Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau post saya disiarkan. Ini merupakan kali pertama saya menghantar confession di sini dan sekadar ingin berkongsi betapa baiknya Allah kepada saya. Pertama sekali, saya nak kenalkan diri. Saya seorang gadis berumur 23 tahun dan masih menuntut di sebuah IPTA yg kebanyakannya melahirkan pendidik.
Berbalik kepada tajuk post ini, “Rezeki tidak salah alamat”. Cita-cita saya dprd kecil adalah ingin menjadi seorang guru. Selepas SPM, saya tak nampak bidang apa lg yg saya minat dan bersungguh-sungguh nak ceburi selain daripada bidang perguruan. Jadi sebelum habis SPM lagi saya dah cari maklumat mcm mana nak masuk ke bidang perguruan (melalui ipg dsb.).
Saya ada memohon utk masuk ke maktab perguruan dlm kos TESL tapi memandangkan result SPM saya tak begitu memberansangkan, saya tidak dipanggil utk ditemuduga. Saya ingat lagi betapa teruja nya saya sewaktu ingin menyemak keputusan maktab tersebut. Tapi, bila dpt tahu yg saya tidak layak utk ditemuduga, hanya Tuhan yg tahu betapa hancurnya hati saya tetapi sy tidak tunjuk kesedihan sy pada waktu itu. Saya hanya menangis sendirian sambil memikirkan adakah lg jalan utk saya masuk ke dlm bidang perguruan.
Setiap kali selepas solat, saya tak putus berdoa agar direzekikan saya utk menjadi seorang guru. Tidak lama selepas itu, saya ditawarkan utk masuk ke kolej matrikulasi. Kawan2 sekelas juga ditawarkan ke kolej matrikulasi yg sama jadi mereka memujuk saya utk turut menerima tawaran kolej tersebut. Namun setelah solat istikharah, saya memutuskan utk masuk ke tingkatan enam (STPM).
Ketika di tingkatan enam, perasaan utk menjadi seorang pendidik tidak pernah berkurang sedikit pun malah semangat itu semakin menebal. Saya akui keputusan STPM pada mulanya tidak begitu memuaskan jd saya memutuskan utk mengulang beberapa subjek bagi setiap penggal. Apabila result STPM diumumkan, result saya boleh dikatakan agak memuaskan dan mencapai MUET band 4.
Oleh itu, saya tekad utk memohon kemasukan ke IPTA dlm bidang pendidikan melalui UPU. Bagi yg belum pernah mengisi UPU, terdapat byk pilihan yg boleh kita isi (seingat saya 8 Universiti Awam). Jadi, fokus utama saya sememangnya dlm bidang pendidikan dan selebihnya diisi sekadar memenuhi keperluan.
Tidak lama selepas itu, saya dipanggil utk menduduki ujian MedSi (ujian kelayakan guru). Saya begitu teruja dan bersungguh2 membeli buku latihan dan mengulang kajinya setiap hari sebelum menduduki ujian tersebut. Ibu bapa sy sgt2 membantu dan sentiasa memberi sokongan kerana mereka tahu minat sy yg mendalam utk menjadi seorang guru. Alhamdulillah, saya lulus ujian MedSi tersebut dan sekali lagi saya dipanggil utk ditemu duga. Saya buat sehabis baik ketika temu duga berlangsung dan begitu berharap agar mendapat tempat di dlm kos tersebut.
Dua bulan selepas temuduga, result UPU pun diumumkan. Alangkah kecewanya saya sekali lagi apabila tidak ditawarkan ke mana2 universiti. Kali ini, saya kecewa utk kali kedua dan memikirkan mmg tiada rezeki sy utk menjadi seorang guru. Saya menangis sendirian di dlm bilik. Kecewa dan marah dgn dugaan yg dtg sedangkan saya tak tahu Allah sedang menguji saya. Hari2 saya menangis tambah2 apabila melihat rakan2 lain membuat utk masuk ke universiti sedangkan saya masih di rumah menunggu sesuatu yg tak pasti.
Selepas hilang semua kesedihan, saya bangkit dan membuat rayuan utk masuk ke universiti yg sama. Tak putus doa setiap kali selepas solat dgn harapan Allah makbulkan doa saya. Selepas beberapa minggu, saya mendapat emel dprd USM dan ditawarkan masuk ke USM tetapi bukan dlm bidang pendidikan.
Saya bersyukur ditawarkan masuk ke universiti walaupun bukan dlm bidang yg saya mahu. Ada sedikit kekecewaan di dlm hati tetapi perasaan syukur melebihi kecewa itu. Setelah seminggu masuk ke USM, saya mendapat mesej drpd UPU mengatakan permohonan rayuan saya diluluskan. Betapa bersyukur dan gembiranya saya pasa waktu itu, hanya Allah yg mengetahui. Betapa rahmatNya itu tak terduga. Betapa Dia mendengar keluhan hambaNya ini. Saya menangis sekali lagi, tetapi kali ini tangisan kegembiraan.
Dari situ, saya belajar bahawa Allah beri dugaan utk beri kemanisan bg hambaNya yg sabar. Jangan pernah putus asa dgn rahmat Allah dan sentiasa bersangka baik denganNya. Dan kini, saya sudah pun berada di tahun akhir, dan baru sahaja tamat latihan mengajar. Doakan dipermudahkan jalan sy utk menjadi seorang pendidik. Terima kasih Allah, terima kasih ibu dan abah.
– Teacher ANA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit