Orang Minyak

Assalamualaikum semua. Nenas dekat sini. Terima kasih pada admin kalau approve confession ni.

So harini aku nak share tentang 1 kes dekat daerah tempat aku di Pahang. Kes ni besar juga lah dan baru-baru ni aku baru tahu penjenayah tu dah dihukum b*nuh selepas beberapa tahun perbicaraan mahkamah. Okay aku mulakan.

Pada tahun 2009 macamtu, kalau tak silap aku itu kes pertama si penjenayah ni. Awal-awal dulu kitorang panggil dia ni orang minyak.

Sebab kes pertama dia adalah merog*l dan memb*nuh mangsa! Seramm kan dengar. Aku pun meremang bila ingat kisah orang minyak ni and aku masa tu ada dekat Pahang. Mangsa pertama dia seorang gadis cina.

Aku dengar cerita waktu kejadian tu family dia tak ada dekat rumah entah pergi mana. Kemudian, ada lagi andaian orang lain yang kata perempuan ni pun ada bawa pakwe dia masuk rumah. Tapi entahlah mana satu yang betul. Tapi last-last jadi mangsa orang minyak ni.

Aku tak tahu lah celah mana dia boleh masuk rumah. Ada yang kata si mangsa ni jenis tidur buka tingkap hmm. Polis mengesahkan si mangsa mat! dalam keadaan dikel*r hingga tinggal beberapa inci je lagi nak putus kepala si mangsa yang berumur 17 tahun ni. Gila kesian weyy.

Bila jadi kes polis, mula-mula abang dan ayah tiri dia jadi suspek rog*l, kemudian kes tu senyap waktu tu, maybe masih ongoing atau aku saja yang tak follow.

Anyway selepas itu, lama dia tak buat kes dalam setahun dua, then dia datang semula dalam tahun 2011 macamtu buat kes rog*l dan cuba memb*nuh budak kecik yang berumur 5/6 tahun. Weyy yang ni aku dengar memang seramm gila. Kenapa laaaaah binatang sangat si orang minyak ni geramm aku!

Yang sedihnya kisah budak kecik ni ada orang cerita yang pada malam kejadian, dekat rumah dia ada mak, adik kecik dia dan abang dia yang berumur 10/11 tahun.

Malam ke tengah pagi macamtu, mak dia terdengar ada orang ketuk- ketuk pintu rumah lepastu mak dia terkaku terkejut nampak anak dia balik dalam keadaan d4rah meleleh di bahagian kemaluan ke kaki dan ada kesan kena jerut pada leher dia.

Dan budak kecik tu muka bengkak-bengkak beritahu dekat mak dia yang dia dah kena rog*l woi! Hmmm kejamm tiada perikemanusian langsung.

Kes ni memang aku rasa dia nak b*nuh si mangsa. Tapi mungkin sebab dia ingat si mangsa ni dah mat! waktu tu so sebab tu dia biarkan je si mangsa ni di luar rumah. Rupa-rupanya, si mangsa masih hidup dan diberi kekuatan oleh Allah untuk terus hidup sampai boleh jalan kaki balik rumah.

Mesti korang tertanya-tanya kan macammana si orang minyak tak guna ni boleh buat benda keji dekat budak perempuan tu?

Family dia share-share dengan orang kampung dan polis yang anak dia tu rupanya kena heret daripada dalam rumah ke luar rumah. Ini lagi sekali aku tak boleh brain macam mana dia masuk dalam rumah dan heret budak tu keluar.

Dan lepas itu tak silap aku dalam tahun yang sama dia buat kes merog*l, dia cari anak d4ra orang kampung pulaakk. Anak d4ra tu anak orang kampung, rumah kampung si mangsa pun lebih kurang dekat dengan taman perumahan aku.

Tapi nasib baik lah dia ni tak kena b*nuh. Alhamdulillah. Tapi memang trauma si mangsa tu kan. Sedihhh sangat-sangat aku dengar semua kisah ni.

Oklah korang. Ada lagi beberapa kes yang orang minyak ni buat tapi aku kongsi lain kalilah ya. Tapi yang pasti, orang minyak ni dah dijatuhkan hukuman b*nuh. Alhamdulillah selamat orang-orang kampung kawasan yang terlibat.

Terima kasih memana korang yang baca cerita ni sampai habis ea.

– Nenas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *