Salam.. aku kenalkan diri aku sebagai Nur sahaja. Jujurnya, aku tak tahu nak luahkan macam mana. Aku dah penat.. ye, aku dah penat nak hadap semua ni. Aku berumur 27 tahun dan menetap di 1 daerah yg dekat dengan ibu kota tercinta..
Sudah 2 tahun aku menamatkan pengajian di peringkat universiti.. Sekarang, aku sedang bekerja di sebuah syarikat media, dan menjawat jawatan sebagai seorang pereka grafik.. Sebenarnya, aku baru kerja di tempat baru ni, dan sedang dalam tempoh latihan lagi..
Hari ni, aku dimaklumkan oleh ketua aku, bahawa mereka akan melanjutkan kontrak kerja aku lagi sebulan kerana tak mencapai prestasi yg mereka inginkan. Aku tau, pengalaman aku tak byk jika di bandingkan dengan bekas pekerja lama yg penah bekerja di syarikat tersebut.. Aku cukup takut untuk mendengar berita sebegini. Sebelum nie, aku juga telah di berhentikan kerja di sebuah syarikat penerbitan kerana syarikat tersebut ingin mengurangkan kos operasi serta gaji pekerja.
Salah 1 cara mereka untuk mengurangkan kos adalah dengan memberhentikan pekerja untuk mengurangkan kos syarikat.. tiap2 malam aku menangis setelah mendapat berita buruk tersebut.. aku dah penat. penat dalam mencari kerja tetap. berpuluh2 resume telah aku hantar sebelom ni tapi semua tak penah dpt respon. bila dah keje tak smpi setahun, dah dpt notice kena berhenti.
aku berusaha cari kerja yg lain. alhamdulillah aku dpt keje di syarikat aku sekarang.. tp malangnya tempoh percubaan aku dilanjutkan sebulan lagi. aku terpikir, kalau dlm masa sebulan prestasi aku tak seperti yg mereka inginkan, di mana lagi harus aku mecari? ape aku nak cakap dengan mak aku lagi tentang kerja tersebut?
penah satu hari aku pertikaikan kenapa aku saja yg harus merasa semua ni? selama kerja aku jarang untuk amek mc, emergency leave or annual leave tp mereka yg selalu berbuat demikian dapat pula kerja dengan elok tanpa termination? ape lagi salah aku? bulan ni aku baru bercadang untuk membeli kereta tempatan yg murah untuk kegunaan aku pergi ke tempat kerja. ye, aku tau tak di galakkan untuk mengambil kereta jika baru kerja, tp sekarang kereta mmg keperluan untuk aku bergerak ke mana2..
Duit aku byk habis kerana aku byk menggunakan grab atau teksi untuk ke tempat kerja. Dalam sebulan sahaja dlm 400 aku belanjakan untuk tambang grab atau teksi, belom di tambah dengan tambang mrt dan ktm. tiap2 bulan aku tak penah lupa untuk hulur kat mak bapk aku duit belanja mereka. Alasan aku untuk amek kereta jugak sebab nak senangkan mak ayah aku keluar.. aku kesian tgk mereka kemana2 manaiki motor.
Aku pun byk komitmen, dengan hutang ptptn lagi. semua ni buat aku jadi serabut. Aku nak tolong mak ayah aku tapi keadaan dah jadi mcm ni. Aku rasa tak guna aku belajar tinggi. Dah penat menangis untuk benda ni.. ye tentang kerja yg tak penah tetap.. aku taktau ape lagi yg perlu aku buat untuk aku dpt kerja yg tetap..
Aku dah rasa sakitnya mencari kerja, berhabis duit untuk keluar interview, meredah hujan menaiki motor untuk pergi interview, end up aku dpt berita mcm ni. Ya allah sakitnya hati aku. ape lagi aku kena buat untuk dapat kerja yg tetap? aku tau rezeki manusia lain2, cepat atau lambat saja, tp ini yg buat aku jd give up. aku putus semangat nak kerja. aku rasa loser. tak guna mak ayah aku lahirkan aku sebab aku tak dpt nk bahagiakan mereka.
Aku harap sangat, tolong doakan urusan rezeki aku dipermudahkan. Aku tak sanggup nak hadap semua ni. Aku taktau nak cakap ape kat mak ayah aku tentang kerja aku nanti. Aku merayu sangat! Terima kasih kepada yg banyak mendoakan serta memberikan komen korang.. Assalamualaikum.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit