malaysia. Jadi kami ada 1 rumah sewa dan 1 rumah sendiri. Kami berjimat cermat di sini.
Kesimpulannya walaupun rezeki kita lewat atau kadang2 kita tak dapat tapi kita jangan putus asa dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Bersangka baik dengan Allah.
P/S: Doakan saya mudah untuk menghabiskan PHD saya. Lulus dengan mudah semasa VIVA. Dan mendapat pekerjaan yang sesuai, aamiin. Rezeki tak pernah salah alamat.
– Peah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit