Rezeki Untuk Aku

Salam semua, setiap orang ada rezeki tang tu, dan ujian tang ni. Takdenya orang akan dapat semua apa yang dia nak.

Dan takde jugak orang akan diuji sampai dia takde satu rezeki pun. Itulah adilnya Allah SWT, cuma kadang2 kita terlepas pandang juga.

Begitu juga aku, ada rezeki tang lain, tapi diuji juga dengan perkara yang lain.

Mungkin ujian aku taklah besar sangat berbanding orang lain yang diuji dengan masalah rumahtangga, ujian kesihatan, ujian harta dan sebagainya.

Allah kurniakan aku dengan sihat tubuh badan, pendidikan yang elok, kerja yang baik, ada kereta dan rumah walupun biasa2, alhamdulillah untuk itu.

Tapi Allah uji juga aku dengan sukar benar untukku mendapatkan jodoh.

Aku sekarang dah berumur 31, tahun 2024 bakal berganjak umurku ke 32 tahun, namun bayang batang hidung jodoh pun tak nampak lagi. Sedih kan?

Di usia macam ni, sepatutnya anak dah membesar, dan nak masuk sekolah rendah, tapi aku masih berjuang untuk mendapatkan jodoh ku yang entah ada ataupun tidak.

Lamanya aku berdoa pasal jodoh ni kukira dah lebih 10 tahun.

Kalau hari jumaat, ataupun kalau hari sedang hujan, tak lupa jugak aku panjatkan doa pasal jodoh ni demi mengambil keberkatan hujan dan hari jumaat.

Kadang2 terdetik juga perasaan putus asa, aku pun manusia juga.

Tapi aku cuba berfikiran positif, usaha tetap perlu ada.

Suka aku ingatkan diri aku dengan satu quote ayat “seandainya seekor burung tidak keluar daripada sarangnya, manakan mungkin untuk dia mendapatkan rezekinya”.

Teringat ayat ini, kugagahkan juga hati yang dah penat ini, agar tetap berusaha.

Sebelum ni pun dah banyak usaha aku, bukan aku hanya duduk berdoa je.

Dah bermacam platform cari jodoh aku cuba tapi tetap susah.

Aku pun tak faham, macam mana lelaki lain senang curang menggunakan dating apps ni, tapi aku bukan main susah lagi walhal aku mencari dengan niat cari pasangan untuk aku halalkan.

Kadang2 ada waktu lemah aku, aku rasa macam dah habis daya, habis ikhtiar aku pasal jodoh ni. Tak tahu dan nak cari kat mana lagi.

Aku bukan apa, saja nak meluahkan juga disini dan minta pendapat, kata2 semangat, tips ke, ataupun pengalaman orang2 yang senasib dengan aku diluar sana.

Masih adakah rezeki untuk aku bina keluarga nanti? Aku pun tak tahu.

Mungkin doa ku lepas ni lebih kepada Allah kurniakan pengakhiran husnul khatimah je berbanding doa rezeki jodohku, sebab nikah tu belum pasti, tapi mati je yang pasti.

– Roy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Xper sis, ada tu jodoh sis nnti.. Allah tngah siapkan yg terbaik utk sis🤭 sy doakan Aamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *