Rezeki Yang Tidak Disangka-sangka

Salam. Moga confession ini sudi disiarkan oleh oleh admin. Terima kasih admin. Love you.

so, ni 2nd time aku post kat iium confession. Yg mula2 tajuk “rindu sekolah”. Ntah ade ke takde orang baca ntah. Tapi aku lupa nak bgtau yang aku perempuan. Hehe.

Ok. Ni aku kongsi apa yang jadi kat aku lately ni. Aku merupakan seorang pelajar full time dia salah sebuah ipta yang terkenal dengan slogan mencipta harapan, mengilham masa hadapan. Walaupun aku full time tapi kelas aku weekend je. Postgraduate diploma. Sambil tu aku kerja mengajar kat sekolah dekat dengan rumah aku.

Gaji aku mmg la sendu. Senduk. Semua laa. Tak lawan la kakak 2.8k sebulan. Walaupun aku dah keje dekat 7 bulan. Niat nak berenti tu ade tapi macammm biar la. Nanti la. Tu yg aku stay lagi. Dengan gaji yang hidup segan mati tak mahu tu aku bagi dekat mak abah aku. Beli keropok. Kalau baca cerita dulu korang boleh tahu yg aku ni taasub dengan keropok. Coffee. Aku hantu coffee. Bayar kutu ( main kutu kauuu). Simpan untuk perjalanan ulang alik tiap2 minggu. Belanja pegi sekolah (tapi kdg mintak kat mak abah jugak. Mak abah bagi je la takkan anak pegi sekolah tak bagi duit belanja kan). Beli baju. Beli tudung. Beli kasut. Buat spek. (Tak la setiap bulan beli benda yg sama gilir2 la. Bulan ni beli kasut dgn baju. Bulan lepas beli baju dgn buat spek ).

Mcm tu la rotation aku tiap2 bulan. Start aku masuk belajar bulan 9 ritu. Aku banyak sangat pikir. Aku risau nak belanja risau duit habis. Tp beli jugak la. Aku terlalu pikir kang tak cukup duit. Selalu nya last 2 week setiap bulan abah mesti bagi duit belanja sebab tau aku tak cukup duit. Abah bg duit minyak, tol dgn makan utk pegi kelas la. Duit aku ade. Tp abah topup.

Tapi start bulan ni aku pening kepala dah. Sebab aku start nak bayar mara. Mmg sesak aku rasa. Nak belanja pun risau. Lps tolak2 semua mmg sikit je balance aku. Lps tu adik aku ade balik aku nak la belanja family aku. Kalau belanja mmg arwah la duit aku sikit. Tapi aku pikir ahhhh lantak la belanja je la diaorg. Insyaallah allah akan bagi aku rezeki yang tak disangka2. So aku belanja je dengan yakin yang allah akan bagi rezeki lain kat aku. Sebelum ni belanja jugak tapi sebab bulan ni mcm banyak komitmen. Aku runsing. Ok la dah belanja tu. Esok tu aku pegi kelas balik tu bapak aku pulak kata tak beli keropok ke (bulan ni tak beli keropok lagi). Abah nak makan keropok. Ok fine. Aku keluar. Start kereta. Pegi speedmart. Beli keropok kat bapak aku. Bapak aku gelak tengok aku beli keropok banyak (sampai hari ni tak habis2 lagi). Masa tu aku kata. Ya allah bagi lah aku rezeki yang tak disangka2.

Aku bukan doa je wey. Aku ade jugak buat extra kerja. Akukan keje petang. Kdg2 aku ganti kerja pagi. Nak duit extra. Pastu baru2 ni ade cikgu nak upah aku tanda kertas. Tapi aku tak boleh sebab tak sempat. Kelas yg aku ajar pun belambak nak tanda. Masa singkat. Minggu ni aku ade midterm. Aku mmg tak boleh. Aku tolak dengan baik.

dan. Korg tau. Ttba ptg tadi ade cikgu yang aku ganti dia masa sekolah pagi sebab dia cuti bersalin. 2 bulan aku ganti dia. Dia bagi aku duit yuran iqra’ yang masa 2 bulan yg aku ganti tu. Dah lama tu. Bulan 5 ngan 6 aku ganti. Sblm tu dah bg dah. Tp tak full dia kata. Baru aku tau. Nak nangis aku. Terima kasih ya allah. Agak banyak jugak amaun dia bagi tu. Aku ingt sekali dengan duit yang aku ganti dia masa dia pergi kursus minggu lepas. Lepas tu cikgu tu kata. Yang awak ganti saya yang saya pergi kursus tu nanti saya bagi ye. Maknanya yang dia bagi ni tak termasuk duit aku ganti dia masa dia pergi kursus tu. Lps tu aku sedih sebab doa aku yg mintak berilah aku rezeki yang tak disangka2 tu allah makbulkan. Aku betul2 nak menangis. Tapi sebab dalam kelas budak2 tengah ade. Idak le aku nak nangis.

lps tu aku dlm keadaan tengah menikmati kasih sayang allah tu. Rupanya dah masa balik. Masa balik tu aku terus keluar beli barang makan belanja sikit family kat rumah dgn mak sedara aku yg duduk dekat dengan rumah aku ni. Esok lusa aku nak cari gula2 belanja budak2 kelas aku pulak. Bulan lepas aku tak beli apa2 pun kat dyorg.

betapa nikmatnya kasih sayang allah pada hambanya, kita akan rasa andai kebergantungan kita hanya pada allah. Yakin pada setiap rezeki dan nikmat. Semuanya hak allah.

*mood sedih dan insaf lagi .

– abil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit