Rezeki Yang Tidak Disangka

Hai Assalamualaikum semua.. seandainya cerita saya disiarkan alhamdulillah semoga dapat memberi manfaat kepada semua orang.

KISAH YANG PERTAMA

Nama aku Tasha (samaran) baru lepas habis grad dari universiti yang terletak di negeri harum manis. Aku grad pada november tahun 2022, alhamdulillah dapat merealisasikan harapan mak abah untuk tengok anak dia belajar tinggi.

Semasa belajar pun aku rasa biasa ja tak pandai mana pun pointer pun biasa2 jaaa, bukan dekan dan tak pernah dekan. Kebetulan tempoh pembelajaran aku dalam fasa covid19 pada waktu tersebut jadi semuanya online sahaja.

Sedar tak sedar dah habis degree yang on off bersemuka. Ok ok aku minta maaf kalau mukadimah aku panjang hehe.

Ok sini aku ceritakan apa yang jadi dekat aku lepas intern haritu aku memang dapat offer untuk kerja dekat situ tapi time intern dulu pun aku macam dah kena palau dan kerja aku tu macam tak improve langsung,

Maksudnya kat situ aku buat ja apa yang aku nak buat macam terkial2 laa sebab kita ni masuk nk belajar tapi boss expect kita tau everything.

So aku pun tolak dulu sebab ingat nak rehat kejap lahhh and lepas ja intern seminggu aku rehat dalam sebulan tapi still send resume dekat Indeed, Jobstreet, Linkedln, mudah.com & join group facebook untuk cari kerja.

Fast forward…. sampai dah grad aku still tak dapat mana2 panggilan untuk IV, so takpaa aku masih positif sebab masih banyak masa kann?

Lepastu akhirnya dapat IV untuk kali pertama tu memang bukan bidang aku mmg lari bidang lah tapi i wanna learn something new so aku okay jerr.

Ohhh btw untuk semua yang aku apply tu mmg random ja semua aku bedal walaupun lari bidang dan tak relevant sebab that time aku memang struggle sangat2 cari kerja.

Duit saving dah nak habis takkan lah aku nak meminta kan that why aku sangat struggle nk kerja ja apa2. Pendek cerita selama nak masuk 4 bulan aku cari kerja aku IV sebanyak 14 kali macam tu lah.

Tapi tulah kita merancang Allah juga sebaik-baik perancang bukan rezeki aku lagi masa tu. Kalau diingatkan balik 4 bulan Allah nak bagi aku rehat sebenarnya huhu walaupun that time aku sedih sebab takdak rezeki lagi.

So apa aku buat selama 4 bulan ni aku reflect diri balik mungkin aku boleh ubah perspektif dan gaya hidup, maksudnya aku memang solat tapi aku ubah untuk everyday buat solat taubat everyday lepas maghrib,

Korang pernah dengar tak ayat ni “punca rezeki susah nak masuk sebab dosa kita” so aku pun muhasabah diri balik dan perbetulkan yang mana salah.

Jujur waktu tu sedih sangat sebab nak beli macam2 untuk diri pun takk mampu apatah lagi untuk keluarga.

Kebetulan setiap kali sedih kalau aku buka tiktok mesti Allah akan bagi aku nampak video-video yang related dengan situation aku la masa tu.

Ada satu amalan yang aku amalkan dan letakkan kebergantungan 100% dekat Allah.

Surah Al-Qasas:24 iaitu doa Nabi Musa tentang rezeki, masyaALLAH itu lah doa yang seyakin-yakinnya yang aku amalkan sampai menangis sebab aku memang sangat memerlukan.

(Bila ingat balik masyaAllah tak sangka aku dah laluinya).

Memang that time aku zikir doa taubat dan serahkan bulat2 dengan perancangan Allah. Masa tu juga aku banyak kali minta doa nak kerja yang mudahkan aku untuk solat ada tempat solat dan kerja tu mudah dan aku faham.

Tiba-tiba dalam tempoh 4 bulan tu di penghujungnya ada manis, keajaiban berlaku bila ALLAH berkehendak aku tak ingat bila aku minta kerja tu tapi dia WS aku detail kerja and termasuk gaji sekali.

Aku memang aim gaji tu untuk permulaan kerja and siapa sangka Allah bagi mudah sangat lepas reply WS tak lama lusa tu ada iv & betapa baiknya Allah mudah sangat IV tu tak macam sebelum ni.

Melalui call dan cakap pun melayu macam biasa ja, aku lepastu mmg aim kerja tu sebab dipermudahkan sangat and dia kata kerja mudah sangat.

Tapi jap sebelum tu nak selit alhamdulliah aku bersyukur sangat walaupun aku dulu tak dapat kerja sebelum2 ni tapi Allah rezekikan aku juga untuk merasai pengalaman IV banyak kali dengan situasi yang berbeza beza.

Dan yang paling rezekinya ni la gaji pertama selama aku attend IV yang offer seperti yang aku target.

So, keputusan tu dalam 3 hari sebab dia IV orang lain juga & dipendekkan cerita aku dapat received perkataan “CONGRATULATION” for the first time. (i’m crying ok that time)

Alhamdulillah taktau nak cakap apa melainkan perkataan syukur sangat Allah makbulkan doa pada waktu yang sesuai dan tepat masanya.

Ok dipendekkan lagi hari pertama kerja MASYAALLAH, sangat senang mudah dan santai gila. Yang paling penting korang boleh solat awal waktu Zohor dan Asar tu memang bole solat bila2 masa ja sebab tak ada kejaa sangat.

Begitu mudah sangat sampai sekarang rasa bosan sebab tak ada kawan n kerja tak banyak dan tak payah pakai otak pun, hehe.

Jadi dekat sini kesimpulan aku adalah kunci SABAR, DOA & TAWAKKAL adalah perkara yang kita kena buat.

Selain tu juga DOA mak sangat MUSTAJAB, bagi yang ada mak abah mintalah depa doakan untuk kita sebab doa depa tiada hijab terutamanya MAK kita.

Jangan lupa solat awal waktu, zikir, taubat & buat kebaikan dekat semua orang.

Aku sangat yakin dengan ayat yang mana “kalau ALLAH kata tu rezki kita takkan pernah orang lain halang” rezeki kita ada lagi mana kita bernafas lagi tu rezeki kita ada cuma sampai dengan belum lagi je.

Alhamdulillah, untuk rezeki kerja Allah dah bagi next kita tak tahu macam mana pulak walaupun kadang2 ada rasa down tengok rezki orang lain yang hebat2,

Tapi selalu muhasabah diri balik ada orang lagi besar ujian dia dan semua orang ada kisah hidup dan ujian tersendiri.

Banyak lagi nak kongsi tapi tak larat lagi nak taip hehe. InshaAllah will be back kalau aku rasa nak berkongsi lagi.

Terima kasih yang mana sudi baca korang komen pulak rezeki dan amalan yang korang amalkan untuk rezeki ni. Have a nice day semua..

– Tasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *